Sunday, August 31, 2008

KONSERT = STADIUM MERDEKA?




Pada hari ini genaplah 51 tahun gema laungan MERDEKA! sebanyak 7 kali ( kalau tak salah) di stadium merdeka. Dengan dipertontonkan kepada seluruh rakyat Tanah Melayu, kemudian Malaysia stadium merdeka mencatatkan sejarah tertubuh sebuah negara berdaulat. Hasil perit jerih pejuang-pejuang kemerdekaan tercatat di sini.

Namun demikian, stadium merdeka sudah tidak wajar dinamakan stadium merdeka. Setelah beberapa kali stadium merdeka menjadi lubuk untuk merendahkan martabat kemerdekaan negara. 2 tahun lepas konsert Inul diadakan disini dalam bulan ogos, tahun lepas konsert Gwen Stefani juga rencana disini, malah pada tahun ini Inul juga rencana melakukan konsertnya di tempat yang sama juga tetapi berjaya dihalang. Tidak selesai disitu 2 hari sebelum kemerdekaan konsert Avril juga dianjurkan disini.

Mengapa bila detik kian menghampiri Ramadhan dan Kemerdekaan mesti dicemari dengan kekotoran sebegini. Dan yang menjadi mangsanya adalah stadium merdeka, tempat yang mencatat sejarah dan menjadi lambang sebuah nostalgia negara merdeka.

Aku disini menutup dengan 2 jalan keluar, pertama di tukar nama stadium merdeka kepada stadium ...., atau pilihan yang kedua batalkan saja hasrat itu, iktibar pada masa akan datang. Kalau ini berlaku lagi pada ogos yang akan datang...

0 comments:

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles