Friday, November 04, 2011

KENYATAAN MEDIA AMK: AUKU - UMNO TAKUT KEBANGKITAN MAHASISWA




4 NOVEMBER 2011



Tindakan Kabinet pemerintah UMNO Barisan Nasional yang membenarkan Kementerian Pengajian Tinggi membuat rayuan dalam keputusan mahkamah dalam isu UKM4 di bawah undang-undang zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) membuktikan bahawa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional takut kepada kebangkitan anak muda dan mahasiswa.



Biro Mahasiswa AMK Malaysia percaya bahawa tindakan yang menekan dan manzalimi mahasiswa ini tidak sama sekali mengentarkan perjuangan anak muda dan mahasiswa di dalam menunutut kebebasan dan keadilan.



Tindakan pimpinan UMNO-Barisan Nasional ini juga bukan sahaja zalim malah menghina mahkamah dan tidak menghormati kedaulatan undang-undang. Mahkamah yang telah membuat keputusan dan menegaskan bahawa AUKU ini adalah tidak mengikut perlembagaan. Undang-undang umpama milik peribadi parti pemerintah.



Biro Mahasiswa AMK Malaysia berpandangan bahawa Mahasiswa seharusnya diberi ruang untuk beraktiviti dan mencurah pandangan mereka selaku kelompok terdidik dalam masyarakat. Mahasiswa bukan lagi pelajar sekolah sehingga segalanya perlu dikawal oleh pemerintah. Ruang untuk aktivisma dan menggarap idealisma serta intelektualisma mahasiswa ini mampu untuk melahirkan generasi muda pelapis kepimpinan Negara yang berkarisma.



Dengan ini Biro Mahasiswa AMK Malaysia mendesak agar dihentikan penindasan terhadap mahasiswa dan menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk bangkit menentang penguasa zalim.



MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

Pengarah Biro Mahasiswa,

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

merangkap

Ketua Penerangan,

AMK Selangor



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles