Saturday, December 29, 2012

Demonstrasi Baling 1974: Simbol Kebangkitan Rakyat

Respon Syarahan Demonstrasi Baling 1974: Simbol kebangkitan rakyat lawan penindasan Mohd Saifullah Mohd Zulkifli Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia Penganjuran Syarahan Demonstrasi Baling yang dianjurkan Angkatan Muda Keadilan pada 10 Disember 2012 yang lepas menarik untuk kita ungkapkan semula gelombang kebangkitan rakyat yang dipimpin oleh golongan tani dan mahasiswa. Gerakan Mahasiswa yang ditonjolkan oleh generasi 60 an/ 70 an adalah merupakan satu gelombang yang lahir dari hari nurani generasi muda bagi memperjuangkan nasib rakyat dari ditekan oleh pemerintah. Dalam melihat hal ini saya suka untuk merujuk kepada sebuah buku lama yang diterbitkan pada tahun...

Wednesday, December 19, 2012

MAJLIS MINUM PAGI DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN MANGSA BANJIR PADANG TEMBAK

Seramai 20 keluarga sering ditimpa banjir akibat daripada tatakelola (Good Governance) yang tidak baik dari pentadbiran kerejaan negeri BN. Walaupun kawasan ini terletak dalam parlimen lumut di bawak menteri pengangkutan dan dalam DUN Pangkor, Menteri Besar Perak tetapi masalah banjir tetap tidak dapat diselesaikan. Penduduk kampung telah sengsara dengan banjir lebih 10 tahun. Keadilan Lumut bersama rakan2 PR turun utk memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban dan menyelami masalah yang mereka hada...

Tuesday, December 18, 2012

CERAMAH DEMI RAKYAT LUMUT - DM TELUK MURUH

Alhamdulillah, semalam, 18 Dis selesai program ceramah Demi Rakyat Lumut di Daerah Mengundi Teluk Muruh, Lumut. Seramai 500 hadir. Saya kupas isu ketirisan dalam pentadbiran UMNO BN, bebankan rakyat dengan harga barang dan saman ekor. Isu tempatan spt masalah banjir juga menjadi isu penting.  Turut bersama adalah Brig Jeneral Dato Abdul Hadi dan barisan kepimpinan PAHLAWAN yang membahaskan isu2 keselamatan dan kebajikan bekas parajurit. Selain itu Laksama (B) Hj Imran hadir memberikan penerangan isu semasa menggantikan YB Dato Seri Hj Nizar yang keuzuran. Tahniah diucapkan kepada...

Wednesday, October 31, 2012

HIMPUNAN RAKYAT BANTAH KAMERA SAMAN EKOR – AES

KENYATAAN MEDIA BANTAH AES 1 NOVEMBER 2012 HIMPUNAN RAKYAT BANTAH KAMERA SAMAN EKOR – AES Isu pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) atau lebih dikenali sebagai ‘Kamera Saman Ekor 1Malaysia’ menjadi isu penting dalam masyarakat. Saman ekor ini jelas membebankan rakyat dan menjadi bukti yang jelas bahawa pemerintah Barisan Nasional tidak prihatin terhadap bebanan rakyat. Tidak cukup dengan kos sara hidup yang meningkat dan kenaikan harga barang sudah cukup membebankan. Keadaan jalan yang teruk dan pengangkutan awam yang tidak efisyen membuatkan kos perjalanan rakyat menyusahkan....

Monday, October 29, 2012

BANTAH AES

BANTAH AES - KRONI KAYA RAKYAT DERITA! ...

Friday, October 19, 2012

senarai kamera AES di Parlimen Lumut

Berikut adalah senarai kemera AES yang di pasang di kawasan parlimen lumut - KM 8 JALAN LUMUT - TELUK BATEKA0186Manjung 90KM 8 JLN SITIAWAN IPOHF0005Manjung100.7185364.24986790KM 6 JALAN DAMAR LAUT-TAIPING.F0060Manjung60KM 8 JALAN LUMUT - KG. ACHEHF0100Manjung60KM 2 JALAN LUMUT - SITIAWANF0018Manjung100.6508164.20047790KM 24 JALAN DAMAR LAUT - TAIPINGF0060ManjungAYER TAWAR - BERUASF0071Manjung90BATU 6 LEKIRF0005ManjungL/ISYARAT KAMPUNG SITIAWANF0100ManjungL/ISYARAT SUNGAI RUMPUT KPG ACHEHZ0012Manjung ...

Wednesday, October 17, 2012

100 berdemo tolak AES depan JPJ Ipoh - Malaysiakini

Kira-kira 100 orang berhimpun di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh bagi mendesak kerajaan membatalkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik.Timbalan Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, perhimpunan kira-kira sejam bermula pada jam 10 pagi itu hanya permulaan daripada kempen bantahan berterusan yang akan dianjurkan di setiap negeri."Kita sedang susun untuk jadikan sebagai gerakan rakyat. Akan ambil tanda tangan sebagai tanda protes dan ke negeri-negeri untuk berdemonstrasi."Himpunan ini juga ingin menyedarkan rakyat...

KENYATAAN MEDIA AMK - DEMO RAKYAT BANTAH AES

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA 16 OKTOBER 2012 ANGKATAN MUDA KEADILAN MENYERU RAKYAT BANGUN MENENTANG AES DAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL Saman Ekor Rakyat 1 Malaysia melalui Sistem Penguatankuasaan Automatik (AES ) didakwa sebagai  langkah terbesar Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menangani masalah kemalangan. Malah di dalam kenyatan terbaru yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, mendakwa bahawa ini adalah merupakan langkah terbaik kementerian bagi menyaman rakyat. Pelaksanaan saman ekor melalui system...

Tuesday, September 25, 2012

Serang m’siswa: Politik ganas ke kampus hasil didikan Umno

KUALA LUMPUR 25 September: Banyak pihak meramalkan kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM) akan memenangi Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini menjadi punca ketakutan pihak lawan menyebabkan pengerusinya diserang sekumpulan samseng. Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulikifli berkata, Pro-Aspirasi (Pro-A) yang ditaja Umno jelas berasa takut dan terdesak sehingga terpaksa bertindak di luar batas. “Pro-A adalah bukti kumpulan Umno yang ada dalam kampus. Mereka amalkan politik ganas bila rasa tergugat, itu semua hasil didikan Umno,” katanya ketika dihubungi. “Pro-A yang cenderung kepada Umno bukan saja ditaja dari segi wang ringgit, malah sistem pentadbiran universiti turut disabotaj. Jadi...

Wednesday, September 12, 2012

SALUT UNTUK MAHASISWA!

SAIFULLAH ZULKIFLI - Gerakan Mahasiswa yang pernah saya gelumang sejak 2003 hingga 2009 memberikan inspirasi yang besar kepada diri dan pemikiran saya. Program advokasi, usrah, latihan, demontrasi dan program lapangan bersama rakyat cukup bermakna. Satu kerugian bagi mahasiswa yang hanya duduk di kuliah dan kolej tanpa terlibat aktif bersama gerakan mahasiwa. Gerakan mahasiswa China 1989 telah mencatat salah satu sejarah kebangkitan terbesar mahasiswa seluruh dunia. Ribuan mahasiswa dan golongan pekerja telah keluar ke jalan raya menuju ke Dataran Tiananmen sebagai langkah menuntut keterbukaan, hak asasi dan demokrasi China. Protes ini menjadi tragedi bila kerajaan komunis China bertindak ganas dengan mengarahkan tentera menembak ke...

Saturday, September 08, 2012

FATWA QARDHAWI ISU FITNAH TERHADAP DSAI

Sila Klik 'Read More' dibawah untuk tonton fatwa Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi berhubung fitnah dan konspirasi jahat UMNO terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim. Syeikh al-Qardhawi adalah ulama ulung masa kini, yang telah menulih puluhan kitab dan kini sebagai Ketua Kesatuan Ulama Sedunia...

DEMO BERSIH SG WANGI, LUMUT

Sila klik 'Read More' dibawah untuk tonton demo aman penduduk sitiawan dan sg wangi menuntut tapak pelupusan sampah sg wangi yang terletak berhampiran dgn kawasan perumahan, kurang 300 meter dan terletak dihadapan jaln utama sg wangi - sitiawan. ...

Monday, September 03, 2012

Rachid Ghannoushi: Islamic Movement and State

Rachid Ghannoushi was born in 1941 outside of a small village in al-Hama, in the provice of Qabis in southern Tunisia. His father was a farmer with four wives to assist him. With all ten siblings, they studied Quran as emphasized by his father. His mother is a person who gave a very much affect to the life Ghannoushi, where her mother was born in town endowed with ‘powerful personality’ believes that education will develop the children into somebody in the future. In 1956, Ghannoushi went to Zaytuna to study the Quran and Islamic Law and Theology, as well as modern subject and science, but the presentation and approach of Islam in Zaytuna was primarily past-oriented and very traditional. Ghannoushi later, criticized Zaytuna as ‘Dead End’,...

Tuesday, August 14, 2012

PENDEKATAN ISLAM SECARA SUBSTANSIAL MENGUKUH KEMENANGAN POLITIK PERUBAHAN

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli Timbalan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia Semakin kukuh demokrasi, semakin kuat pintu kemenangan politik perubahan di negara Islam. Melalui Idea-Idea demokasi, keadilan (al-Adl), Kedaulatan dan Kebebasan (al-Hurriyah), Kedaulatan Hukum (al-Hakimiyyah) menjadi slogan yang lebih dekat dan mudah diterima oleh masyarakat. Perjuangan politik perubahan adalah perjuangan melalui proses mendidik, Ta'dib. Semakin keras sesebuat parti, organisasi gerakan membuatkan masyarakat umum semakin jauh daripada perjuangan dan inspirasi perubahan Di dalam hal ini, saya cenderung untuk melihat perjuangan Islam melalui wasilah Politik melalui 2 cabang, satu Perjuangan Islam kulit (branding), dan cabang yang kedua ada...

Friday, August 10, 2012

JARINGAN MAHASISWA KEADILAN MEMBUGAR IDEALISMA MAHASISWA

Politik gerakan mahasiswa pasca tsunami politik 2008 telah membawa banyak perubahan kepada politik kampus dan mahasiswa. Mahasiswa pasca tsunami politik Malaysia 2008 makin lantang dan partisipasi politik semakin meluas penglibatannya. Hal ini jelas kelihatan apabila pelbagai isu ditimbulkan mahasiswa, termasuk isu hak kebebasan akademik, pemansuhan  AUKU, pendidikan percuma malah penglibatan dalam menuntut pilihanraya yang adil turut lantang disuarakan oleh Gerakan Mahasiswa. Malah, pengalaman di Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan menerima banyak sokongan dan penglibatan program KEADILAN secara langsung. Jika dulu, ramai dikalangan mahasiswa segan silu untuk terlibat dalam parti politik, tetapi pada hari ini KEADILAN sendiri menerima...

Thursday, July 26, 2012

ANJAKAN MENTALITI POLITIK MELAYU DEMI KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli Timbalan Setiausaha AMK Malaysia Permasalahan agama dan kaum menjadi sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan menjelang PRU-13. Malah isu ini bakal menjadi senjata utama pihak UMNO-BN meraih sokongan pengundi Melayu sebagai undi penentu kemenangan BN memandangkan pengundi kaum lain rata-rata telah membuat keputusan menolak BN. Pola pemikiran politik kaum Melayu secara hampir keseluruhannya adalah penganut Islam dilihat dengan purata 40 peratus menyokong Umno, 30 peratus menyokong Pakatan Rakyat dan 30 peratus selebihnya tidak membuat keputusan. Pola dan corak pemikiran ini adalah statik dan tiada perubahan yang signifikan untuk kita lihat memberi kesan kepada politik Malaysia pada masa akan datang. Pada...

Page 1 of 3712345Next

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles