Isu yang ditimbulkan untuk menghakis kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat adalah polimik Hudud yang saban hari dimainkan di media arus BN. Saya yakin perdebatan Hudud yang dimainkan di media ini adalah hanya bermotifkan untuk memecah belahkan pemuafakatan yang kian kukuh di dalam Pakatan Rakyat. Media arus perdana yang sering memutar belit kenyataan pimpinan pakatan rakyat dan melontarkan soalan-soalan yang hanya ingin memerangkap pimpinan pakatan rakyat ke dalam isu yang bukan menjadi persoalan pokok kepada negara sekarang.
PAS, DAP dan KEADILAN membentuk pakatan yang ampuh atas asas persamaan yang dikongsi bersama untuk membina
Kita harus sedar bahawa parti-parti di dalam Pakatan Rakyat adalah bersifat ideologikal tidak kepada perkauman. Justeru itu, bagi mengekalkan kerelevanan parti yang bersifat ideologi itu, maka adalah penting untuk parti-parti ini memiliki ruang masing-masing untuk berdiri di atas permuafkatan persamaan dan bersetuju untuk tidak bersetuju, tasammuh di dalam perbedaan idologi.
Namun diakhirnya, adalah penting bagi rakyat mengetahui bahwa Pakatan Rakyat secara kukuh dan ampuh mendokong perlembagaan
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
8 September 2010
1.33 am
Bukit Beruntung, Selangor
1 comments:
top [url=http://www.001casino.com/]online casino[/url] hinder the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]casino online[/url] autonomous no deposit bonus at the chief [url=http://www.baywatchcasino.com/]baywatchcasino
[/url].
Post a Comment