Thursday, January 15, 2009

Politik Gerakan Islam Abad 21

Politik Gerakan Islam Abad 21

Semakin kuat demokrasi, semakin kuat pintu kemenangan Islam melalui Idea-Idea demokasi, keadilan (al-Adl), Kedaulatan dan Kebebasan (al-Hurriyah), Kedaulatan Hukum (al-Hakimiyyah) menjadi slogan yang lebih dekat dan mudah diterima oleh masyarakat.

Perjuangan Islam adalah perjuangan melalui proses mendidik, Ta'dib. Semakin keras sesebuat parti, organisasi gerakan Islam membuatkan masyarakat umum semakin jauh daripada perjuangan dan inspirasi gerakan Islam.

Radikalisasi di dalam politik gerakan Islam terhasil terutamanya pasca Revolusi Iran 1979, penolakkan kepada demokrasi dan sistem perwakilan kerana cenderung kepada jalan konfrontasi dan keganasan. Hal ini dapat dilihat secara jelas melalui rampasan kaabah, mekah pada November 1979, pembunuhan Presiden Mesir Anwar Sadat pada Oktober 1981, dan pertembungan antara militant Islam dan regim di Syria pada 1982.

Fenomena ini tidak terlepas gelombangnya di Malaysia. PAS terpengaruh dengan golombang revolusi Iran bergerak dengan pendekatan radikal, terutama di dalam berkonfrontasi dengan UMNO akhirnya membuatkan pada kurang bersikap tolak ansur dan toleransi di dalam berpolitik. Hasilnya adalah sewaktu pilihanraya umum 1986, PAS hanya memenangi satu kerusi di Parlimen.

Di dalam hal ini, saya cenderung untuk melihat perjuangan Islam melalui wasilah Politik melalui 2 cabang, satu Perjuangan Islam kulit (branding), dan cabang yang kedua ada Perjuangan Islam secara Isi (Substance).

Permasalahan yang berlaku terutama di Negara-negara Islam majoriti adalah masalah kurangnya penekanan kepada substance, isi dalam perjuangan. Dalam banyak-banyak hal, kelompok pejuang Islam di Negara Majoriti Islam ini lebih pentingkan bendera, atau tema-tema yang fundamental dalam Islam .Sebagai contoh mudah, saya berasa tidak selesa, apabila ada beberapa Negara yang meletakkan gelaran " "Islamic Republic of …", mengishtiharkan Negara itu sebagai 'Islam' tetapi dalam banyak hal yang dianjurkan oleh Islam seperti hormat kepada kepelbagaian (taadudiyah), masyarakat madani (mu'tama al-Madani), Hak Asasi Manusia (huquq al-Insan), Kebebasan ( Hurriyyah), Ketelusan (Shafafiyyah) dan keadilan (al-Adl) tidak pula diikuti.

Lebih malang kadar jenayah, kemunduran ekonomi, penindasan sosial dan rasuah berleluasa di kebanyakkan Negara majoriti Islam. Malah sistem demokrasi 'separuh-separuh' atau demokrasi 'suka hati aku' menjadi pegangan.

Esposito dalam buku terbaru " Who Speaks for Islam" menerusi kajian yang dibuat oleh Gullup Poll menerangkan bahawa hanya satu per empat daripada Negara majoriti Islam yang kerajaan dipilih secara demokratik. Kalau pun dipilih secara demokratik, peratus kemenangan yang dicapai hasil undian adalah antara 90 peratus hingga 99.9 peratus.

Tunisia, Presiden Ben Ali menang 99.4 peratus dalam pemilihan pada tahun 1999 dan 94.5 peratus pada tahun 2004. Presiden Mesir, Hosni Mubarak menang 94 peratus undi pada tahun 1999 dan 2006 sebanyak 88.6 peratus.

Peratusan yang mencatat sehingga hampir seratus peratus ini adalah bukti yang menggambarkan kepada kekuatan dan pengaruh yang begitu besar Presiden Negara-negara Islam, ataupun ianya adalah bukti bahawa berlaku kepincangan dalam sistem demokrasi yang kita amalkan.

Cabang yang kedua yang dinyatakan diatas, adalah merupakan kelompok pejuang politik Islam secara Isi dan Substance, kelompok ini menzahirkan politik Islam bukan pada apa yang di pakai atau bendera apa yang di kibar. Tetapi politik Islam secara isi ini adalah mengambil kira nilai Islam dan perjuangan secara mendidik dan ilmu, ta'dib Islami. Nilai-nilai Islam yang menentang kezaliman dan rasuah, mengambil kira 'Good Governance' sebagai dasar di dalam bina Negara 'Khayra Ummah'. Sistem politik adalah disandarkan kepada keadilan, hormat antara satu sama lain dan prinsip Hak Asasi Manusia. Politik Islam secara substantial tidak menggunakan nama Islam untuk mengejar kuasa, tetapi mengejar kebaikkan, fastabiqul Khairat.

Contoh yang menarik adalah sikap toleransi yang ada kepada pejuang Islam secara substantial adalah keterbukaan kepada kepelbagaian dan bersedia untuk bekerjasama. Selepas pilihanraya 1995, bekas kumpulan saudara Islam, mewakili generasi muda di Mesir yang ingin bergabung dengan pihak yang lain termasuk haluan kiri Nassirites, Kristian dan wanita bagi membentuk parti baru Hizb Wasat. Parti baru ini yang bergerak secara demokrasi antara Masyarakat Islam dan bukan Islam, Kristian di Mesir. Parti ini walaupun pelbagai agama tetapi meletakkan Syariah sebagai kayu ukur kepada ketamadunan di Mesir. Namun demikian parti ini diharamkan dan pemimpinnya ditangkap seperti kebanyakkan parti pembangkang di Mesir.

Gerakan Politik Islam menerusi Front Islamic Salvation (FIS) di Algeria memberi bukti kepada dunia bahawa Revolusi Iran bukanlah contoh kepada politik Islam, dan Islam bersifat akomadatif dengan demokrasi. Kepimpinan Abas Madani, menonjolkan sikap toleran melalui jalan demokrasi membuahkan hasil dengan kemenangan besar sewaktu pilihan raya 1991, dimana FIS memenangi 32 daripada 48 kawasan yang dipertandingkan. Kemenangan ini akhirnya membawa padah kepada FIS dimana parti itu telah diharamkan oleh Regim FLN.

Selepas pengharaman, FIS tidak mengalah dan terus berusaha mengembalikan proses demokrasi di Algeria. FIS mengadakan pelbagai usaha termasuklah mengadakan kerjasama politik melalui National Contract for Peaceful and Political Settlement atau lebih dikenali sebagai Rome Platform. Kerjasama politik ini turut disertai bukan sahaja Islam malah bukan Islam dan Sekular.

Ikhwan dalam hal ini memdahului gerakan Islam secara substantial. Seperti perjuangan HAMAS di Palestin, umum digambarkan sebagai angkatan bersenjata, tetapi formula kemenangan HAMAS dalam pilihanraya dua tahun lepas adalah kerana mereka dilihat sebagai bersih, telus, adil dan dekat dengan masyarakat. HAMAS hebat dalam gerakan kebajikannya. HAMAS mempunyai institusi masyarakatnya sendiri untuk membantu rakyat Pelestin, termasuklah Hospital, Sekolah dan Institusi-Institusi perlindungan.

Perkembangan baru di Turki menarik minat seluruh gerakan Islam sedunia melihat pendekatan substantial, secara toleran dan akomodatif sebenarnya memenangkan Islam. Parti Refah di bawah pimpinan Najmudin Erbakan, bersikap agak keras dan secara terang-terang mengibarkan imej Islam kemudiannya diharamkan pada tahun 1998, setelah berlaku rampasan kuasa oleh pihak tentera atas alasan tergugatnya dasar sekularisme Turki. Anak didiknya Abdullah Gul dan Erdogan menubuhkan AK Party. Parti secara substantialnya adalah Islam tetapi Imej modern democrat, yang dilihat lebih bersih dan berkemampuan.

Masalah rasuah yang berlaku di Turki akhirnya memberikan kepercayaan rakyat kepada AK Parti untuk memimpin Turki apabila menang besar pada dua pilihan raya sebelum ini. Pendekatan yang lebih moderate dan sederhana, tetapi hikmah memberikan kemenangan kepada Islam secara Substantialnya. Kemenangan besar adalah apabila undang-undang menghalang mahasiswi memakai tudung dipinda, menjadi lambing baru kepada Turki di bawah kepimpinan politik Islam sedia ada.

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles