Video ini adalah merupakan salah satu bahan kempen sewaktu pilihanraya umum kerajaan tempatan Turki pada Mac lepas di Istanbul. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan bersama rakan2 pemuda AKP utk terlibat dalam kempen ketika ini. Lebih 2 juta rakyat hadir di Istanbul sahaja menyatakan sokongan kepada Erdogan dan AKParti. Lagu Dombra ini juga seperti dilaung rakyat untuk bersama dalam perjuangan AKP dan Erdogan.Turki bakal berdepan dengan pilihanraya presiden pada 10 ogos ini. Saya turut diundang kawan2 AKP utk bersama berkempen disana. Namun akibat pemilihan cabang kelana jaya saya terpaksa menolak.Saya melihat dengan mata sendiri lautan manusia yang tidak pernah saya lihat selepas Bersih. Ini adalah bukti jelas bahawa AKP berjaya menawan hati...