Friday, September 05, 2008

PENDUDUK ASAL vs PENDATANG ?


Saya bercakap sebegini adalah kerana pada hari ini saya lihat ada segolongan dalam masyarakat kita, suka bercakap perkara yang tidak tepat atau sesuai untuk dicakap.

Saya tekankan soal persefahaman dan toleransi dalam konteks kesedaran yang tinggi kepada kebenaran dan keadilan. Kita perlu sedar tuhan menjadikan setiap kawasan dimuka bumi ini ada penduduk asalnya. Seperti mana Jepun untuk orang Jepun, Afrika untuk orang Afrika, Arab untuk orang Arab dan pastinya perlu kita sedar Nusantara Melayu untuk orang Melayu.

Namun demikian, dalam kita menyedari hakikat ini kita perlu jelas bahawa bukanlah kita bermaksud untuk menidakkan bangsa lain untuk datang ke tanah ini. Penghijrahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain adalah merupakan suatu fitrah dan semula jadi manusia untuk bergerak.

Begitulah hakikatnya, bahawa buruh dari India dan China dibawa secara besar-besaran untuk menjaga ladang-ladang dan perlombongan. Malah sejarah mencatatkan dari 1941 masyarakat dari China yang di bawa ke Tanah Melayu adalah majoriti berbanding bangsa Melayu pada ketika itu. Cuma kehadiran Jepun ke Tanah Melayu sewaktu perang Dunia ke 2, mengakibatkan ramai masyarakat Cina dibunuh yang akhirnya populasinya berkurangan dan Melayu menjadi majoriti semula. (Berdasarkan bancian yang pernah dibuat, kalau nak nanti saya usulkan)

Sehinggalah sewaktu usaha untuk mendapatkan kemerdekaan, hanya UMNO dan koncu2nya dibenarkan oleh British untuk wujud dan rundingan untuk mencapai kemerdekaan.

Dalam rudingan inilah memberikan satu keistimewaan bukan melayu, hanya 'Khas' untuk tanah melayu kerana kebiasaan negara yang mendapat kemerdekaan daripada penjajah tidak menberikan kerakyatan secara percuma kepada penduduk bukan asal negara tersebut. Malah kebanyakkan pendatang dihantar pulang selepas merdeka.

Bagi saya, dalam hal ini jika mahu menjadi perkauman, waktu ini patut dijadikan perkauman. Jika mahu dibicarakan soal ketuanan, hak antara satu sama lain waktu inilah yang terbaik. Jika rasakan kita tidak bersedia untuk menerima keluarga selain daripada bangsa sendiri, dihantar sahaja bangsa-bangsa lain ke negara asal mereka.

Tapi hal berlaku sebaliknya. Kita telah berjanji untuk duduk bersama, tinggal dalam harmoni dan muafakat antara kaum dan mencapai kemerdekaan ini bersama maka kerakyatan ini diberikan kepada mereka yang bukan Melayu, atau yang bukan penduduk asal. (Malah menjadi syarat juga daripada British untuk merdeka memerlukan kerakyatan daripada bangsa lain)

[ Baca Seterusnya...]

0 comments:

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles