Wednesday, September 08, 2010

PEMIMPIN DANGKAL SEJARAH MENCEMAR KEMERDEKAAN


Selepas hampir 3 tahun permergian nenek Shamsiah fakeh, kisah perjuangan beliau dibangkitkan semula bagi mengenang jasa perjuangan kemerdekaan beliau. Malangnya, tindakan ini telah dikritik oleh salah seorang pimpinan UMNO yang menghubungi saya secara peribadi. saya fikir elok perbahasan panjang beliau ingin saya kongsikan sebahagiannya kepada teman-teman. Saya mohon maaf jika jawapan yang saya kemukakan agak peribadi memandangkan nenek Shamsiah Fakeh adalah nenek saya. Berikut adalah sedikit pertikaian yang dilontarkan oleh pimpinan UMNO tersebut kepada saya dan petikan ringkas teguran saya kepada beliau:-

__________________________________________________________

"Kenapa ketengahkan cerita shamsiah fakeh ni? Biar mereka yang berfahaman komunis saja yang lakukannya.

Untuk makluman sdr saifullah, orang Kelantan pernah membantu komunis di Gua Musang dulu.Mereka bekalkan makanan dan ubatan untuk dapatkan duit kerana tiada kerja. Tetapi, akhirnya mereka sedar bahawa Komunis cuba menawan negara. Lalu, sebab itulah puak komunis dapat memerintah 1 hari di Gua Musang.

Saya tak nampak faedah mengagungkan shamsiah, seperti di bawah ini, yang saya rasa dipetik dari HarakahDaily.

Fokus ke kerja yang sebenar. Itulebih baik!"

__________________________________________________________

Saya adalah cucu shamsiah fakeh, bersama dengan datuk saya wahi anuar, bekas komander rejimen 10, PKMM yang partama, angkatan bersenjata melayu yang satu2nya tidak pernah bersekongkol dan berkompromi dgn penjajah.

Saya dibesarkan oleh wahi anuar sehingga nafas terakhir beliau, berada didakapan saya dan nenek shamsiah begitu juga. Saya secara peribadi amat mengenali mereka, menjaga mereka dll. begitu juga mereka kepada saya. Saya lebih mengenali mereka berbanding sdr mengenali mereka!

Jangan siapa pertikaian jasa perjuangan mereka untuk melihat tanah melayu yang lebih suci, tanpa penjajah. Mereka berkorban dengan darah. Datuk wahi, dan nenek shamsiah, suami isteri terpisah buat selama2 sejak darurat 1948, di hutan, lubuk kawah temerloh pahang. Apatah lagi mempertikaikan mereka sebagai golongan yang kuat agama. Hanya keluarga, handai dan Allah Swt sahaja yang boleh menilai!

Nenek shamsiah waktu itu menunggu masa untuk melahirkan anak wahi anuar, tetapi terpaksa melahirkan bayi tersebut dalam keadaan sesat dan berbogel dihutan kerana diserang bangsat penjajah, anak itu kemudiannya dibunuh oleh komunis bukan seperti yang difitnah bangsat penjajah, begitu juga datuk saya wahi anuar yang ditahan ISA kerana diumpan oleh penduduk kampung dengan meracun beliau, upah kepada penangkapan wahi anuar waktu itu paling mahal berbanding pemimpin merdekaan yang lain, 6000 ringgit. ( berapa agaknya harga untuk penangkapan pemimpin UMNO?) tidak seperti yang didakwa propaganda bangsat penjajah British, menyatakan wahi anuar menyerah diri.

Mereka terpaksa ke hutan apabila lunas demokrasi diharamkan oleh kerajaan bangsat british. PKMM diharamkan sebagai parti politik, lantas mereka berpecah dua, satu ke UMNO eg - aisyah ghani dan satu mengangkat senjata membentuk rejimen 10. Mereka bukan orang ganas, apatah lagi tentera atau orang yang pakar dalam ketenteraan. Lantas yang tampil untuk menyatakan penentangan terhadap british, dipropagandakan sebagai komunis. Seperti mana british menaja komunis untuk melawan jepun, begitu juga komunis menaja dan melatih rejimen 10 sebagai angkatan bersenjata melayu. Namun, mereka difitnah oleh british sebagai komunis. sehingga hari ini minda kita masih dijajah oleh bangsat dikatakan mereka yang jiwa medeka, sebagai komunis.

Kalau aisyah ghani mendengar kata2 sdr, pasti dia akan memaki hamun. Aisyah menganggap shamsiah sebagai kakak, dan mereka berjuang terdidik bersama2, justeru adakah mahu dianggap aisyah sebagai komunis?

Hal ini tidak wajar dibincang panjang, kerana saya tidak mahu menidakkan sesiapa di dalam sejarah perjuangan kemerdekaan. tetapi persoalan saya mengapa mereka yang menawarkan nyawa dan darah untuk ke hutan menentang penjajah dianggap sebagai bangsat?

SAIFULLAH ZULKIFLI
Petaling Jaya
9 September 2010, 2.15 am

2 comments:

wan zaharizan b wan zan said...

Sapa Kata dia cucu? Mak dia di bintikan Hashim dia tak kenal pun Shamshiah Fakeh. Inilah ahli PKR penipu besar!

Anonymous said...

Saudara Saifullah,

Saya cuma mahu cek apa Wahi Annuar pernah jadi Pegawai Kebajikan Haji pada tahun 1984? Kalau betul saya ada dokumen untuk saya tunjukan kepada tuan...emel saya shaharuddin@arkib.gov.my

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles