Thursday, April 24, 2008

SURAT KEPADA SPAQ - TUMPUAN KEPADA ANCAMAN DALAMAN ISLAM




A'salam buat sahabat2 SPAQ...

Jazakallah atas perkongsian matlumat dan ilmu. Saya kagum dgn usaha yang SPAQ lakukan, yang mana Saya rasakan pada hari ini rata2 gerakan Islam sendiri kurang laksanakan gerakan pemerkasaan aqidah dalam konteks untuk berdepan dengan pertembungan baru, 'Ghazwatul Fiqh'.

Dalam konteks ini Saya lebih cenderung untuk melihat kekeliruan yang yang berlaku peringkat dalaman ummat Islam. Saya secara peribadi tidak berasa pelik atau terkejut jika melihat Islam dihina oleh orang bukan Islam, kerana itulah lumrah dalam berjuangan Hak. Seperti contoh Isu Geert Wilders, malah filem seperti fitna telah diterbitkan sejak 5 tahun lepas. Wilders pun sebenarnya bagi saya hanya copy dan paste apa yang sering diulang2 bagi mereka yang salah faham terhadap Islam. Ambil contoh satu filem pada tahun 2006, Obsession: Radical Islam’s War Against the West yang bagi saya lebih bahaya dan pertempuran pemikiran.

Tujuan saya menulis dalam komen ini sebenarnya adalah untuk mengajak teman2 yang lain melihat ancaman dalaman ummat Islam itu sendiri. Tahniah kepada SPAQ kerana menyedarkan kembali tentang kewujudan Yayasan Homa Darabi yang mungkin sudah hampir 5 tahun saya melupakannya. Homa Darabi yang membunuh diri dengan membakar dirinya sendiri sebagai tindakan membantah kerajaan Iran, Revolusi Islam yang dikatakan tertutup dan menindas wanita serta keengganan beliau memakai tudung.

[ Baca Selanjutnya ]

2 comments:

Anonymous said...

Fren,menurut saya ada hal yang sangat menggegerkan bisa dilihat di http://www.freewebs.com/rasulullah-666/
HARUS dibaca sapai habis,jgn setengah-setengah. menurut saya ini sangat penting.

Anonymous said...

En,
Saya mintak tolong jangan sebarkan lagi video ni.
ini cuma kelemahan org2 islam sendiri, jangan nanti org lain tengok islam yang buruk.
Terima kasih.
salam

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles