Sunday, June 29, 2014

FEDERALISME DAN PENGAMALANNYA DI MALAYSIA - Bhgn 2

ISU SEKITAR FEDERALISME DI MALAYSIA Sistem faderalisme sewaktu zaman pentadbiran Tunku Abdul Rahman berdepan dengan beberapa isu. Ini melibatkan hubungan antara kerajaan Pusat dan kerajaan negari yang dipimpin oleh dua parti yang berbeza. Pacsa pilihanraya 1959 memperlihatkan pentadbiran Kelantan dibawah PAS dan kerajaan pusat dibawah Parti Perikatan. Akibat daripada haluan politik yang berbeza pihak kerajaan pusat enggan bekerjasama dengan kerajaan negeri, begitu juga sebaliknya pihak kerajaan negeri tidak mahu menerima bantuan kerajaan pusat kerana tidak mahu dilihat dikawal pihak kerajaan pusat. Pihak kerajaan pusat enggan memberikan peruntukan kewangan kepada kerajaan negeri malah telah menubuhkan Kelantan State Land Development Authority...

Thursday, June 26, 2014

Federalisme dan Pengamalannya di Malaysia - Bhgn 1

FEDERALISME DAN PENGAMALANNYA DI MALAYSIA - Bhgn 1. MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI PENGENALAN Federalisme atau sistem Persekutuan adalah merupakan sistem yang diperkenalkan British sejak sebelum merdeka bagi melicinkan sistem pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Pengamalan Federalisme di Malaysia memberikan pelbagai kesan signifikan dalam ekonomi dan politik di Malaysia. Kertas ini akan membincangkan pelaksanaan sistem Federalisme di Malaysia dengan memberi pemahaman konsep faderalisme dan seterusnya perjalanan pelaksanaan federalisme. Kertas ini turut membuat perbandingan pengamalan federalisme di Malaysia dan di negara lain serta memberikan gambaran isu penting yang berlegar di sekirar federalisme di Malaysia sejak zaman pentadbiran...

Monday, June 23, 2014

ULASAN BUKU ZABA DAN MELAYU

ULASAN BUKU: Adnan Hj Nawang, Za’ba dan Melayu, Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2009 Mohd Saifullah Mohd Zulkifli Sebuah buku yang telah dihadiahkan oleh seorang sahabat ini memberikan makna yang besar di dalam usaha untuk mengenali usaha-usaha dan perjuangan Zainal Abidin Ahmad yang lahir pada 16 September 1895, atau lebih dikenali sebagai Za’ba. Beliau merupakan pejuang dan cendiakawan Melayu terkenal di dalam mengangkat martabat bangsa Melayu. Beliau juga terlibat secara aktif sebagai pendidik yang memainkan peranan penting di dalam pemikiran politik tanah air. Tulisan ini akan menilai buku setebal 284 muka surat yang telah di terbitkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2007. Buku ini...

Page 1 of 3712345Next
 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles