Sunday, July 20, 2008

DEBAT MINYAK: MEMENANGKAN RAKYAT


DEBAT MINYAK: MEMENANGKAN RAKYAT

www.saifullahzulkifli.blogspot.com

Perdebatan antara DSAI dan DSC, berkenaan isu Minyak pada 15 julai yang lepas sebenarnya membuka satu jendela baru dalam sejarah perkembangan politik di Malaysia.

Sejak reformasi, penulis ada beberapa kali berkunjung ke Parlimen, terutama sewaktu dibawa oleh abg Azuan. Tetapi sejak PRU 11, penulis mula jelek dan muak untuk ke parlimen kerana melihat tetalah para MP di parlimen berbahas dan suasana yang hambar.

Kelakuan kebudak-budakan, caci maki, isu2 yang kurang relevan, melibatkan serangan peribadi dan parti. Seolah2 parlimen tempat untuk berperang mulut menegakkan benang yang basah. Dalam masa yang sama, banyak masa dihabiskan secara sia-sia, banyak kerusi yang kosong kerana kehadiran MP yang buruk dalam sejarah parlimen Malaysia.

Mungkin, parlimen pasca PRU 12, tidak terlepas daripada fenomena ini, namun dengan kehadiran pimpinan muda dari kedua-dua belah pihak, melihatkan satu perkembangan baru yang cuba membahaskan isu secara lebih matang dan akedemik.

Fenomena baru yang berlaku di parlimen ini sebenarnya memberikan satu kesan kepada politik baru Malaysia. Lantas memberikan satu percikkan idea untuk dianjurkan satu perdebatan secara langsung dan terbuka selama 1 jam antara dua buah kelompok ini.

Penulis, selaku rakyat Malaysia yang tidak terlibat secara langsung pada mana-mana parti melihat perkembangan ini adalah sesuatu yang positif.

Siapa yang menang atau siapa yang kalah sebenarnya bukanlah suatu yang penting dalam hal ini. Tetapi yang harus diraikan oleh rakyat Malaysia adalah sebenarnya bagaimana Malaysia ini boleh berkembang dengan 'Kepimpianan Intelektual' pemimpin yang ada di dalam membahaskan satu-satu dasar dan polisi.

Di dalam merangka satu2 dasar, perbincangan secara ilmiah dan kritikal dengan mengambil kira aspek yang pelbagai sebenarnya mampu untuk membina satu dasar yang ampuh. Penulis melihat aspek ini sebagai satu elemen yang penting untuk membina sesebuah negara hasil daripada pengalaman di Britain. Pemimpin muda pembangkang daripada Parti Konservatif, David Cameeron dan juga parti pemerintah pimpinan Gordon Brown membahaskan satu-satu isu secara fakta dan terbuka. David Cameeron dengan pendekatan terbaru yang dilaksanakannya melihatkan kepemimpinannya mampu memberikan satu kesan yang besar kepada Britain.

Dalam politik Malaysia susah untuk melihat kepimpinan kedua-dua belah parti membahaskan isu-isu negara secara ilmiah dan terbuka. Dalam konteks keterbukaan, saya ingin puji apa yang telah dilakukan di sini, sebenarnya pendebatan ini akhirnya menguntungkan dan mencelikkan rakyat.

Penglibatan dan pandangan rakyat menjadi kayu ukur penting dalam pada masa yang sama kerajaan mampu memberikan matlumat yang sebenar atas apa yang berlaku dalam satu-satu isu.

Diakhirnya, rakyat diberikan kuasa untuk memilih dan menilai apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

1.40 am, 21 Julai 2008

Bilal D3.3

1 comments:

infogue said...

artikel anda :

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/debat_minyak_memenangkan_rakyat

promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler.salam blogger!!!

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles