Thursday, November 20, 2008

SURAT BUAT SAHABAT: CONTOHILAH JEBAT DALAM BERSAHABAT



Salam Sahabat...

Surat ini hanya boleh dibaca setelah sahabat menghayati babak akhir Jebat.

Di akhir filem itu, aku akan lontarkan persoalan mengapa jebat tidak bunuh tuah? sedangkan tuahlah yang menikamnya. Apatah lagi jebat datang ke rumah tuah dalam keadaan amuk, bunuh mereka yang halang jalannya.

Iktibar yang aku ingin ambil adalah kerana, kata2 jebat "jebat yang telah berkorban dengan sepenuh tenaga membenci musuh yang telah memusuhi mu!" jebat lakukan segala2nya kerana persahabatan terhadap Tuah dan menentang kezaliman. Justeru jika membunuh tuah, pasti segala pengorbanan yang jebat katakan itu sia2...Maka dia akan mati dalam penuh penghinaan...

Jebat datang ke rumah Tuah, kerana mahu mati ditangan pangkuan tuah, dengan kasih sayang Jebat terima dan memohon maaf atas kesalahannya. Jebat dalam hal ini, telah bersiap sedia, malah sedar bahawa apa yang dilakukan adalah pengorbanan, dan harga yang perlu dibayar adalah nyawa nya sendiri. Kasih sayang terhadap persabahabatan itu, dan perjuangan menentang kezaliman itu memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan yang jebat lakukan adalah nyawanya sendiri. Beliau sedikit tidak marah pada Tuah, kerana beliau bersedia untuk dikorbankan.

Adakah pengorbanan itu sia2...TIDAK...Bak kata Dang Barut "Mati Mu tidak sia2 jebat, perjuangan mu akan menjadi kenang-kenangan buat selama2 nya" Sejarah akan mengenang mereka yang sanggup berkorban dan mengatakan tidak kepada kezaliman. Walaupun harga kepada perjuangan itu terlalu mahal, apalah lagi yang mengorbankan Jebat adalah orang yang Jebat berkorban, tetapi ianya berbaloi. Anak cucu kita akan mengenang kita sebagai peujang, walaupun kita dibunuh, difitnah, dipecat atau dibuang.

Orang tidak akan mengenang mereka yang opurtunis, dan pengecut...Buktinya dimana nama lekir dan lekiu dalam lipatan sejarah, hanya menjadi bahan ketawa dan lupa entah siapa.

Diakhirnya, tulisan ini...aku ingin simpulkan segala perjuangan memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan harganya begitu mahal...apa bila kita telah mengikat ikrar untuk berjuang, kita akan terus mara dalam perjuangan walau apapun harganya...termasuk dilupakan, atau dibuang....Sejarah akan mengenang mereka yang barani berjuang dan menegakkan kebenaran dan keadilan...

--
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
www.saifullahzulkifli.blogspot.com
21 Nov 1.48 am

4 comments:

mu'iz said...

mungkin aku xsegagah Tuah,
dan aku bukannya hebat,
mungkin aku xsetabah Jebat,
namun kau tetap Sahabat...

Akmal Hisham Abdul Rahim said...

Salam.

Indah sungguh madah Muiz. Tak banyak insan seperti anda kini.

Kerana kini banyak yang sudah lemah dan sanggup mengorbankan idealisme dan obor perjuangan.

Walaupun mereka itu gagah dalam aspek fizikal; namun mental sebaliknya.

Jebat dan Tuah ini saya anggap adalah simbol kepada persahabatan.

Mengambil sikap Tuah, walaupun kuat dan hebat, namun dia berkhidmat untuk Raja yang mementingkan diri sendiri.

Walaupun Jebat berada dalam istana mewah bersama Tuah, Lekir dan Lekiu..namun Jebat masih mengekalkan perjuangan diri dia sebenar.

Walaupun berbeza pendapat dan Tuah sanggup membunuh Jebat atas arahan Raja durjana, namun Jebat masih bersahabat dengan Tuah dan rakan-rakan beliau yang lain.

Bagus juga Saifullah dapat cari cerita ini.

Barangkali anda adalah Hang Jebat masa kini.

As said...

manis betul entry ini..
dari cerita Jebat dan Tuah..

mungkin selama ni ramai yg tgk semata-mata cite ni tanpa amik pengajaran..

Anonymous said...

bisa saja tuah benar, jebat salah,
bisa juga benar jebat, salah tuah,
namun, apa penting kah benar salah,
kalau maruah mudah diratah,
atau, maruah paksinya tidak boleh salah,
ya, pening juga bila aku fikir, merenung mencari siapa yang salah,
mungkin, ada benar pesan abah,
hari-hari mencari benar, dengan salah jangan sekali-kali beralah,
namun, insan bermadah,
semalam salah, bisa saja hari ini benar, hari ini benar, esok bisa pula salah,
ya, benar-salah, maruah
apa kaitannya ukhwah?
renung punya renung, fikir punya fikir, darab-bahagi-tolak-tambah,
aku jumpa formulanya;

Jebat+Tuah=(exp(Benar/salah)+pow(2,maruah))*ukhwah

soalanku mudah, jika ukhwah nilainya sifar, apa jawabnya?

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles