Thursday, September 30, 2010

DEBAT AMK: CHEGU BARD PERSIAPKAN ANGKATAN MUDA UNTUK TANGKAPAN ANWAR KEDUA, RAFIZI PERSIAPKAN LANGLAH KE PUTRAJAYA




Ainul Mardhiah Mustafa - Mahasiswaonline

Debat Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan berlangsung dengan penuh sejarah. Debat yang dianjurkan oleh UREKA, sebuah badan ‘blogger’ dijalankan di Bukit Jana Golf Resort, Taiping pada 18 September yang lepas. Debat Angkatan Muda keadilan mencatat sejarah tersendiri apabila menghimpunkan tiga barisan calon Ketua AMK iaitu Hasmi Hashim, Rafizi Ramli dan Badrul Hisham Shaharin.

“Debat AMK mencatat sejarah demokrasi Malaysia di mana ia mengumpulkan kepimpinan anak muda dan membahas dasar untuk membangunkan anak muda menerusi AMK” kata Mohd Zhakwan salah seorang urusetia daripada UREKA.

Moderator debat ini ialah blogger terkenal Perak Mat Samankati, membuka debat dengan pengundian giliran pendebat. Hasil undi itu, Hasmi Hashim menjadi pendebat pertama, Rafizi Ramli kedua dan terakhir adalah Badrul Hisham Shaharin.

Para hadirin yang terdiri daripada ahli dan pimpinan Parti Keadilan Rakyat seluruh negara sekitar 200 orang mendengar hujah yang dilontarkan oleh pendebat pertama, Hasmi Hashim. Dengan hujah yang kukuh yang mengambil kita sejarah gerakan reformasi beliau percaya bahawa anak muda Malaysia akan mengorak langkak politik baru. Penekanan beliau di dalam setiakawan melihatkan keikhlasan beliau di dalam pertandingan yang disifatkan sebagai ‘adik-beradik’.

Selesai sekitar 15 minit pembentangan hujah beliau, Calon kedua Rafizi Ramli mengambil pentas. Beliau yang turut mengungkap sejarah Reformasi 98 dan menghimbau beberapa perjuangan revolusi lain termasuk Revolusi Perancis. Mengambil iktibar sejarah – sejarah ini beliau menggagaskan langkah yang kedepan kepada Keadilan mengambil langkah diluar ruang lingkup tradisi yang biasa dilakukan.

Beliau mengajak agar hati anak muda ditambat dengan isu-isu baru yang dibelenggu generasi muda termasuklah isu pendidikan, ekonomi, hutang dan gaji minima.
Rafizi Ramli memukau hadirin dengan penyataan tegas “Angkatan Muda harus mendekati 4.6 Juta pengundi muda. Rakyat telah tahu bahawa BN korup dan rosak, tetapi rakyat mahu tahu apa yang kita boleh tawarkan untuk menyelesaikan masalah yang dibelenggu mereka. Persiapan ke Putrajaya bermakna Angkatan Muda Keadilan harus berjuang isu-isu yang diluar tradisi kita”.

Pentas seterusnya diserahkan kepada Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Bad. Kehebatan pidato ala-Anwar Ibrahim yang ditampilkan mendapat sorakan gemuruh hadirin. Hujah awal beliau dengan memberi amaran bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim mungkin akan dimasukkan semula ke Penjara Sungai Buloh.

Jika ini berlaku anak muda harus bersedia untuk bangkit dan bagi menghadapi masalah konspirasi kedua ini, beliau dengan tegas menyatakan pendirian bahawa perlu ada pimpinan AMK kuat untuk protes dan turun ke jalanan demi membela Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Beliau yang membahas isu ekonomi dengan mendedahkan rasuah dan penyelewengan BN. Isu tanah rakyat yang dicuri BN untuk kepentingan kroni dan pemimpin rasuah. Semangat ‘adik-baradik’ ini turut dinyatakan oleh Cikgu Badrul apabila beliau terut menawarkan tempat kepada kedua-dua calon yang tewas jika beliau berjaya dipilih sebagai ketua AMK.Justify Full
Program yang seumpama ini turut dirancang untuk dianjurkan di Kuala Lumpur.

0 comments:

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles