Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia menadah tangan mengucapkan syukur ke Hadrat Allah SWT diatas keputusan mahkamah bagi kes fitnah kedua semalam. Namun, perbicaraan bagi kes Adam Adli Abd Halim di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang turut berlangsung semalam diketuai oleh Profesor Kangkung, Prof Dato Dr Zainal Kling. Hasil daripada perbicaraan ini, pihak universiti telah menjatuhkan hukuman gantung 3 semester kepada Adam Adli.
Adam Adli Abd Halim adalah merupakan simbol protes mahasiswa terhadap regim zalim Barisan Nasional yang secara rakus menekan dan menyekat mahasiswa. Seperti kebangkitan anak muda di Tunisia dan Tanah Arab yang dihidupkan oleh tragedi Muhammad Bouazizi, bertindak membakar diri sebagai tanda protes terhadap kerajaan kuku besi Tunisia. Kesan domino Muhammad Bouazizi merebak bukan sahaja mengakibatkan kejatuhan regim Ben Ali, malah Muammar Ghadafi dan Husni Mubarak.
Tindakan membakar diri Muhammad Bouazizi dan tindakan disiplin menggantung 3 semesta pengajian di UPSI terhadap Adam Adli Abd Halim adalah merupakan 2 tindakan berbaza tetapi dengan matlamat yang sama iaitu mengajar regim yang zalim dan angkuh. Najib Razak tidak jauh beza dengan Ben Ali yang zalim dan rakus membolot kekayaan Negara, begitu juga isteri mereka Rosmah Mansor dan Laila Ben Ali yang kedua-duanya memufliskan Negara.
Justeru itu, Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyeru Anak Muda dan Mahasiswa menyambut semboyan kebangkitan rakyat menuntut perubahan dan keadilan. Malaysia bakal berhadapan dengan Pilihanraya Umum, satu wadah demokrasi untuk menumbangkan kerajaan BN-UMNO yang rakus dan angkuh. Pakatan Rakyat melalui muafakat Buku Jingga dan AMK Malaysia melalui Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia meletakkan komitmen untuk memberi ruang kepada mahasiswa di dalam membina Negara bangsa. Usaha memansuhkan AUKU dan akta-akta lain yang menyekat serta merubah sistem pembiayaan pengajian tinggi termasuk menghapuskan PTPTN sebagai tawaran AMK Malaysia kepada seluruh Mahasiswa.
Mendepani isu penggantungan Adam Adli, pihak biro Mahasiswa bersama Peguam Untuk Kebebasan (Lawyers For Liberty) secara serius membantu dan meneliti langkah yang wajar diambil. Bersama-sama Adam Adli dan seluruh gerakan mahasiswa, Biro Mahasiswa Angkatan Muda keadilan akan terus menyokong gerakan menuntut perubahan yang diterajui Mahasiswa.
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Pengarah Biro Mahasiswa AMK Malaysia
--
0 comments:
Post a Comment