Thursday, April 24, 2008

SURAT KEPADA SPAQ - TUMPUAN KEPADA ANCAMAN DALAMAN ISLAM




A'salam buat sahabat2 SPAQ...

Jazakallah atas perkongsian matlumat dan ilmu. Saya kagum dgn usaha yang SPAQ lakukan, yang mana Saya rasakan pada hari ini rata2 gerakan Islam sendiri kurang laksanakan gerakan pemerkasaan aqidah dalam konteks untuk berdepan dengan pertembungan baru, 'Ghazwatul Fiqh'.

Dalam konteks ini Saya lebih cenderung untuk melihat kekeliruan yang yang berlaku peringkat dalaman ummat Islam. Saya secara peribadi tidak berasa pelik atau terkejut jika melihat Islam dihina oleh orang bukan Islam, kerana itulah lumrah dalam berjuangan Hak. Seperti contoh Isu Geert Wilders, malah filem seperti fitna telah diterbitkan sejak 5 tahun lepas. Wilders pun sebenarnya bagi saya hanya copy dan paste apa yang sering diulang2 bagi mereka yang salah faham terhadap Islam. Ambil contoh satu filem pada tahun 2006, Obsession: Radical Islam’s War Against the West yang bagi saya lebih bahaya dan pertempuran pemikiran.

Tujuan saya menulis dalam komen ini sebenarnya adalah untuk mengajak teman2 yang lain melihat ancaman dalaman ummat Islam itu sendiri. Tahniah kepada SPAQ kerana menyedarkan kembali tentang kewujudan Yayasan Homa Darabi yang mungkin sudah hampir 5 tahun saya melupakannya. Homa Darabi yang membunuh diri dengan membakar dirinya sendiri sebagai tindakan membantah kerajaan Iran, Revolusi Islam yang dikatakan tertutup dan menindas wanita serta keengganan beliau memakai tudung.

[ Baca Selanjutnya ]

Wednesday, April 23, 2008

TIMB MENTERI PENGAJIAN TINGGI VS KKK



MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

Perbandingan yang menarik jika melihat ungkapan daripada dua individu yang mempunyai ‘authority’ besar di dalam persoalan mahasiswa dan generasi muda. Pertama adalah Timb Menteri Pengajian Tinggi sewaktu perbincangan tertutup dengan beliau dan kedua adalah Prof Koo Kay Kim sewaktu menghadiri seminar hak asasi manusia dan mahasiswa anjuran pihak yang sama iaitu Kementerian Pengajian Tinggi.

Timb Menteri Pengajian Tinggi sewaktu perbincangan tersebut mungkin banyak dipengaruhi oleh latar belakang beliau yang aktif di dalam pertubuhan belia, malah beliau masih memegang jawatan sebagai timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Apa yang menarik untuk dikupas disini apabila mendengar pandangan belia tentang generasi muda dan definasi beliau tentang generasi muda.

Generasi muda yang disifatkan sebagai golongan ‘gila-gila’ dalam masyarakat sentiasa cenderung untuk melakukan sesuatu yang ekstrim dan melanggar batasan kerana sifat yang ‘panas’, kurang ilmu, kurang matang dan mahu kelihatan lain dari yang lain. Sifat-sifat inilah yang banyak membawa generasi muda sesetengahnya terlibat dalam gejala-gejala yang tidak sihat seperti masalah sosial, rempit, hedonistik dan sebagainya.


[ Baca Seterusnya ]

Tuesday, April 15, 2008

JAWATAN KUASA KHAS PERLU DITUBUHKAN BAGI MENILAI PRESTASI DAN PEMILIHAN NAIB CANSELOR


www.saifullahzulkifli.blogspot.com

Melihat kepada prestasi Universiti pada hari ini yang kian merosot, memerlukan satu anjakan baru dalam pendidikan peringkat tinggi. Dengan kepimpinan baru Kementerian Pengajian Tinggi dibawah Datuk Khalid Nordin perlu untuk menimbang cadangan ditubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang terdiri daripada pihak yang perlbagai untuk menilai prestasi dan pemilihan lantikan Naib Canselor universiti-universiti.

Cadangan ini pernah diutarakan olehKementerian Pengajian Tinggi sewaktu Dato Dr Shafie Salleh mengemukakan cadangan agar di tubuhkan sebuah Jawatakuasa pemilihan Naib Canselor universiti (9 November 2005). Cadangan ini dikemukan atas konotasi kepada kemerosotan kedudukan 200 universiti di carta World Universiti Ranking (WUR). Universiti Malaya pada tahun sebelumnya yang menduduki tangga ke 89 tetapi pada tahun 2005 menduduki tangga ke 169 manakala USM pada tahun tersebut terkeluar daripada senarai. Namun demikian sehingga hari ini cadangan tersebut masih belum menerima apa-apa tindakan.


[ SELANJUTNYA ]

Sunday, April 13, 2008

MODEL UMMAT: FLY EMIRATES, ARSENAL ATAU MALIK FAISAL, WAMY?


MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

Perlawanan Bola Sepak antara Arsenal dan Manchester United pada 14 April 2008 merupakan satu perlawanan yang menarik. Pertandingan ini berakhir dengan kemenangan yang berpihak ditangan MU 2-1. Walaupun perlawanan yang sengit ini berlangsung, ianya tidak dapat mengalihkan perhatian penulis kepada logo besar ‘ Fly Emirates’ pada baju Arsenal. Syarikat gergasi arab yang mendanai sebuah pasukan bola sepak terkemuka England. Apabila bercakap tentang dana tertanya satu soalan, apakah Negara Arab yang kaya pada hari ini lebih berminat mendanai Pasukan Bola Sepak berbanding Agenda Ummat seperti mana yang berlaku sekitar 70-an dan 80-an?

Persoalan ini pasti membuatkan ramai teringat kepada Raja Faisal. Raja Malik Faisal yang dilahirkan pada 1904 menjadi raja Arab Saudi pada tahun 1964. Beliau merupakan seorang lagenda kepada dunia Islam. Arab Saudi yang menggabungkan Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emeriah Arab Bersatu menjadi satu kuasa besar minyak dunia. Kuasa yang dikurniakan tuhan ini menjadikan Arab Saudi kaya-raya dan sumber kuasa politik yang paling digeruni dunia. Menyedari kelebihan ini Raja Faisal menjadi lagenda dunia Islam apabila menggunakan kuasa minyak tersebut untuk berkonfrontasi dengan dunia barat kerana barat memberikan sokongan kepada Israel sewaktu perang Arab-Israel pada tahun 1973 dengan cara boikot pasaran minyak dunia.

[ BACA SELANJUTNYA ]

Monday, April 07, 2008

GENERASI MUDA DAN KEBEBASAN BERSUARA DALAM UMNO




Hitler sewaktu meningkat naik dalam dunia politik begitu dominan dalam memberikan pidato yang membakar kepada rakyat German. Menyedari parti lawan terutama dikalangan parti komunis, Hitler kemudiannya merancang untuk menubuhkan sebuah kumpulan polis dan tentera partinya sendiri, SS dan SA. Kumpulan ini diawal penubuhannya adalah untuk melindungi hitler dan nazi daripada serangan musuh, terutama sewaktu Hitler menyampaikan pidato. Kumpulan ini bertindak ganas dengan membelasah, dan malah membunuh disamping menghalau.

Aku mengungkap cerita hitler ini kerana terbayang cerita tersebut sewaktu berada di hotel singgahsana semalam, menghadiri satu forum yang dianjurkann oleh KMU. Forum analisis PRU 12 menjemput mukhriz, Puad Zakarshi dan khir toyo sebagai panel dan ucaptama oleh Tun Mahathir.

[ BACA SELEBIHNYA ]

Wednesday, April 02, 2008

Geert Wilders dari Sudut Pandang Tengah

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFKLI

Fenomena yang menghentam Islam sendiri bukanlahsesuatu yang baru dikalangan penganut agama Islam,malah terdapat lagi idea2 dan pernerbitan ynag lebihdashyat daripada Wilders. Terdapat juga ummat Islamsendiri yang menglakukkan kerja2 yang sama untukmenghancurkan umat Islam. Seperti yang kita pernahdengar Salman Rushdi dgn Satanic Verses, malah SeorangMuslim Iran, Dr Homa Darabi, yang menulis Rage againstthe Veil dan lain2 lagi.

Justeru itu saya ingin mengajak seluruh unmmat Islam untuk melihat isu 'fitna' di dari sudut yang lain.Ideaini bukanlah bemaksud saya menyokong tindakan Wilderstetapi satu unjuran sudut lain yang mengajak kepadasatu realiti bahawa budaya dialog, dampingan,kebersamaan, kasih sayang masih jauh dikalangan ummatIslam. Kelompok yang salah faham kepada Islam ini adalahhasil daripada propaganda penetrasi musuh Islam dankekurangan matlumat sebenar mengenai Islam.

Wilders sebagai salah seorang ahli parlimen di Belanda banyakmengemukan permasalah sosial, termasuklah persoalanmigrasi. Ummat Islam yang berhijrah ke belanda dimanabeliau rasakan mewujudkan budaya sendiri, mewujudkankomuniti sendiri secara 'isolated' tanpa integrasidengan nilai dan sosio-budaya di belanda. Keadaan iniakhirnya mengakibatkan prejudis yang syakwa sangkayang tinggi di dalam masyarakat non-muslim di belanda.

DEB DAN TUNTUTAN ZAMAN



DEB DAN TUNTUTAN ZAMAN

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli


Setelah hampir 4 dekad pelaksanaannya sejak 1971, pelbagai kritikan telah diberikan. Ini termasuklah kritikan bahawa DEB digunakan sebagai alat untuk mengkayakan sesetengah kelompok dalam negara, ianya juga mengundang rasuah dalam masyarakat. Fenomena masyarakat bumiputera yang diberi kontrak dan tender hasil kelebihan DEB, tapi apa yang berlaku kontrak tersebut dijual, kalaupun dilaksanakan diambil ringan hingga membuatkan projek itu tidak sempuna.

DEB seharusnya tidak boleh dianggap sebagai darah daging orang melayu, atau tanpa DEB habislah orang melayu. DEB bukanlah al-Quran atau Sunnah yang tidak boleh disentuh. Dasar ekonomi yang menjadi perkara pokok dalam sesebuah negara perlu dibahas dan dihadam sedalam mungkin bagi menghasilkan sebuah dasar dan kuasa ekonomi yang kukuh dan gagah. Setelah 37 tahun pelaksanaannya, tidaklah menjadi salahnya jika kita melihat kembali DEB bagi penambahbaikan atau mungkin dasar ekonomi yang diberi nafas baru yang menjawab serta menjana strategi ekonomi selaras dengan pembangunan zaman.

Monday, March 24, 2008

KPT TIDAK WAJAR MANSUHKAN KURSUS HANYA KERANA MELIHAT KEPERLUAN INDUSTRI

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Sdr Hilmi Ramli, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada 25 Mac 2008 berhubung isu yang dikemukan Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Datuk Seri Khalid Nordin. Beliau mengeluarkan kenyataan bahawa bidang, kursus yang ditawarkan di IPT akan dikaji dan dimansuhkan beberapa kursus yang tidak releven mengikut keperluan industri. Beliau yang mahu memastikan semua kursus yang ditawarkan di IPTA menepati pasaran kerja.
Ini ada merupakan satu hasrat yang murni terutama di dalam mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan siswazah. Namun demikian, beberapa pertimbangan harus dilihat memandangkan langkah ini mampu memberikan kesan yang besar kepada negara di masa hadapan. Persoalan ini juga telah banyak dikupas oleh ilmuan negara termasuk Prof Zaini Ujang dalam buku yang ditulis beliau "Universiti Mendokong Tradisi Intelektual".

Wednesday, February 27, 2008

pkpim memimpin zaman

Read this doc on Scribd: PKPIM MEMIMPIN ZAMAN

Tuesday, February 26, 2008

MAHASISWA DAN POLITIK




Mohd Saifullah Mohd Zulkifli


Dalam persoalan mahasiswa dan politik ini menarik
apabila mendengar penyataan Tok Pa seperti yang
ditonjolkan oleh Hanif, "Pelajar dengan matlamat
belajar, mengikuti segala kurikulum danko-kurilulum. ..".
Malah ditambahkan lagi dengan perhebahkan dengan
peruntukkan rang undang-undang untuk mengambil
tindakan kepada mahasiswa yang terlibat dengan politik.


Saya fikir fenomena yang ada di Malaysia ini cukup
berbeda dengan situasi di barat. Pintu untuk bersuara
dan berpatisipasi dengan arus perdana ini dibuka
selebar mungkin. Sebagai contoh di UK, mahasiswa disana
diberi ruang seluas-luasnya untuk terlibat dalam
politik. Malah hampir setiap mahasiswa mempunyai parti
yang disertainya samada Parti Buruh atau Konservatif.
Dalam hal ini, yang menarik adalah pihak universiti
sehinggakan memberi cuti khas malah diberi kredit
untuk mereka yang mempunyai program politik atau
agenda khas dalam politik. Dalam hal ini juga, mahasiswa
mempunyai kuasa lobi yang kuat di dalam menentukan

parti yang bakal memerintah dan pembentukkan dasar
polisi negara.Mahasiswa yang mempunyai parlimen

mahasiswa 'StudentUnion' memberikan satu kuasa
suara dikalangan mahasiswa di dalam mengenengahkan
satu-satu perkara.


Monday, February 18, 2008

CIRI-CIRI KEPIMPINAN PERSPEKTIF AL-MAWARDI



CIRI-CIRI KEPIMPINAN PERSPEKTIF AL-MAWARDI

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli

Kalau ingin berenang,

pertama teluk kedua pantai

Kalau ingin memimpin,

pertama elok kedua pandai

Bait pantun dua kerat melayu ini relevan dengan persedian pemilih di dalam menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang. Pilihan raya adalah merupakan satu perkara besar yang bakal ditempoh oleh semua rakyat Malaysia. Ia memberikan satu signifikan yang begitu penting kepada kita selaku rakyat Malaysia yang duduk di bawah sistem demokrasi. Di dalam sistem demokrasi ini, rakyat diberikan kuasa yang besar untuk memilih kepimpinan yang bertujuan untuk membela hak rakyat dan memimpin negara selama 5 tahun akan datang.

Proses pemilihan kepimpinan negara melalui lunas demokrasi ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan atau enteng oleh rakyat dimana ia memerlukan satu pemilihan yang tepat memandangkan ia mampu untuk memberikan kesan yang begitu besar kepada masyarakat dan negara. Justeru itu kita wajar untuk menimbang beberapa aspek sebelum membuat keputusan untuk memilih kepimpinan.

Dalam hal ini, Islam mengambil berat di dalam soal pemilihan kepimpinan memandangkan ia memberikan peranan yang begitu besar di dalam membina ketamadunan dan survival Ummat. Ini jelas terkelihatan melalui satu kata-kata Saidina Umar al-Khattab,“Tiada Islam tanpa jamaah, tiada jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa taat”. Islam meletakkan kepimpinan sebagai taklif (bebanan amanah) bukan tashrif (kemuliaan). Oleh sebab inilah, kepimpinan menjadi tanggung jawab yang akan di persoalkan Allah swt tentang pelaksanaan amanah tersebut dan dengan ini dan kepimpinan dituntut untuk dilaksanakan sebaik mungkin.


[ Baca Seterusnya ]




Friday, February 15, 2008

TEMU RAMAH RADIO 24 (LIVE)


ALhamdulillah...

tepat jam 12 malam, 15 Februari...penulis bersama Presiden PKPIM, Sdr Hilmi Ramli selesai diterumah hampir 2 jam. Pelbagai isu yang dikemukan, walaupun secara peribadi, penulis kurang selesa bercakap soal dalaman atau apa yang telah dibuat PKPIM, tetapi memegang amanah sebagai exco Penerangan perlu dilaksana juga.

Penulis lebih berminat dengan soalan pendirian PKPIM, 'World View' dan idea PKPIM di dalam mengulas satu2 isu atau hal berbangkit. Persoalan Program Masyarakat 'MESRA', Isu PTPTN, Pendidikan Percuma, Kebajikan Mahasiswa, Politik Kampus, yang mana penulis rasakan persoalan ini lebih membuka minda dan informatif kepada pendengar.

Menarik juga, soalan dari salah satu penanya SMS, 'Sidek'. Tentang PPIPJ, mungkin usaha aku, akmal, dan sahabat2 lain mula diperhati dengan program JAYA. Alhamdulillah, JAYA dan PPIPJ inilah tembok terakhir yang menyedapkan hati penulis di dalam berdepan dengan hari-hari dalam gerakan.

Tak sabar rasanya hendak mendengar ulangan siaran temuramah tersebut. Moga2 usaha yang dilakukan ini diberkati oleh Allah swt demi ummat.

Thursday, February 14, 2008

Rachid Ghannoushi: Islamic Movement and State


MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

In the life and thought of Ghannoushi, Islam emerges
as both reaffirmation of faith in the absolute unity
of God and a source of liberation. The Islamic
movement is a reform movement that focus on individual
and society, where it seek reform, revised and
revitalised the individual and society. At in the same
time it seek the liberation from cultural alienation
or westernization that is alienated from the Islamic
value and identity, in the issue of economic,
exploitation, moral corruption, it must based on the
Islamic principle of equality, equity, and social
justice.

For Ghannoushi, the problem with muslim world is that
the muslim world are very much rooted with the
European master colonial experience and its legacy. As
result the identity, unity, and development of muslim
nation have been undermined. The western secular
orientation of muslim state has ignore the traditional
Islamic culture of the masses, alienated the nation,
and attempted to cut of their indigenous identity and
value. Ghannoushi further argued that the Tunisia and
most of the muslim societies are collapsed with
failure because of the western model of development.
He accounted the muslim must solved their problem by
themselves by making their own model, based on faith
and experience.


[ Read More ]

Monday, January 28, 2008

Pak Samad Kecewa


Pak Samad Kecewa

Pak Samad Tak Mahu Gunakan Gelaran Sasterawan Negara kerana Terlampau Kecewa


A. Samad Said dengan nada kecewa dan marah mengumumkan bahawa beliau tidak mahu menggunakan lagi gelaran Sasterawan Negara. Ini berikutan dengan peminggiran karya-karya Sasterawan Negara oleh Kerajaan. Kementerian Pendidikan telah mengumumkan baru-baru ini untuk menukar teks sastera sekolah dengan novel-novel remaja seperti karya Ahadiat Akashah.

Pak Samad mengumumkan perkara tersebut hari ini (19 Januari 2008) pada pukul 5.35 petang di Acara Baca Puisi, RA Fine Arts Gallery

LIHAT KENYATAAN PAK SAMAD

[ Baca Seterusnya ]

Wednesday, January 23, 2008

Caj Pentadbiran PTPTN dan Dasar Pendidikan Pres. Johnson


Cukup menarik tulisan YDP MPP UM yang menulis tentang
Caj pentadbiran PTPTN di akhbar berita harian hari
ini (Berita Harian, 22 Januari 2008). Saya secara peribadi menghormati
pandangan beliau yang meletakkan niat baik untuk membantu
mengurangkan beban kos kerajaan.

Namun demikian saya perlu menyatakan hasrat saya
bahawa MPP seharusnya menjadi juru cakap kepada
mahasiswa. Mengapa mahasiswa perlu dibebankan dengan
caj bayaran sedangkan mahasiswa mempunyai peluang
untuk mendapat pinjaman pendidikan tanpa caj tambahan
atau bunga. Malah secara peribadi ingin saya tekankan
bahawa kita selaku mahasiswa seharusnya meletakkan
matlamat untuk memperjuangkan pendidikan percuma di
semua peringkat.

[ Baca Seterusnya ]

Monday, January 14, 2008

Respon Demonstrasi Pelajar – Petani: Mahasiswa Dulu dan Kini Bak Langit Dan Bumi


Respon Demonstrasi Pelajar – Petani.

Mahasiswa Dulu Dan Kini Bak Langit Dan Bumi

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli


Gelombang Mahasiswa yang ditonjolkan oleh generasi 60 an/ 70 an adalah merupakan satu gelombang yang lahir dari hari nurani generasi muda bagi memperjuangkan nasib rakyat. Soal risiko dan cabaran yang bakal ditempuh adalah merupakan satu lumrah perjuangan dan sunnah dalam berjuang.

Tidak dinamakan perjuangan jika hanya terlentang diatas katil, berdakapkan ‘bantal’ empuk, atau perjuangan dengan sajian makanan, ‘kontrak’ yang enak-enak mahupun perjuangan yang dihamparkan tikar merah yang mengharapkan nama dan kemewahan.

Dalam melihat hal ini saya suka untuk merujuk kepada sebuah buku lama yang diterbitkan pada tahun 1969 oleh Prof Faeur dari Universiti Toronto dalam bukunya The Conflict of Generation – The Character and Significant of the Student Movement, menyatakan bahawa protes dan bantahan yang ditunjukkan oleh mahasiswa adalah hasil daripada ‘konflik generasi’ atau generational conflict. Ini adalah berpunca daripada perasaan benci atau menyampah ‘generasi baru’ kepada ‘generasi lama’, yang disifatkan sebagai tidak bermoral, peradaban yang rosak, lapok, penyalah gunaan kuasa, tidak bertanggungjawab dan melakukan penindasan serta kotor. Istilah ‘Generasi di sini adalah sesuatu yang subjektif, dimana ia mungkin boleh merangkumi universiti, pihak berkuasa, kerajaan atau mungkin masyarakat itu sendiri yang telah rosak peradabannya.


[ Baca Seterusnya ]


Hagia Sophia di Hati Ummah




Hagia Sophia di Hati Ummah

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

Muhammad al Fateh meletakkan iltizam dan kesungguhan yang tinggi untuk menakluk kota Konstantinolple apabila menulusuri hadith yang diriwayat oleh Ahmad ibn Hanbal Kota Konstantinople akan pasti dibuka oleh Islam, Dengan Panglima Perang yang terbaik, dialah yang akan membukanya dan angkatan tentera yang terbaik yang diperintahnya”. Baginda yang pada peringkat awal diejek dan dipandang rendah oleh Raja Byzantium pada ketika itu kerana umurnya yang begitu muda. Tetapi raja tersebut terdiam kaku kerana anak muda yang dianggap hingusan ini mampu mengungkap secara terpeinci segala matlumat dalaman, kekuatan dan kelemahan kota Konstantinople sebagai persedian untuk menakluk kota tersebut.



[ Baca Seterusnya ]

Thursday, January 10, 2008

BADI'UZZAMAN SAID NURSI: CAHAYA DI TENGAH KEGELAPAN



BADI'UZZAMAN SAID NURSI: CAHAYA DI TENGAH KEGELAPANTURKI
Mohd Saifullah Mohd Zulkifli

Sewaktu berada di Turki penulis berkesempatan untuk
berjumpa dengan salah sebuah pertubuhan daripada 7
kumpulan menyambung perjuangan Islam hasil cetusan
Ustaz Said Nursi Badiuzzaman iaitu Yayasan Khairat.
Yayasan Khairat yang disifatkan sebagai gerakan Islam
hasil didikan Said Nursi yang lebih cenderung kepada
Sufism. Dalam pada masa yang sama mereka begitu aktif
dalam penerbitan buku dan majalah Islam, ‘Pena’
disamping penerbitan kitab besar tulisan Said Nursi,
‘Rasail an-Nur’.

[ Baca Seterusnya ]

Thursday, August 16, 2007

NEGARAKUKU DAN PERPADUAN KAUM













Mohd Saifullah Mohd Zulkifli


Dalam perkara yang dipaparkan dalam video ini saya
secara peribadi merasakan ini adalah luahan yang tulus
yang melibatkan hubungan antara kaum di Malaysia. (Tak
termasuk pasal MCA tu !!)


http://www.youtube. com/watch? v=FLbR5fmWbwI& mode=related& search=

[ Baca Seterusnya ]

Thursday, June 28, 2007

AUKU DAN IMPLIKASI BESAR KEPADA MAHASISWA


AUKU DAN IMPLIKASI BESAR KEPADA MAHASISWA

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli


Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan beliau kepada media pada 28 Januari 2006 telah menyatakan pendirian selaku pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 (AUKU) terus dikekalkan tanpa memansuhkannya. Beliau menyatakan pendirian tersebut selepas sekumpulan mahasiswa yang mendesak agar AUKU ini perlu dihapuskan dan termasuk PKPIM yang mewakili pelajar Islam seluruh Malaysia secara langsung bersuara dalam menyatakan pendirian kepada AUKU.



[ Baca Seterusnya ]

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles