Wednesday, October 01, 2008

Catatan Peribadi terhadap Krisis Kewangan dan Pasaran AS


Tindakan ini mendapat tentangan hebat daripada Ron Paul. Beliau cuba untuk meyakinkan bahawa kejatuhan pasaran adalah merupakan sesuatu yang lumrah hasil daripada sistem monopoli Simpanan Persekutuan, Federal Reserve yang bertindak seperti Bank Negara, atau Bank Pusat. Hujah utama yang diutarakan terutama sewaktu berbahas di dalam kongress minggu lalu adalah, Pelan Penyelamat yang bernilai USD 700 Billion sebenarnya akan memusnahkan ekonomi dunia.

Ekonomi dunia boleh musnah melalui Pelan Penyelamat ini kerana apabila duit itu dikeluarkan, duit itu sebenarnya akan dicetak oleh Federal Reserve, dengan jumlah yang begitu besar, nilai mata wang USD akan jatuh. Akibat daripada ini seluruh dunia yang pada ketika ini sandarkan mata wang mereka kepada USD juga akan turut jatuh. Justeru, ekonomi dunia akan berada dalam keadaan kegelapan.

Ron meletakkan kelemahan kepada sistem kewangan dan pengurusan ekonomi yang lemah, mengakibatkan kejatuhan sistem inflasi dan 'corporatism special isterest system'. Presiden Bush mungkin dilihat sebagai seorang yang mewakili rakyat As di dalam memberi respon kepada isu September 11, tetapi di dalam isu ekonomi ini Presiden Bush gagal untuk mengutarakan dan mengurus ekonomi AS.

Apa kesan kepada Malaysia?

Seperti kebanyakan negara-negara membangun lain, Malaysia sandarkan matawangnya kepada USD. pastinya seperti yang telah saya nyatakan tadi jika Pelan Penyelamat itu berlaku, matawang dan pasaran ekonomi Malaysia akan turut jatuh meruntum.

Berita yang agak tidak baik yang saya dapat sebentar tadi mengatakan bahawa kongress akan membahaskan dan membuat undian semula kepada usul untuk mengadakan pelan penyelamat bagi menyelamatkan syarikat gergasi AS serta pasaran saham. Mungkin minggu depan, tetapi apa yang pasti pihak kerajaan AS terpaksa melakukan sedemikian adalah kerana kesan teruk kepada pasaran saham AS, Wall Street se[erti yang telah berlaku. Yang menariknya adalah apabila tindakan untuk mengusulkan semua Pelan Penyelamat ini, Wall Street mula untuk naik mata.

Saya bukanlah orang yang arif tentang ekonomi, tetapi saya prihatin kepada apa yang berlaku. Maaf jika ada antara perkara yang saya usulkan salah. Namun demikian saya yakin Malaysia akan terkesan dengan krisis ini. Najib dalam kenyataannya Selasa lalu menggambarkan kerisauan kepada krisis ini. Tetapi, krisis ini tidak mampu ditangani hanya dengan menggunakan dakwaan rizab negara sebanyak RM406.6 bilion (AS$119 bilion), lebihan akaun negara selain kemasukan pelaburan asing sebanyak RM31 bilion pada 6 bulan pertama tahun ini untuk membuktikan negara sudah cukup kukuh untuk menghadapi krisis ini seperti yang didakwa sebaliknya oleh Najib.

[ BACA SETERUSNYA...]


0 comments:

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles