Monday, September 21, 2009

catatan pagi syawal...

Penat seharian berjalan dan beraya. Sempat juga aku berkunjung kerumah terbuka tan sri khalid, mb selangor. Walaupun aku sampai agak lambat, tapi masih sempat menyantap di tempat vip. Ramai juga yg masih berkunjung walaupun jam telah menunjukkan 4.30 ptg.

Subuh sebelum solat raya tadi aku terhimbau dgn rasa tidak puas hati aku terhadap masalah org tgh ni. Ini timbul sejak aku mengnali adik2 mahasiswa islam unitar PERMAI, ada yg mengadu sewa rumah mahal. Mahasiswa dicaj sehingga rm 250 sebulan kerana disebabkan oleh agen atau org tgh yang dibuat oleh pentadbiran unitar.

Sistem org tengah atau agen ini sengaja dicipta utk menguntungkan org2 tertentu. Hanya goyang kaki dapat keuntungan. Hal yg sama berlaku kepada pemandu teksi. Tidak mendapat permit, permit teksi hanya boleh disewa oleh org2 tgh. Pemandu teksi terpaksa menanggung sewa rm 50 sehari dan dibayar kepada syarikat kroni. Apalah salahnya permit itu diberi terus kpd pemandu teksi. Sampai pada satu malaysia, diwawarkan permit teksi ini seolah2 pejuang rakyat, sedangkan sekian lama menyedut duit rakyat dgn cara ini.

Begitu juga hal kepada pekerja asing yang bekerja di malaysia. Aku sering tertanya kenapa kerajaan meletakkan syarat utk mewajibkan menggunakan agen utk menggungkan khidmat pekerja asing? Setiap tahun pekerja harus membayar lebih rm2k bagi memdapatkan permit. Gaji sebulan hanya dlm rm 400, nak bayar syarikat kroni 2k.

Celakalah mereka yg mengaut keuntungan atas usaha org lain!

21 September 2009
Ayer Tawar, Perak
--
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

1 comments:

Anonymous said...

habis tue?org yang kasi projek kt org lain tue prlu tgk dan lihat sahaja?

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles