UNDI GENERASI MUDA PENENTU PERUBAHAN SARAWAK
Generasi Muda Sarawak seramai 300 000 orang yang telah berdaftar sebagai pengundi bagi Pilihanraya Negeri Sarawak pada kali ini bakal menjadi undi penentu kepada perubahan negeri Sarawak.
Generasi Muda Sarawak yang berhadapan dengan pelbagai belenggu dan isu hanya akan dapat diselesaikan melalui proses demokrasi, pemilihan tampuk kepimpinan negeri.
Masalah pendidikan dan peluang pekerjaan menjadi masalah utama kepada generasi muda ini. Kemudahan asas sekolah berada dalam keadaan uzur dan tidak mencukupi untuk proses pengajaran dan pembelajara (PNP) terutama di kawasan pinggir bandar dan luar bandar di Sarawak. Faktor ini akhirnya menyebabkan keciciran di kalangan pelajar tinggi di Sarawak.
Bagi golongan muda yang ingin menyambung pengajian tinggi terpaksa merantau ke semenanjung kerana kekurangan tempat untuk menyambung pengajian di Sarawak selain Universiti Malaysia Sarawak dan UITM. Masalah kedua yang menjadi isu penting kepada golongan muda di Sarawak adalah masalah pekerjaan. Seramai 200 000 di rekodkan berhijrah ke semenanjung terutama di Johor Bharu, Lembah Klang dan Singapore kerana masalah pengangguran yang tinggi.
200 000 orang dikalangan mereka yang terpaksa merantau keluar Sarawak ini adalah terdiri daripada golongan muda yang sukar mendapat pekerjaan. Ditambahkan lagi kerana keciciran pendidikan dan politik sempit Barisan Nasional membuatkan Generasi muda ini sukar mendapat tempat di dalam pekerjaan.
Jika mendapat perkerjaan sekalipun, 48 peratus daripada golongan pekerja rakyat Sarawak adalah berpendapatan RM 750 dan kebawah. Desakan sara hidup yang tinggi, maka adalah mustahil untuk generasi muda dapat hidup dengan hanya bergaji seperti ini.
Generasi Muda Sarawak telah matang di dalam menilai sosio-politik masyarakat di Sarawak. Penyelesaian kepada permasalahan yang membelengu generasi muda hanya dapat diatasi jika generasi mudanya berani melakukan perubahan. Perubahan politik tidak bermaksud merebut jawatan atau kerusi semata-mata, tetapi perubahan secara politik bakal menentukan dasar negeri Sarawak bagi menjamin masa depan generasi muda sebagai pewaris negara.
Pakatan Rakyat memberi jaminan di dalam manifesto pilihanraya negeri dan buku jingga untuk melakukan pembaikkan tatakelola pentadbiran negeri. Kekayaan negeri akan diagihkan kepada rakyat. Hasil negeri adalah milik rakyat. Undi Generasi Muda seramai 300 000 ribu orang ini kepada Pakatan Rakyat bererti undi untuk masa depan yang lebih cerah.
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI 12.34 AM, Bandong, Sibu DUN NANGKA
Thursday, April 14, 2011
UNDI GENERASI MUDA PENENTU PERUBAHAN SARAWAK
4:21 PM
Saifullah Zulkifli
No comments
0 comments:
Post a Comment