Mohd
Saifullah Mohd Zulkifli
Timbalan
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Semakin kukuh
demokrasi, semakin kuat pintu kemenangan politik perubahan di negara Islam. Melalui
Idea-Idea demokasi, keadilan (al-Adl), Kedaulatan dan Kebebasan (al-Hurriyah),
Kedaulatan Hukum (al-Hakimiyyah) menjadi slogan yang lebih dekat dan mudah
diterima oleh masyarakat.
Perjuangan
politik perubahan adalah perjuangan melalui proses mendidik, Ta'dib. Semakin
keras sesebuat parti, organisasi gerakan membuatkan masyarakat umum semakin
jauh daripada perjuangan dan inspirasi perubahan
Di dalam hal
ini, saya cenderung untuk melihat perjuangan Islam melalui wasilah Politik
melalui 2 cabang, satu Perjuangan Islam kulit (branding), dan cabang yang kedua
ada Perjuangan Islam secara Isi (Substance).
Permasalahan
yang berlaku terutama di Negara-negara Islam majoriti adalah masalah kurangnya
penekanan kepada substance, isi dalam perjuangan. Dalam banyak-banyak hal,
kelompok pejuang Islam di Negara Majoriti Islam ini lebih pentingkan bendera,
atau tema-tema yang fundamental dalam Islam.
Sebagai contoh
mudah, saya berasa tidak selesa, apabila ada beberapa Negara yang meletakkan
gelaran "Islamic Republic of
…", mengishtiharkan Negara itu sebagai 'Islam' tetapi dalam banyak hal
yang dianjurkan oleh Islam seperti hormat kepada kepelbagaian (Taadudiyah),
masyarakat madani (Mu'tama al-Madani), Hak Asasi Manusia (Huquq al-Insan),
Kebebasan ( Hurriyyah), Ketelusan (Shafafiyyah) dan keadilan (al-Adl) tidak
pula diikuti.
Lebih malang
kadar jenayah, kemunduran ekonomi, penindasan sosial dan rasuah berleluasa di
kebanyakkan Negara majoriti Islam. Malah sistem demokrasi atau demokrasi 'suka hati aku' menjadi
pegangan.
Esposito dalam
buku terbaru " Who Speaks for Islam" menerusi kajian yang dibuat oleh
Gullup Poll menerangkan bahawa hanya satu per empat daripada Negara majoriti
Islam yang kerajaan dipilih secara demokratik. Kalau pun dipilih secara
demokratik, peratus kemenangan yang dicapai hasil undian adalah antara 90
peratus hingga 99.9 peratus.
Tunisia, Ben Ali
menang 99.4 peratus dalam pemilihan pada tahun 1999 dan 94.5 peratus pada tahun
2004. Hosni Mubarak menang 94 peratus undi pada tahun 1999 dan 2006 sebanyak
88.6 peratus
Peratusan yang
mencatat sehingga hampir seratus peratus ini adalah bukti yang menggambarkan
kepada kekuatan dan pengaruh yang begitu besar Presiden Negara-negara Islam,
ataupun ianya adalah bukti bahawa berlaku kepincangan dalam sistem demokrasi
yang kita amalkan. Pastinya, faktor ini menjadi salah satu faktor kebangkitan
rakyat Arab bagi menuntut demokrasi dan pilihanraya yang bersih.
Cabang yang
kedua yang dinyatakan diatas, adalah merupakan kelompok pejuang politik Islam
secara Isi dan Substance, kelompok ini menzahirkan politik Islam bukan pada apa
yang di pakai atau bendera apa yang di kibar. Tetapi politik Islam secara isi
ini adalah mengambil kira nilai Islam dan perjuangan secara mendidik dan ilmu,
ta'dib Islami.
Nilai-nilai
Islam yang menentang kezaliman dan rasuah, mengambil kira 'Good Governance'
sebagai dasar di dalam bina Negara 'Khayra Ummah'. Sistem politik adalah
disandarkan kepada keadilan, hormat antara satu sama lain dan prinsip Hak Asasi
Manusia. Politik Islam secara substantial tidak menggunakan nama Islam untuk
mengejar kuasa, tetapi mengejar kebaikkan, fastabiqul Khairat.
Contoh yang
menarik adalah sikap toleransi yang ada kepada pejuang Islam secara substantial
adalah keterbukaan kepada kepelbagaian dan bersedia untuk bekerjasama. Selepas
pilihanraya 1995, bekas kumpulan saudara Islam, mewakili generasi muda di Mesir
yang ingin bergabung dengan pihak yang lain termasuk haluan kiri Nassirites,
Kristian dan wanita bagi membentuk parti baru Hizb Wasat.
Parti baru ini
yang bergerak secara demokrasi antara Masyarakat Islam dan bukan Islam,
Kristian di Mesir. Parti ini walaupun pelbagai agama tetapi meletakkan Syariah
sebagai kayu ukur kepada ketamadunan di Mesir. Namun demikian parti ini
diharamkan dan pemimpinnya ditangkap seperti kebanyakkan parti pembangkang di
Mesir.
Ikhwan dalam hal
ini memdahului gerakan Islam secara substantial. Seperti perjuangan Ikhwan di
Mesir, pihak AS menggambarkan sebagai radikal Islam yang cenderung terroris,
tetapi formula kemenangan Ikhwan dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini
dengan kemenangan Dr Mursi adalah kerana mereka dilihat sebagai bersih, telus,
adil dan dekat dengan masyarakat. Ikhwan hebat dalam gerakan kebajikannya.
Ikhwan mempunyai institusi masyarakatnya sendiri untuk membantu rakyat Mesir,
termasuklah Hospital, Sekolah dan Institusi-Institusi perlindungan.
Di Turki menarik
minat seluruh gerakan Islam sedunia melihat pendekatan substantial, secara
toleran dan akomodatif sebenarnya memenangkan Islam. Parti Refah di bawah
pimpinan Najmudin Erbakan, bersikap agak keras dan secara terang-terang
mengibarkan imej Islam kemudiannya diharamkan pada tahun 1998, setelah berlaku
rampasan kuasa oleh pihak tentera atas alasan tergugatnya dasar sekularisme
Turki.
Anak didiknya
Abdullah Gul dan Erdogan menubuhkan AK Party. Parti secara substantialnya
adalah Islam tetapi Imej modern democrat, yang dilihat lebih bersih dan
berkemampuan.
Masalah rasuah
yang berlaku di Turki akhirnya memberikan kepercayaan rakyat kepada AK Parti
untuk memimpin Turki apabila menang besar pada dua pilihan raya sebelum ini.
Pendekatan yang lebih moderate dan sederhana, tetapi hikmah memberikan
kemenangan kepada Islam secara Substantialnya. Kemenangan besar adalah apabila
undang-undang menghalang mahasiswi memakai tudung dipinda, menjadi lambing baru
kepada Turki di bawah kepimpinan politik Islam sedia ada.
Diakhir tulisan
ini saya berkeyakinan bahawa Islam akan kembali ke mercu jaya, formula penting
bagi politik pembaharuan Negara Islam termasuk di Malaysia adalah dengan
mengangkat nilai demokrasi dan hak asasi manusia (Hukuk al-Insani). Demokrasi
membawa nilai Al-Adalah (Keadilan), Al-Hurriyah (Kedaulatan), Al-Hakimiyah
(Kedaulatan Undang-undang) dan Karamah Insan (Kuasa Rakyat) seperti yang
dianjurkan sistem politik Islam.