Monday, July 11, 2011

The Rise of BERSIH Generation!

Dear ,
 
Friends

With your permission, I will speak now. You would honor me by listening. The Barisan Nasional have sent us a message... That they can take whatever they want. That no one can stop them. Well we will send them a message. You ride out as fast as the wind can carry you (through Email, Twitter, Facebook and Blog)... You tell all Malaysians to come. Tell them BERSIH calls to them!

You fight now, with me! My brothers! Sisters! And we will show the Barisan Nasional... That they can not take whatever they want! And that this... this is our land!

 

Bersih 2.0 Trailer- http://www.youtube.com/watch?v=OK1XYxHJjHQ

 

Channel News Asia- http://www.youtube.com/watch?v=64Gg8l0Hkcc

 

Police aggression in Puduraya- http://www.youtube.com/watch?v=MmgdyXOQ5Bo

 

A. Samad Said, National Laurate- http://www.youtube.com/watch?v=r7DFEMV8-G4

 

If Grace is there with you - look in her memories - she can show you the world we come from. There's no yellow there. They killed the peaceful march, and they're gonna continually deny us free and fair election.  More Barisan Nasional are gonna come. They're gonna come like a rain that never ends. Unless we stop them. They chose me for something. I will stand and fight. You know I will. But I need a little help here.

 

Be part of BERSIH generation! http://bersih.org/

 

May God Bless Us,

A.N

Euronews- https://www.youtube.com/watch?v=F97SDkkQ9c8

Al Jazeera- http://www.youtube.com/watch?v=3UNT8C13hRs

Police beating- http://www.youtube.com/watch?v=ZqCmcF7pZZI

Hospital hit by water cannon spray, tear gas - http://www.youtube.com/watch?v=ucNf75SoIn8

9 of July – A day to remember- http://www.youtube.com/watch?v=UmauVB5BpYA

The Unsung Heroes- http://www.youtube.com/watch?v=379NBqcSUow

 
Powered by Demi Rakyat . The speech is taken from Avatar Movie.

This email was sent to: saifullahzulkifli.saifullah@blogger.com

Update Your Email | Unsubscribe

Thursday, July 07, 2011

Yellow for BERSIH!

Friends --
 

Good evening, fellow Malaysians.

Allow me first to apologize for this interruption. I do, like many of you, appreciate the comforts of every day routine – the security of the familiar, the tranquility of repetition. I enjoy them as much as any bloke. But in the spirit of electoral reform, thereby those important events of the past usually associated with someone’s imprisonment or the end of some awful bloody struggle, a celebration of a nice holiday, I thought we could mark this July the 9th, a day that is sadly ridiculed by those who are in powers, by taking some time out of our daily lives to wear yellow and walk for justice with our friends.

 

Theme Song: http://www.youtube.com/watch?v=6aWMEKFBHd4

 

There are of course those who do not want us to speak. I suspect even now, orders are being shouted into telephones, and men with guns will soon be on their way. Why? Because while the truncheon may be used in lieu of conversation, words will always retain their power. Words offer the means to meaning, and for those who will listen, the enunciation of truth. And the truth is, there is something terribly wrong with this country, isn’t there? Cruelty and injustice, intolerance and oppression. And where once you had the freedom to object, to think and speak as you saw fit, you now have censors and systems of surveillance coercing your conformity and soliciting your submission.

 

Bersih 2.0 Website: http://bersih.org

 

How did this happen? Who’s to blame? Well certainly there are those more responsible than others, and they will be held accountable, but again truth be told, if you’re looking for the guilty, you need only look into a mirror. I know why you did it. I know you were afraid. Who wouldn’t be? War, terror, disease. There were a myriad of problems which conspired to corrupt your reason and rob you of your common sense. Fear got the best of you, and in your panic you turned to the now Prime Minister, Najib Razak. He promised you order, he promised you peace, and all he demanded in return was your silent, obedient consent.

 

Our demands: http://www.youtube.com/watch?v=3BcVg3Sapjk

 

Last night I sought to end that silence. Last night I wore the Bersih t-shirt, to remind this country of what it has forgotten. More than fifty years ago a great citizen wished to embed the idea of independence forever in our memory. His hope was to remind the world that fairness, justice, and freedom are more than words, they are perspectives. So if you’ve seen nothing, if the crimes of this government remain unknown to you then I would suggest you allow the ninth of July to pass unmarked.

 

Facebook page: http://www.facebook.com/pages/BERSIH-20-OFFICIAL/213938935311531

Global Facebook page: http://www.facebook.com/pages/Global-Bersih-20/182539641800071

 

But if you see what I see, if you feel as I feel, and if you would seek as I seek, then I ask you to stand beside me this Saturday, outside the gates of Merdeka Stadium, and together we shall give them a ninth of July that shall never, ever be forgot. People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people. Strength through unity, unity through faith! I am Bersih. At last you know the truth. You’re stunned, I know. It’s hard to believe, isn’t it, that beneath this wrinkled, well-fed exterior there lies a dangerous killing machine with a fetish for Fawkesian masks.

 

Spread the words. Be part of the history. Stadium or street, we will march on!

 

Yellow for BERSIH!

A.N

 

p/s: the original speech is taken from ‘V for Vandetta’ http://www.youtube.com/watch?v=chqi8m4CEEY

 

 
 
Powered by Keadilan Network || This is a grassroots movement, a project by a group of Pakatan's Supporters.

This email was sent to: saifullahzulkifli.saifullah@blogger.com

Update Your Email | Unsubscribe

Saturday, April 30, 2011

BARISAN NASIONAL JANGAN JADI PEMBULI KEPADA MAHASISWA

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

KENYATAAN MEDIA AMK: 5 JANUARI 2011

BARISAN NASIONAL JANGAN JADI PEMBULI KEPADA MAHASISWA



Pihak Angkatan Muda Keadilan Malaysia dukacita dan berasa kecewa dengan sikap yang diambil oleh pihak Hal Ehwal Pelajar Universiti dan pihak berkuasa dibawah kawalan UMNO Barisan Nasional termasuk pihak Polis, dan Kementerian Pengajian Tinggi. Pihak berkuasa UMNO-Barisan Nasional kini bertindak sebagai pembuli kepada mahasiswa yang hanya memperlakukan seperti 'budak sekolah'.


Beberapa insiden dan kenyataan yang dilakukan dalam tempoh setengah tahun ini amat memalukan dan menyedihkan. Sejak Pilihanraya Kampus yang lepas dengan pelbagai insiden, ugutan-ugutan yang mahasiswa terima, mahasiswa ditangkap dengan sebab tidak munasabah termasuk insiden terbaru yang melibatkan SMM dan mahasiswa cina di UM, mahasiswa di buang daripada Kolej Kediaman di UM dan UPM, dan lebih malang pada hari ini arahan ugutan kepada mahasiswa yang terlibat dengan himpunan hari perkerja akan dibuang universiti.


Dalam isu ugutan membuang mahasiswa yang terlibat dengan Himpunan Hari Pekerja membuktikan bahawa kerajaan UMNO-Barisan Nasional tidak serius menyelesaikan isu pengangguran Graduan dan Graduan kerja tidak ikut taraf pendidikan yang membelenggu mahasiswa. Budaya buli ini adalah budaya kerajaan kuku besi yang hanya menggunakan kuasa untuk mencengkam kuasa anak muda dan mahasiswa. Mahasiswa merupakan anak muda yang mempunyai intelek dan sumber daya harus diberi ruang untuk bersuara dan menggilap daya kepimpinan mereka.


Pihak Angkatan Muda Keadilan Malaysia, ingin memberi amaran keras kepada pihak berkuasa UMNO-Barisan Nasional, jika meneruskan budaya pembuli seperti ini akan menyemarakkan lagi kebangkitan anak muda. Anak Muda, Mahasiswa komited menuntut perubahan, lawan tetap lawan walaupun pelbagai ugutan diterima.


MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

Pengarah Biro Mahasiswa,

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

VIDEO SEKS ADALAH STRATEGI FITNAH TERBARU BN MELEMAHKAN PAKATAN RAKYAT MENDEPANI PRU-13

VIDEO SEKS ADALAH STRATEGI FITNAH TERBARU BN MELEMAHKAN PAKATAN RAKYAT MENDEPANI PRU-13

Politik kotor dan kolot UMNO-Barisan Nasional sejak pemerintahan Mahathir hingga Najib tidak berubah. Politik fitnah dan mengaibkan maruah serta cubaan rasuah tokoh pembangkang menjadi modus operandi utama di dalam mengekang kebangkitan rakyat menyokong perubahan.

Pengalaman pilihanraya 1990 dalam pakatan pembangkang menerusi Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, Tengku Razaleigh Hamzah dicanang sebagai agen Kristian hanya kerana memakai tengkolok Sabah yang ada corak seakan salib. Gambar Ku Li memakai tengkolok Salib ini menjadi bahan kempen utama di dalam menjatuhkan kepercayaan rakyat kepada Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46.

Begitu juga seperti yang diketahui umum UMNO-Barisan Nasional pada tahun 1998 memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan Kabinet Menteri kerana fitnah pertama yang dilemparkan kepada beliau, sehingga dipenjarakan selama 6 tahun. Beliau bukan sahaja difitnah, malah, diracun, ditumbuk, dan dipenjarakan.

Dalam hal ini adalah pelik jika dibandingkan dengan kes rogol remaja bawah umur yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik. Beliau bukan sahaja tidak dipecat daripada UMNO, malah dibela oleh pimpinan Mahathir dan didapati tidak bersalah oleh Mahkamah. Dalam kes ini yang bersalah adalah pimpinan pembangkang, Lim Guan Eng yang dipenjarakan kerana usaha beliau membela anak remaja perempuan melayu yang dirogol. Hasil tekanan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhirnya Tan Sri Rahim Tamby Chik meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Melaka.

Pilihanraya 1999 membuka sejarah besar dalam politik Malaysia apabila pakatan pembangkang diperkukuhkan hasil daripada konspirasi politik pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tertubuhnya Barisan Alternatif (BA) yang menggabungkan semua parti pembangkang dan pertandingan satu lawan satu sewaktu PRU ke-10. Hasil daripada pakatan ini Barisan Alternatif memenangi 42 kerusi, mengekalkan kemenangan di Kelantan dan merampas Terengganu.
Barisan Alternatif tidak kekal antara sebab utamanya adalah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Selepas konspirasi politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama, pembangkang mara lebih jauh apabila DSAI dilepaskan pada tahun 2006 dan pemuafakatan semua parti pembangkang membentuk Pakatan Rakyat. Pembangkang sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen dan memenangi 5 negeri menerusi Pakatan Rakyat.

Bagi menyekat kemaraan ini, UMNO-Barisan Nasional merangka strategi Fitnah ke-2 dengan kes Liwat Saiful Bukhari.

Setelah lebih 2 tahun perbicaraan Fitnah ke-2 ini, kelihatan UMNO-BN hilang modal dan bakal kalah dalam perbicaraan. Lebih merisaukan UMNO-BN Pakatan Rakyat telah melancarkan Buku Jingga yang menjadi testamen, manifesto tawaran Pakatan Rakyat kepada Rakyat Malaysia bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Tidak cukup dengan Fitnah 2, pihak UMNO-Barisan Nasional yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor melancarkan fitnah 3 yang melibatkan video seks oleh Datuk T, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Shazyl Eskey Abdullah.

Fitnah terbaru ini, dengan perancangan konspirasi yang penuh kelompongan membuktikan bahawa UMNO-Barisan Nasional terdesak melemahkan Pakatan Rakyat dengan mengaibkan imej pimpinannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemerosotan peratus undi yang diperoleh sewaktu Pilihanraya negeri membuatkan UMNO-Barisan Nasional lebih terdesak. Undi popular Pakatan Rakyat yang mencecah hampir 45% amat menggusarkan mereka. Lebih merisaukan adalah apabila perkiraan sokongan rakyat dan gelombang kebangkitan rakyat Sarawak dalam pilihanraya negeri mampu memberikan lapan kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat di kawasan Bandar di Sarawak.

Rakyat Malaysia telah matang dengan segala politik fitnah yang dimainkan oleh UMNO-Barisan Nasional. Rakyat tidak akan berganjak dari menuntut perubahan dan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Bangkit, Selamatkan Malaysia!

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Ketua Penerangan,
Angkatan Muda Keadilan Selangor

Thursday, April 14, 2011

UNDI GENERASI MUDA PENENTU PERUBAHAN SARAWAK

UNDI GENERASI MUDA PENENTU PERUBAHAN SARAWAK


Generasi Muda Sarawak seramai 300 000 orang yang telah berdaftar sebagai pengundi bagi Pilihanraya Negeri Sarawak pada kali ini bakal menjadi undi penentu kepada perubahan negeri Sarawak.


Generasi Muda Sarawak yang berhadapan dengan pelbagai belenggu dan isu hanya akan dapat diselesaikan melalui proses demokrasi, pemilihan tampuk kepimpinan negeri.



Masalah pendidikan dan peluang pekerjaan menjadi masalah utama kepada generasi muda ini. Kemudahan asas sekolah berada dalam keadaan uzur dan tidak mencukupi untuk proses pengajaran dan pembelajara (PNP) terutama di kawasan pinggir bandar dan luar bandar di Sarawak. Faktor ini akhirnya menyebabkan keciciran di kalangan pelajar tinggi di Sarawak.


Bagi golongan muda yang ingin menyambung pengajian tinggi terpaksa merantau ke semenanjung kerana kekurangan tempat untuk menyambung pengajian di Sarawak selain Universiti Malaysia Sarawak dan UITM.

Masalah kedua yang menjadi isu penting kepada golongan muda di Sarawak adalah masalah pekerjaan. Seramai 200 000 di rekodkan berhijrah ke semenanjung terutama di Johor Bharu, Lembah Klang dan Singapore kerana masalah pengangguran yang tinggi.


200 000 orang dikalangan mereka yang terpaksa merantau keluar Sarawak ini adalah terdiri daripada golongan muda yang sukar mendapat pekerjaan. Ditambahkan lagi kerana keciciran pendidikan dan politik sempit Barisan Nasional membuatkan Generasi muda ini sukar mendapat tempat di dalam pekerjaan.


Jika mendapat perkerjaan sekalipun, 48 peratus daripada golongan pekerja rakyat Sarawak adalah berpendapatan RM 750 dan kebawah. Desakan sara hidup yang tinggi, maka adalah mustahil untuk generasi muda dapat hidup dengan hanya bergaji seperti ini.


Generasi Muda Sarawak telah matang di dalam menilai sosio-politik masyarakat di Sarawak. Penyelesaian kepada permasalahan yang membelengu generasi muda hanya dapat diatasi jika generasi mudanya berani melakukan perubahan. Perubahan politik tidak bermaksud merebut jawatan atau kerusi semata-mata, tetapi perubahan secara politik bakal menentukan dasar negeri Sarawak bagi menjamin masa depan generasi muda sebagai pewaris negara.


Pakatan Rakyat memberi jaminan di dalam manifesto pilihanraya negeri dan buku jingga untuk melakukan pembaikkan tatakelola pentadbiran negeri. Kekayaan negeri akan diagihkan kepada rakyat. Hasil negeri adalah milik rakyat. Undi Generasi Muda seramai 300 000 ribu orang ini kepada Pakatan Rakyat bererti undi untuk masa depan yang lebih cerah.


MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

12.34 AM, Bandong, Sibu

DUN NANGKA

Thursday, March 31, 2011

KEADILAN: Fund Raising For Sarawak Election


Once again, the Sarawak Election and General Election are around the corner. KEADILAN as a coalition partner in Pakatan Rakyat will be fielding candidates at the parliamentary and state levels.

Malaysia is at a crucial crossroad in our history. We appeal for your support and contribution to ensure that your hope and our dream for a new Malaysia will materialize.

We are a party with modest and limited material resources. In order to plan and implement our campaign electively, we need funds to cover print and online campaign materials, vehicles, venues and sound system rentals, food, drinks and payments for campaign workers, etc.

Account details as shown below:

Bank Account Name : Parti Keadilan Rakyat

Bank Account Number : 564191025409 (Maybank Berhad)



For more information, please visit http://sumbangan.keadilanrakyat.org

Please join us to make a truly free and just Malaysia for all of us. Together, we can make a difference!

Reformasi!

Yours Sincerely,


Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti KEADILAN Rakyat

Powered by Keadilan Network || This is a grassroots movement, a project by a group of Pakatan's Supporters.


Monday, March 28, 2011

Fighting for Malaysian Freedom

This email was sent to you by www.keadilannetwork.com

Dear Friends,

We all feel sad and disgusted. Once again, they tried to confuse us though their effort was fruitless. The same old script was repeated as immoral actors took the center stage. What a waste of millions of ringgit each year to Public Relations consultants on creating credible image in the eyes of the people. The truth is, the front page of Utusan Malaysia and prime news of TV3 are still saturated with insignificant propaganda and fake issues.
They really thought that they are holier than dow. But, the Almighty Are Great and Fair. The thwarted conspiracy proves the involvement of several high-profiled players (VIDEO: Who Were Behind The Sex Video || NEWS ). These men are in great possessions of position and power; former state Chief Minister, political businessman and a self-proclaimed defender of Malays' rights who turned out to be the real culprits.
How can we allow them to continue to further tarnish the names of religion, race and nation?
Who actually brings disgrace upon Malaysia?
Calling For All To Reject Dirty Politics - Dr Asri
"We need politics of idea, underpinning the proposition of holistic development so that peoples' lives are enriched with discipline, dignity and civilization."
This struggle is by no means an easy task. Less than a week after the corrupted conspiracy, the police force has been mobilized. They stormed peaceful gathering, with the intention to scare people from seeking the truth.
VIDEO: Police Stormed Political Rally, 3 Youth Arrested
People are getting angry and the uprise of our youth is being felt. Stand up my dear friends to show your support. Do not be afraid of their threats; show them that the real power lies within the people's spirit and confidence. Believe wholeheartedly in the mercy of God, and victory will be in favor of the truth.
Let’s share this fighting spirit with our fellow countrymen!
Afif Nasri
------------------------
Perjuangan Demi Kebebasan Malaysia
Saudara-saudari,
Kita semua berasa sedih dan jelek. Sekali lagi mereka cuba untuk mengelirukan rakyat, walaupun usaha tersebut menemui kegagalan. Skrip lama diulang sedangkan lakonan tidak bermoral dipertaruhkan. Ternyata sia-sialah bayaran bernilai puluhan juta ringgit kepada firma-firma perunding media untuk mencipta imej berkredibiliti di mata umum sedangkan muka depan Utusan Malaysia dan Buletin Utama TV3 hari ini masih tepu dengan propaganda murahan dan isu-isu palsu.
Sesungguhnya Tuhan Maha Adil dan Maha Berkuasa. Tembelang yang terbongkar membuktikan pembabitan orang-orang ternama. Mereka berkedudukan dan berkepentingan. Antara watak-watak utama termasuk bekas Ketua Menteri, usahawan politik dan seorang kononnya pejuang bangsa yang sebenarnya mendalangi video fitnah tersebut. (VIDEO: Pendedahan Oleh MP Johari Abdul)
Sanggupkah kita membiarkan mereka terus memalukan maruah agama, bangsa dan negara?
Siapakah yang sebenarnya mengaibkan Malaysia?
Kita Kena Tolak Politik Kotor – Dr Asri
"Kita perlukan politik idea, yang berteraskan pembangunan umat sejagat agar kehidupan rakyat lebih berdisiplin, bermaruah dan bertamadun."
Perjuangan ini bukannya mudah. Tidak sampai seminggu selepas fitnah mereka terbongkar, kekerasan pihak polis digunakan. Serbuan terhadap majlis ceramah diperhebatkan, bertujuan untuk mengaburi rakyat daripada melihat kebenaran.
VIDEO: Polis Serbu Ceramah, 3 Anak Muda Ditangkap
Rakyat semakin marah dan kebangkitan anak muda mula dirasai. Bangunlah sahabat sekalian untuk sama-sama tampil kehadapan memberi sokongan. Usah ditakuti akan ugutan mereka, dan marilah kita buktikan bahawa kuasa terletak pada keteguhan jatidiri dan keyakinan rakyat. Percayalah kepada Rahmat Tuhan, dan kemenangan akan berpihak kepada kebenaran.
Sama-sama sebarkan semangat perjuangan ini.

Powered by Keadilan Network || This is a grassroots movement, a project by a group of Pakatan's Supporters.

Monday, March 21, 2011

Why now, why Anwar Ibrahim?

This email was sent to you by www.keadilannetwork.com

 

 

Dear Friend,
 
The old dirty politics have been revived. As the nation's economy loses its grip on direction and the people face the ever high cost of living, numerous slanderous attacks are now being sensationalized. The mainstream media is being fully manipulated to create the doubtfulness that they hope will weaken the spirit for change. 
 
As if the Fitnah-2 Sodomy Case (MediaRakyat: Why They Want To Prison Anwar) is not ridiculous enough, now we see the resurface of sex video footage, which mainly aims at destroying the credibility of Pakatan leadership (Malaysiakini). They have been trying hard to tarnish our credential and degrade our image, sorely to divert our attention from the major issues namely economy, social development and accountable administration.
 
Nothing else can obscure the eyes of the public. Sarawak election is coming up, and malpractice exposure of wrongdoings and the abuse of powers can no longer be stopped. Look at how badly are the people being oppressed, while the corrupted leaders are always being defended (Sarawak Report). Do not be surprised if the defamatory attacks will be intensified so long they still cling to powers.
 
Let’s focus on our agenda for reform. Looking at the recent supports on social media such as Facebook and Twitter, it is clear that the people are now more matured. Do not let our minds be confused with blatant and cheap lies. Let's continue to speak up! 
 
Together we must stop the tyranny to save the future of our country. Let's adhere to our principles, and may God be with us on this journey.
 
 
Afif Nasri
 
--------------------
 
Saudara dan saudari,
 
Politik lama yang kotor kini makin menjadi-jadi. Tatkala ekonomi negara semakin hilang arah dan rakyat terus menghadapi tekanan terhadap kos sara hidup, serangan fitnah pula disensasikan. Arus media perdana digunakan sepenuhnya untuk menanam sifat keraguan dikalangan rakyat yang bertujuan memecah belahkan semangat membawa kepada perubahan.
 
Tidak cukup dengan pengaiban melalui kes liwat fitnah kali ke-2 (Mediarakyat: Mengapa Mereka Mahu Anwar Dipenjarakan),  kini muncul pula rakaman video rekaan untuk memusnahkan kredibiliti pimpinan Pakatan (Malaysiakini). Mereka hanya pakar dalam menjatuhkan maruah kita bagi mengalih perhatian daripada membincangkan isu-isu utama iaitu ekonomi, pembangunan sosial dan pentadbiran. 
 
Ini semua bertujuan mengaburi mata rakyat. Pilihanraya Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat sedangkan pendedahan, penyelewengan demi penyelewengan mereka tidak lagi boleh disekat. Lihatlah betapa kejamnya rakyat ditindas, manakala mereka yang rasuah masih dipertahankan (Sarawak Report). Tidak hairanlah jika serangan-serangan fitnah akan diperhebatkan selagi mereka memegang tampuk kuasa.
 
Ayuh kita tumpukan perhatian kepada agenda perubahan. Melihat kepada sokongan ramai di laman media sosial seperti di Facebook dan Twitter, ternyata rakyat sudah semakin matang. Jangan biarkan pemikiran kita dikelirukan dengan pembohongan murahan mereka. Teruskan bersuara!
 
Sama-samalah kita hentikan kezaliman ini demi menyelamatkan masa depan Malaysia. Berpeganglah kepada prinsip, insyallah Tuhan akan bersama-sama dengan kita dalam perjuangan ini.
 
 
Afif Nasri
 
Powered by Keadilan Network || This is a grassroots movement, a project by a group of Pakatan's Supporters.

This email was sent to: saifullahzulkifli.saifullah@blogger.com

Update Your Email | Unsubscribe

Monday, March 07, 2011

Mereka Masih Berkuasa / They Are Still In Power

 

Sdr/i ,

Tiga tahun sudah berlalu sejak tsunami politik melanda negara. Tanggal 8 Mac 2008 telah memberi harapan baru kepada rakyat seolah-olah kita akhirnya punyai suara untuk tentukan masa depan negara.

Namun ianya tidaklah semudah seperti yang disangkakan.    

Kebangkitan tersebut telah menimbulkan keresahan dikalangan yang masih berkuasa. Sistem undang-undang dipermainkan, serangan politik diperhebatkan dan malangnya rakyat terus disisihkan. Lihat sajalah betapa bangganya mereka mewarwarkan kononnya ekonomi negara bertambah baik, sedangkan rakyat biasa makin dihimpit dengan kesengsaraan hidup.  
 
Adakah kita tidak mampu menilai?

www.keadilannetwork.com

Sebagai seorang rakyat Malaysia Sdr/i pasti berasa sedih dan kecewa.  Polimik perkauman terus diapi-apikan, duit ditabur untuk meraih sokongan sedangkan kekayaan negara terus rakus dirompak. Tidak hairanlah mengapa ruang untuk kita bersuara terus dinafikan.

Mungkin benar bahawa dengan sistem yang sedia ada, kita tidak mampu membawa perubahan. 

Dengan kongkongan media yang berterusan, mungkin luahan ini sampai bila tidak akan didengari mereka.

Saya percaya Sdr/i terus kecewa diluar sana. Pesanan saya kepada Sdr/i, janganlah putus harapan. Walaupun kita pasrah kerana mereka terus berkuasa, ingatlah bahawa tiga tahun yang lalu kita begitu hampir menumbangkan mereka. 

Kerana itulah kita harus bersama.
 
www.keadilannetwork.com

Rangkaian ini diwujudkan bagi membolehkan perkongsian maklumat agar kita sama-sama menegakkan keadilan. Saya pohon sdr/i untuk terus berada dalam rangkaian ini dan ajaklah rakan-rakan untuk turut sertai.

Semoga usaha ini diberkati!

Afif Nasri


-------------------

Dear friend,

Three years have passed since the political tsunami hit the country. Indeed March 8, 2008 has given Malaysians a new hope as if we finally have the voice to determine our country’s future.

But it is not as a smooth journey as we thought.

The revival has led to unrest among those who still cling to power. They manipulate the legal system, intensify political attacks, and sadly the masses continue to be sidelined. Look at how they brag about supposedly our improved economy, yet the ordinary people are struggling to make ends meet.

Are we blind from seeing the reality?

www.keadilannetwork.com

As a Malaysian, you would feel sad and disappointed. The racial sentiment is being perpetually played, the money sown to gain support, while our national wealth is being robbed. The reasoned clearly why our freedom of speech is being denied.

Maybe it is true that with the present system in place, we are unable to bring about change.

With continued captivity of the media, our voice will forever be ignored.

I believe many of you out there continue to feel disappointed. If I can tell you one thing, it is not to give up. Although we might feel handicap because they are still up there occupying the seats of power, please remember that three years ago, we were so close to send them back home.

That is why we need to stand together.

www.keadilannetwork.com

This network is created to enable information sharing so that we can together fight for justice. I urge you to stay connected and invite your friends to join us.

May God bless our effort!

Afif Nasri

 

Powered by Keadilan Network || This is a grassroots movement, a project by a group of Pakatan's Supporters.

This email was sent to: saifullahzulkifli.saifullah@blogger.com

Update Your Email | Unsubscribe

Thursday, September 30, 2010

DEBAT AMK: CHEGU BARD PERSIAPKAN ANGKATAN MUDA UNTUK TANGKAPAN ANWAR KEDUA, RAFIZI PERSIAPKAN LANGLAH KE PUTRAJAYA




Ainul Mardhiah Mustafa - Mahasiswaonline

Debat Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan berlangsung dengan penuh sejarah. Debat yang dianjurkan oleh UREKA, sebuah badan ‘blogger’ dijalankan di Bukit Jana Golf Resort, Taiping pada 18 September yang lepas. Debat Angkatan Muda keadilan mencatat sejarah tersendiri apabila menghimpunkan tiga barisan calon Ketua AMK iaitu Hasmi Hashim, Rafizi Ramli dan Badrul Hisham Shaharin.

“Debat AMK mencatat sejarah demokrasi Malaysia di mana ia mengumpulkan kepimpinan anak muda dan membahas dasar untuk membangunkan anak muda menerusi AMK” kata Mohd Zhakwan salah seorang urusetia daripada UREKA.

Moderator debat ini ialah blogger terkenal Perak Mat Samankati, membuka debat dengan pengundian giliran pendebat. Hasil undi itu, Hasmi Hashim menjadi pendebat pertama, Rafizi Ramli kedua dan terakhir adalah Badrul Hisham Shaharin.

Para hadirin yang terdiri daripada ahli dan pimpinan Parti Keadilan Rakyat seluruh negara sekitar 200 orang mendengar hujah yang dilontarkan oleh pendebat pertama, Hasmi Hashim. Dengan hujah yang kukuh yang mengambil kita sejarah gerakan reformasi beliau percaya bahawa anak muda Malaysia akan mengorak langkak politik baru. Penekanan beliau di dalam setiakawan melihatkan keikhlasan beliau di dalam pertandingan yang disifatkan sebagai ‘adik-beradik’.

Selesai sekitar 15 minit pembentangan hujah beliau, Calon kedua Rafizi Ramli mengambil pentas. Beliau yang turut mengungkap sejarah Reformasi 98 dan menghimbau beberapa perjuangan revolusi lain termasuk Revolusi Perancis. Mengambil iktibar sejarah – sejarah ini beliau menggagaskan langkah yang kedepan kepada Keadilan mengambil langkah diluar ruang lingkup tradisi yang biasa dilakukan.

Beliau mengajak agar hati anak muda ditambat dengan isu-isu baru yang dibelenggu generasi muda termasuklah isu pendidikan, ekonomi, hutang dan gaji minima.
Rafizi Ramli memukau hadirin dengan penyataan tegas “Angkatan Muda harus mendekati 4.6 Juta pengundi muda. Rakyat telah tahu bahawa BN korup dan rosak, tetapi rakyat mahu tahu apa yang kita boleh tawarkan untuk menyelesaikan masalah yang dibelenggu mereka. Persiapan ke Putrajaya bermakna Angkatan Muda Keadilan harus berjuang isu-isu yang diluar tradisi kita”.

Pentas seterusnya diserahkan kepada Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Bad. Kehebatan pidato ala-Anwar Ibrahim yang ditampilkan mendapat sorakan gemuruh hadirin. Hujah awal beliau dengan memberi amaran bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim mungkin akan dimasukkan semula ke Penjara Sungai Buloh.

Jika ini berlaku anak muda harus bersedia untuk bangkit dan bagi menghadapi masalah konspirasi kedua ini, beliau dengan tegas menyatakan pendirian bahawa perlu ada pimpinan AMK kuat untuk protes dan turun ke jalanan demi membela Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Beliau yang membahas isu ekonomi dengan mendedahkan rasuah dan penyelewengan BN. Isu tanah rakyat yang dicuri BN untuk kepentingan kroni dan pemimpin rasuah. Semangat ‘adik-baradik’ ini turut dinyatakan oleh Cikgu Badrul apabila beliau terut menawarkan tempat kepada kedua-dua calon yang tewas jika beliau berjaya dipilih sebagai ketua AMK.Justify Full
Program yang seumpama ini turut dirancang untuk dianjurkan di Kuala Lumpur.

Saturday, September 18, 2010

DEBAT CALON KETUA AMK - 18 SEPTEMBER 2010

Thursday, September 09, 2010

MENANGANI POLA PEMIKIRAN POLITIK MELAYU

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

Permasalahan agama menjadi sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan pasca Tsunami Politik pilihanraya umum ke-12.

Pola pemikiran politik kaum Melayu yang merupakan hampir keseluruhannya adalah penganut Islam dilihat statik dengan purata 40 peratus menyokong Umno, 30 peratus menyokong Pakatan Rakyat dan 30 peratus selebihnya tidak membuat keputusan.

Pola dan corak pemikiran ini adalah statik dan tiada perubahan yang signifikan untuk kita lihat memberi kesan kepada politik Malaysia pada masa akan datang.

Pada hemat saya, kelompok 30 peratus yang tidak membuat keputusan ini adalah merupakan cabaran kepada politik baru pakatan rakyat untuk merangka perjalanan ke Putrajaya. Kelompok ini tidaklah cenderung kepada Umno, tetapi mereka juga tidaklah menentang Pakatan Rakyat.

Tidak lindungi Melayu

Isu fenomena ini adalah soal kepercayaan kaum Melayu kepada Pakatan Rakyat untuk melindungi kepercayaan, yang kaum Melayu anggap sebagai keistimewaan dan sesuatu yang suci di Malaysia.

Hal pokok ini termasuklah berkisar persoalan agama. Dalam hal agama ini, pihak pemerintah BN berjaya untuk mencanang pemikiran tertutup, budaya takut dan menghakis kepercayaan kaum Melayu.

Pakatan Rakyat dipropagandakan tidak melindungi hak Melayu dan Islam sedangkan Pakatan Rakyat cukup kaliber untuk mengorak masa depan kaum Melayu yang lebih cerah.

Bagi saya isu yang dekat dengan umat Islam adalah yang melibatkan institusi seperti Masjid, Kesultanan Melayu, majlis Agama dan lain-lain. Cuma yang sedihnya kita banyak berkisar kepada bermasalah ranting bukan pokok.

Umat Islam lebih mementingkan Syiar bukan Syariat.

Permasalahan yang berlaku melibatkan Islam dan Melayu di Malaysia adalah disebabkan model dan cara yang dibawa oleh kerajaan BN yang menjadikan Islam dan Melayu ini kelihatan jumut dan sempit.

Penuh seksaan

Islam seakan penuh dengan hukuman dan seksaan. Melayu penuh dengan sensitiviti dan pantang larang. Mengakibatkan imej Islam sebagai sebuah agama yang indah tercalar dan Melayu sebagai kaum yang kehadapan sentiasa kelihatan tergugat.

Contoh yang melucukan adalah pengharaman bukan Islam untuk memasuki masjid atau rumah ibadah ummat Islam.

Masjid adalah satu kawasan atau institusi yang hanya eksklusif untuk umat Islam sedangkan kalau di barat malah di zaman Rasulullah SAW masjid adalah seperti pusat kommuniti, pentadbiran masyarakat setempat tanpa mengira kaum dan bangsa.
Seperti di Amerika Syarikat dan Singapura peranan masjid juga adalah pusat kebudayaan Islam yang bukan sahaja berperanan untuk ibadah malah adalah untuk melebarkan kefahaman Islam merentas agama dan kaum.

Diskriminasi umat Islam

Ironi, apabila kita berasa marah apabila masyarakat majoriti di barat dilihat mendiskriminasi umat Islam tetapi di negara sendiri yang majoriti Islam sendiri, kita lakukan hal yang lebih kurang sama.

Contoh terkini adalah satu protes yang dijangka diadakan di Amerika Syarikat Sabtu ini berhubung idea membina pusat kebudayaan Islam dan masjid di kawasan yang berhampiran dengan tempat tragedi September 11, Pusat Dagangan Dunia WTC.

Protes ini diura-urakan bakal disertai oleh pemimpin-pemimpin yang anti-Islam termasuk Geert Wilders. Pada hari yang sama di Gainesville, Dove World Outreach Center merancang untuk membakar al-Quran.

Di Malaysia tidak tidak kurangnya, apabila hal seperti doa, bukan Islam memasuki masjid isu kalimah Allah dan isu-isu lain yang melibatkan agama Islam dan bukan Islam tidak diwacanakan secara rasional dan matang di dalam masyarakat majmuk.

Kita didorong oleh pimpinan BN dan media arus perdana dengan pemahaman Islam yang songsang dan hanya membawa emosi dalam menjawap permasalahan agama.

Umat Islam hanya sekitar 55 peratus di Malaysia, merupakan jurang yang tipis. Kita tidak boleh merasa membuta tuli tanpa mengetahui isu asas dan ilmu yang dalam berhubung agama.

Adalah penting bagi rakyat mengetahui bahwa Pakatan Rakyat secara kukuh dan ampuh mendokong perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara.

Berasaskan perlembangaan negara ia menjamin hak dan keharmonian semua pihak termasuk Islam dan bukan Islam. Sekali lagi ingin ditegaskan seluruh parti di dalam Pakatan Rakyat berpegang bahawa Islam adalah agama persekutuan yang mana kedaulatannya dan keistimewaannya terjamin.

Langkah ke Putrajaya

Di akhir tulisan ini saya ingin membahawa kita untuk mengingat kembali pilihan raya umum ke-10 telah berjaya merubah politik kaum Melayu akibat kezaliman yang berlaku tetapi tidak kaum bukan Melayu.

Pada pilihan raya umum ke-12, perubahan besar-besaran secara drastik rakyat terutama kaum bukan Melayu tetapi perubahan Melayu tidak sekata berbanding kaum lain.

Pada pilihan raya umum ke-13, adalah menjadi hal pokok kepada Pakatan Rakyat untuk memastikan gelombang perubahan kaum Melayu dan bukan Melayu adalah sekata demi melangkah untuk ke Putrajaya.

Kepercayaan kaum Melayu terutama Melayu 30 peratus yang tidak membuat keputusan itu harus kita dakapi, isu yang berkisar Islam harus kita selesaikan, permasalah ummat harus kita menjadi dhammir alternatif untuk melihat Islam yang lebih cerah di bumi Malaysia.

-Malaysiakini, 9 September 2010

[ Baca dari Malaysiakini ]

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles