Wednesday, December 10, 2008

APABILA MEREKA TAKUTKAN TEMBOK MAHUPUN BASIKAL: Last Castle (2001), JERIT (2008)

Dalam banyak hal selain daripada buku dan tokoh-tokoh besar aku banyak dipengaruhi oleh filem2 yang diterbitkan, hasil2 karya yang segar dan idealis sering memberikan inspirasi dan buah fikiran yang bernas di dalam mengungkap persoalan disekeliling.Filem The last Castle, (2001) hasil karya David Scarpa, Arahan Rod Lurie, Lakonan mantap Robert Redford telah memberikan satu inspirasi segar di dalam mengungkap permasalahan kezaliman dan perjuangan menentang kezaliman itu. Manusia apabila berada di kerusi kuasa, lupa akan siapa dirinya, malah kuasa itu akan membuatkan manusia itu ego, ketakutan tidak bertempat dan kerisauan akan tergugat kedudukan.James Godalfini, yang memegang watak jahat Col. Winter berasa tergugat dgn kehadiran General Irwin...

Thursday, November 20, 2008

SURAT BUAT SAHABAT: CONTOHILAH JEBAT DALAM BERSAHABAT

Salam Sahabat...Surat ini hanya boleh dibaca setelah sahabat menghayati babak akhir Jebat.Di akhir filem itu, aku akan lontarkan persoalan mengapa jebat tidak bunuh tuah? sedangkan tuahlah yang menikamnya. Apatah lagi jebat datang ke rumah tuah dalam keadaan amuk, bunuh mereka yang halang jalannya.Iktibar yang aku ingin ambil adalah kerana, kata2 jebat "jebat yang telah berkorban dengan sepenuh tenaga membenci musuh yang telah memusuhi mu!" jebat lakukan segala2nya kerana persahabatan terhadap Tuah dan menentang kezaliman. Justeru jika membunuh tuah, pasti segala pengorbanan yang jebat katakan itu sia2...Maka dia akan mati dalam penuh penghinaan...Jebat datang ke rumah Tuah, kerana mahu mati ditangan pangkuan tuah, dengan kasih sayang Jebat...

Wednesday, November 19, 2008

INDAHNYA ADA SAHABAT SEPERTI JEBAT

...

Tuesday, November 18, 2008

ISA di US?

Aku fikirkan Amerika yang terkenal dengan promosi demokrasi, malah tajaan AS kepada organisasi pelbagai seluruh dunia untuk menggerakkan demokrasi, memperlihatkan betapa pentingnya demokrasi kepada AS. Namun demikian sangkaan aku ini mungkin boleh disangkal setelah menonton sebuah filem bertajuk 'Rendition' yang dikeluarkan pada 19 October 2007, ditulis oleh Kelley Sane dan pengarahnya Gavin Hood.Filem ini bertanggung jawap untuk mengenalkan aku kepada sebuah akta yang ditubuhkan oleh AS, yang bernama ' Rendition Act' kata mudah yang lain adalah Internal Security Act (ISA) versi Amerika. Akta ini membenarkan penanggapan tanpa bicara, terhadap sesiapa sahaja yang disyaki pengganas atau bersubahat dengan pengganas. Akta ini membenarkan kerja-kerja...

Sunday, November 02, 2008

PRINSIP PERUBAHAN POLITIK KAMPUS*

Namun, apa yang saya ingin beri penekanan adalah salah satu daripada kesan buruk AUKU, mahasiswa mula disibukkan dengan politik pilihanraya kampus yang secara tidak langsung mendatangkan kesan negatif terhadap perpaduan mahasiswa. Seringkali mahasiswa terjebak dengan semangat kepuakan yang masing-masing cuba mengangkat darjat puak mereka pada masa yang sama memperlekeh puak yang lain. Di mana-mana sahaja apabila menjelangnya pilihanraya, akan wujud dua kelompok besar yang saling berlawanan antara satu sama lain. Malah ketegangan tetap berterusan di luar musim pilihanraya kerana setiap kelompok akan berebut-rebut mencari ahli bagi terus menyokong dasar perjuangan masing-masing. Kesan daripada ini, aktivisme dan perjuangan mahasiswa seperti...

Thursday, October 23, 2008

RETHINKING COUNTERINSURGENCY: MODERN JIHADIST COUNTERINSURGENCY (1)

RETHINKING COUNTERINSURGENCY: MODERN JIHADIST COUNTERINSURGENCY (1) Pada hujung tahun lepas telah dikeluarkan sebuah kajian berhubung strategi untuk menangani Islam dengan cara mendanai kelompok Islam liberal, seperti yang dihasilkan dalam laporan kajian 'Building Moderate Muslim Network'. Pada tahun ini sebuah laporan terbaru yang dikeluarkan oleh RAND Corp, sebuah institut penyelidik yang ditajai Pejabat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, telah menghasilkan sebuah kajian yang bertajuk 'Penilaian Semula Pencegahan Pemberontakkan'. Kajian yang bertajuk 'Penilaian Semula Pencegahan Pemberontakkan' ini dikaitkan dengan gerakan2 terroris yang digelar sebagai 'Jihadist Insurgency' atau 'Pemberontakkan Jihad' oleh John Mackinlay...

Tuesday, October 14, 2008

Tahafut at-Tahafut - The Third Jihad

Bulan lepas, isu pengedaran filem Obsession of Islamic Radical di edar secara percuma di beberapa negeri di AS, pembiayaan lebih daripada 10 Juta AS, dengan pengedaran sebanyak lebih daripada 8 juta salinan DVD filem tersebut. Tindakan itu ditaja oleh Clarion Fund yang dikatakan sebagai propaganda untuk mengaitkan Islam dengan Calon Presiden Obama. Obama yang dikatakan Islam, menjadi agenda kepada dominasi Islam. Obama - Islam - Domination, Fascism, Extrmism.Saya menganggap, filem terbaru the third Jihad adalah lebih jelas tertumpu kepada isu dominasi Islam, dan agenda Islam untuk mengusai AS. Saya melihat, perkara ini sekali lagi akan digunakan untuk kempen, membusukkan imej Obama dalam pemilihan Presiden AS.Itu satu hal, saya juga ingin...

Saturday, October 04, 2008

VICE PRESIDENTIAL DEBATE: PALIN vs BIDEN

Tinjauan pendapat secara mengejut mendapati Biden menang dalam perdebatan yang diadakan. Tinjauan Cable News Network (CNN) mendapati beliau memperoleh 51 peratus sokongan, manakala Palin hanya 36 peratus.Tinjauan stesen CBS pula menunjukkan Biden memperoleh 46 peratus sokongan berbanding 21 peratus untuk Palin.[ BACA BERITA PENUH....

Wednesday, October 01, 2008

Catatan Peribadi terhadap Krisis Kewangan dan Pasaran AS

Tindakan ini mendapat tentangan hebat daripada Ron Paul. Beliau cuba untuk meyakinkan bahawa kejatuhan pasaran adalah merupakan sesuatu yang lumrah hasil daripada sistem monopoli Simpanan Persekutuan, Federal Reserve yang bertindak seperti Bank Negara, atau Bank Pusat. Hujah utama yang diutarakan terutama sewaktu berbahas di dalam kongress minggu lalu adalah, Pelan Penyelamat yang bernilai USD 700 Billion sebenarnya akan memusnahkan ekonomi dunia.Ekonomi dunia boleh musnah melalui Pelan Penyelamat ini kerana apabila duit itu dikeluarkan, duit itu sebenarnya akan dicetak oleh Federal Reserve, dengan jumlah yang begitu besar, nilai mata wang USD akan jatuh. Akibat daripada ini seluruh dunia yang pada ketika ini sandarkan mata wang mereka kepada...

Tuesday, September 30, 2008

David Cameron's speech on the economic crisis

...

Monday, September 29, 2008

Siapa PM pilihan rakyat?

Alhamdulillah, Merdeka center sudah terbitkan kajian mereka tentang pandangan pengundi terhadap politik semasa. Penulis terlibat dalam kajian tersebut, tapi kajian yang dibuat peringkat awal pada bulan julai lepas. Namun demikian saya dapati kajian pada bulan september ini lebih menarik. Saya optimis dgn keadaan politik Malaysia pada masa akan datang. Walaupun keadaan politik semasa yang tidak menentu, tetapi saya yakin ianya akan membuahkan dampak positif, dimana dominasi politik ini mampu dipecahkan. Yang penting rakyat menjadi timbal balas yang penting di dalam pembuatan satu-satu dasar.Dalam...

Tuesday, September 23, 2008

Who Speaks For Islam?

!--Antara buku yang sedang saya baca sekarang adalah buku terbaru yang ditulis oleh Esposito dan Dalia Mogahed bertajuk Who Speaks For Islam?: What do Billions of muslims really Think. Satu buku yang saya rasakan semua ummat Islam terutama mereka yang terlibat dalam gerakan Islam harus baca. Oleh kerana saya masih belum habis baca buku tersebut jadi saya tidak berniat untuk membuat kupasan buku disini. Namun Demikian buku ini yang ditulis hasil daripada kajian yang dibuat sejak 2002 hasil dapatan daripada ummat Islam seluruh dunia. Menanyakan beberapa persoalan fundalmental yang menjadi permasalahan pokok kepada imej ummat Islam dan Islam itu sendiri.Apa yang saya ingin ungkapkan disini adalah ucapan tahniah saya kepada Dalia Mogahed yang...

Friday, September 19, 2008

Du Contrat Social, Principes du droit politique - Jean-Jacques Rousseau's

Salam...Alhamdulillah, Im done reading Rousseau's book on social contract. For those who question or want the constituition to be reconstruct should read this book. I managed to wrote the review and some my observation on the book..._____________________________________________________________________ Jean-Jacques Rousseau's most important work is The Social Contract, which coined the basis for a legitimate political order based on the social contract that is formed by the society from state of nature to civil society and state. The book was published in 1762, where it became one of the most influential...

Sunday, September 14, 2008

Internal Soul Alightenment (ISA)

...

Friday, September 12, 2008

Panel akui AUKU mengongkong kebebasan mahasiswa

Gambar atas:Penulis (Baju merah), Faisal Aziz (ADR), Anuar Musa(IYC), Fahmi (pengarah), Shah, x, Hilmi Ramli (PKPIM), Abe.Duduk: Dr Fuzi (Pengetua Kolej), YB Yusmadi (Balik Pulau), YB Saifuddin (Temerloh), YB salehuddin (Kubang Kerian), Ust Hamidon (Timb Rektor UIA)Gambar Bawah: Pertama kali penulis (bersama-sama teman-teman) menganjurkan program, peserta hadir seramai ini. Sekitar 700 - 800 peserta.Panel akui AUKU mengongkong kebebasan mahasiswa Oleh Khairina Yasin - Berita Harian 11 Sept 2008 PANEL Program Dialog Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti...

Friday, September 05, 2008

PANTUN PEDANG KEPADA LUBANG NAJIS: tak setaraf Shahnon Ahmad

Apalah sangat lubang belakang kalau nak dibanding dengan pedang. Kerana yang mampu hanya dimainkan belakang. Apalah guna Seminar Adab (ta’dib) jika yang membuat tidak beradab? Jgn Dijolok lubang tebuan, kelak al-Walid menghunuskan pedang sehingga jadi tak keruan. Teringat aku waktu NPA, bermasalah dengan Saiful Bukhari menghalang aku bercakap dengan faisal Tehrani. Tetapi harini ini busuk dengan nama orang yang berjihad, cuba halang aku dari menulis dan bersuara. Kecelakaan yang paling celaka. Tulisan aku jemaah lain dan kaum lain mereka sebar luaskan, tapi dalam rumah sendiri aku dipenjarakan.Jangan ditiupkan taufan pada lautan yang bergelora, kelak nanti buruk padahnya. Aku angkat jari telunjuk aku, selain Allah dan...

PENDUDUK ASAL vs PENDATANG ?

Saya bercakap sebegini adalah kerana pada hari ini saya lihat ada segolongan dalam masyarakat kita, suka bercakap perkara yang tidak tepat atau sesuai untuk dicakap. Saya tekankan soal persefahaman dan toleransi dalam konteks kesedaran yang tinggi kepada kebenaran dan keadilan. Kita perlu sedar tuhan menjadikan setiap kawasan dimuka bumi ini ada penduduk asalnya. Seperti mana Jepun untuk orang Jepun, Afrika untuk orang Afrika, Arab untuk orang Arab dan pastinya perlu kita sedar Nusantara Melayu untuk orang Melayu. Namun demikian, dalam kita menyedari hakikat ini kita perlu jelas bahawa bukanlah kita bermaksud untuk menidakkan bangsa lain untuk datang ke tanah ini. Penghijrahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain adalah merupakan...

Sunday, August 31, 2008

KONSERT = STADIUM MERDEKA?

Pada hari ini genaplah 51 tahun gema laungan MERDEKA! sebanyak 7 kali ( kalau tak salah) di stadium merdeka. Dengan dipertontonkan kepada seluruh rakyat Tanah Melayu, kemudian Malaysia stadium merdeka mencatatkan sejarah tertubuh sebuah negara berdaulat. Hasil perit jerih pejuang-pejuang kemerdekaan tercatat di sini.Namun demikian, stadium merdeka sudah tidak wajar dinamakan stadium merdeka. Setelah beberapa kali stadium merdeka menjadi lubuk untuk merendahkan martabat kemerdekaan negara. 2 tahun lepas konsert Inul diadakan disini dalam bulan ogos, tahun lepas konsert Gwen Stefani juga rencana...

Tuesday, August 26, 2008

HASTA LA VICTORIA SIEMPRE

Alang-Alang Peluk Pekasam, Biar Sampai ke Pangkal Lengan...

Friday, August 15, 2008

The Colonial Legacies on Islam in South East Asia from Contemporary Perspective.

Sepetang bersama Surin Pitsuwan, Setiausaha Agung ASEAN, Mantan Menteri Luar Thailand, seorang muslim yang mendapat didikan awal pondok di selatan Thai.(Surin, Brian Yap, Penulis dan Yusmadi)MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI The region of South East Asia has become one of the largest Muslim region in the world, where it is constitute of Indonesia, Malaysia, and Brunei as the majority Muslim countries. Meanwhile Philippines, Singapore, Thailand, Burma and Cambodia as the largest minority in the countries. With this large number of Muslim population it made Muslim as the most significant and influential...

Friday, August 08, 2008

FORUM MEMELUK ISLAM PERLU DILAKSANAKAN SECARA TERTUTUP OLEH MEREKA YANG SELAYAKNYA

FORUM MEMELUK ISLAM PERLU DILAKSANAKAN SECARA TERTUTUP OLEH MEREKA YANG SELAYAKNYA Dalam keadaan masyarakat yang terbuka dan kompleks pada hari ini, kita tidak boleh bersikap apologatik dan prejudis kepada aspek perbincangan dan dialog. Kita juga tidak boleh mengambil pendekatan 'sapu sampah ke bawah tikar' atau 'selimut ke atas, kaki ternampak'. Kita perlu selesaikan masalah yang ada dalam negara secara matang dan tulus. Atas dasar prinsip keadilan, dengan tunjangan ilmu yang benar masalah-masalah pokok dan dasar harus diselesaikan. Cuma sedihnya, masyarakat dan pemimpin kita pada hari...

Wednesday, August 06, 2008

THE RELATION OF RELIGION AND POLITICS IN THE CASE OF MESOPOTAMIA.

The aspect of religion and politic played very important roles in ancients civilisation. There are three natures of relationship between these two which can be classified as identical where it did not clearly define the authority, roles of religion and the society, the second nature is separation where it usually known as secularism where human are the ultimate source and sole of reference and the third nature of these relationship is balance, where the roles of religion and society are clearly define and given its due, the political elite plays as the administrator and did not claimed as...

Tuesday, July 29, 2008

30 Days as Muslim - What Says American?

...

Analysis of the Charter of Madinah (Sahifatul Madinah) Based on Locke Theory of Social Contract.

Analysis of the Charter of Madinah (Sahifatul Madinah) Based on Locke Theory of Social Contract.This Analysis will examine two aspects that related to social contract first is the Charter of Madinah during the time of Prophet Muhammad saw and second aspect is the Theory of Social Contract of John Locke. Based on the understanding of the John Locke views, Chatter of Madinah will be analyst.Locke theory on Social Contract are very much differ compare to the social contract theory of Hobbes. Based on the ideas of state of nature of man, Locke regarded men lives in perfect freedom which they possess...

Saturday, July 26, 2008

TEORI 'ENGAGEMENT' DAN PERLEMBAGAAN

Diakhirnya sebenarnya kita perlu sedari dalam ini keperitan hidup ini, tidak ada mana-mana kaum yang menindas antara satu sama lain, tetapi keperitan hidup ini dirasai oleh semua kaum. Melayu , Cina, India dan minoriti yang lain semua sedang sengsara dengan keperitan yang ada. Dalam hal ini berpunca daripada faktor yang saya nyatakan sebentar tadi ditambahkan lagi sistem kepimpinan dan pentadbiran ‘Governance’ negara yang lemah.Dalam pada masa yang sama PKPIM juga berpendirian tegas dalam beberapa isu termasuklah isu kedudukan agama Islam dan Bahasa kebangsaan dalam perlembagaan. Bahasa Kebangsaan...

Thursday, July 24, 2008

TEGURAN UNTUK TEMAN-TEMAN GERAKAN MAHASISWA: PENYATUAN DALAM KEPELBAGAIAN

TEGURAN UNTUK TEMAN-TEMAN GERAKAN MAHASISWA: PENYATUAN DALAM KEPELBAGAIANwww.saifullahzulkifli.blogspot.comMinggu lepas sewaktu satu pertemuan antara badan-badan mahasiswa diajukan soalan berhubung dengan pendirian PKPIM yang menyokong muzakarah antara UMNO dan PAS.Badan mahasiswa, yang ‘satu’ itu, nampaknya kurang bersetuju, malah nampaknya agak berang dengan pendirian tersebut. Sehinggakan bertindak untuk menulis sebuah draf kenyataan media yang mengecam pendirian PKPIM.Pada hari ini, jelas tertera perang kenyataan media antara PKPIM dan SMM. 'Katanya' daripada pengerusi SMM Syeikh Omar Ali, atas menjaga menjaga sensitiviti dan perasaan kaum lain, SMM menyelar kenyataan PKPIM.Dalam hal ini sebenarnya penulis ingin menegaskan bahawa Muzakarah,...

Sunday, July 20, 2008

Who Speaks for Islam? What a Billion Muslims Really Think - John L Esposito

...

DEBAT MINYAK: MEMENANGKAN RAKYAT

DEBAT MINYAK: MEMENANGKAN RAKYAT www.saifullahzulkifli.blogspot.com Perdebatan antara DSAI dan DSC, berkenaan isu Minyak pada 15 julai yang lepas sebenarnya membuka satu jendela baru dalam sejarah perkembangan politik di Malaysia. Sejak reformasi, penulis ada beberapa kali berkunjung ke Parlimen, terutama sewaktu dibawa oleh abg Azuan. Tetapi sejak PRU 11, penulis mula jelek dan muak untuk ke parlimen kerana melihat tetalah para MP di parlimen berbahas dan suasana yang hambar. Kelakuan kebudak-budakan, caci maki, isu2 yang kurang relevan, melibatkan serangan peribadi dan parti. Seolah2 parlimen tempat untuk berperang mulut menegakkan benang yang basah. Dalam masa yang sama, banyak masa dihabiskan secara sia-sia, banyak kerusi...

Saturday, July 12, 2008

Adakah Masih Relevan Perjuangan Bahasa Kebangsaan Pada Hari Ini?

Adakah Masih Relevan Perjuangan Bahasa Kebangsaan Pada Hari Ini? www.saifullahzulkifli.blogspot.com Bahasa Melayu yang telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun 1957 yang kemudiannya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Namun demikian, masyarakat generasi ketiga yang lahir pasca 13 mei kian terhakis sensitiviti dan kesedaran kepada persoalan bahasa...

Friday, July 11, 2008

What Happen to Muslim: Camparison between Muslim And Jewish

Ever wondered why Muslims are so powerless? Here is why: There are 57 member-countries of the Organisation of Islamic Conference (OIC), and all of them put together have around 500 universities; one university for every three million Muslims. The United States has 5,758 universities and India has 8,407. In 2004, Shanghai Jiao Tong University compiled an 'Academic Ranking of World Universities' , and intriguingly, not one university from Muslim-majority states was in the top-500. As per data collected by the UNDP, literacy in the Christian world stands at nearly 90 per cent and 15 Christian-majority states have a literacy rate of 100 per cent. A Muslim-majority state, as a sharp contrast, has an average literacy rate of around...

Monday, July 07, 2008

Long Walk To Freedom: Nelson Mandela

Langkah kebebasan MandelaEdisi khas memoir Nelson Mandela diterbitkan baru-baru ini bersempena genap 90 tahun usia beliau pada 18 Julai ini. Tidak ada jalan pintas untuk kebebasan - itulah isi penting yang ingin disampaikan oleh Mandela.Beliau mula menulis kisah hidupnya ini secara rahsia pada 1974 semasa terpenjara di Robben Island, Cape Town. Ingatannya dicungkil dengan bantuan rakan seperjuangannya Walter Sisulu dan Ahmed Kathhrada.Manuskrip itu kemudian ditemui oleh pihak berkuasa penjara dan dirampas. Namun, dengan bantuan dua komradnya dalam penjara, Mac Maharaj dan Isu Chiba manuskrip ini...

Wednesday, July 02, 2008

Campus life and Significant of Usrah

Hari ini penulis diundang oleh FSC atau zaman waktu penulis masih di Matriks UIA PJ, di panggil Nuqaba Executives Council NEC, kemudian di ubah kepada Fasilitator, yang namanya dari Usrah ke Halaqah, kemudian ke Study Circle. Walau apapun nama yang diberi, kita tak perlu berbalah dgn istilah, kerana itu hanya bersifat kosmetik sebagai kulit, yang penting adalah intipadi, pengisiannya.Dalam forum tersebut sekitar 50 bakal nuqaba hadir, turut bersama menjadi panel adalah sdr Haidhir, PPIWP dan menjadi moderator adalah Sdr Fazril.Dalam pusingan pertama forum tersebut soalan berhubung bagaimana untuk menjadikan usrah itu menarik kepada anak2 usrah.Justeru, di dalam menjawab persoalan ini penulis meletakkan bahawa kepentingan kreativiti Nuqaba penting...

Page 1 of 3712345Next

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles