Saturday, January 21, 2012

AMK: Portfolio agama diberi perhatian khusus kerana serangan Umno-BN

SHAH ALAM 20 Jan: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyokong keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengambil alih portfolio agama dari Exco terdahulu, kata ketua Penerangannya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang dilantik sebagai Exco baru, Saifullah berkata, beliau yakin keputusan itu hasil pertimbangan dan perbincangan yang mengambilkira pelbagai aspek.Ini kerana katanya, Umno-Barisan Nasional sering menggunakan isu agama seperti isu kuil, murtad, pentauliahan dan sebagainya sebagai modal untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.“Setelah hampir 4 tahun kerajaan negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat, persoalan agama...

Tuesday, January 10, 2012

Biro Mahasiswa AMK tawar hapus PTPTN - Sinar Harian, 10 Januari 2012

RUZY ADILA IDRISJanuary 10, 2012SHAH ALAM - Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berjanji kepada seluruh mahasiswa untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU)Ke-13 nanti.Pengarah Bironya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, ini merupakan salah satu usaha merubah sistem pembiayaan pengajian tinggi kerana sistem yang sedia ada adalah tidak sesuai dan perlu diganti segera.Katanya, PTPTN merupakan badan berkanun yang terpaksa mencari sumber lain untuk bertahan sedangkan, ia tidak sewajarnya...

Monday, January 09, 2012

DATO SERI ANWAR IBRAHIM BEBAS TETAPI ADAM ADLI DIGANTUNG 3 SEMESTER: RAKYAT AKAN TERUS BANGKIT TUNTUT PERUBAHAN

Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia menadah tangan mengucapkan syukur ke Hadrat Allah SWT diatas keputusan mahkamah bagi kes fitnah kedua semalam. Namun, perbicaraan bagi kes Adam Adli Abd Halim di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang turut berlangsung semalam diketuai oleh Profesor Kangkung, Prof Dato Dr Zainal Kling. Hasil daripada perbicaraan ini, pihak universiti telah menjatuhkan hukuman gantung 3 semester kepada Adam Adli. Adam Adli Abd Halim adalah merupakan simbol protes mahasiswa terhadap regim zalim Barisan Nasional yang secara rakus menekan dan menyekat mahasiswa. Seperti kebangkitan anak muda di Tunisia dan Tanah Arab yang dihidupkan oleh tragedi Muhammad Bouazizi, bertindak membakar diri sebagai tanda protes...

Sunday, January 01, 2012

Hari Bersejarah Mahasiswa Malaysia

...

Page 1 of 3712345Next
 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles