Thursday, June 12, 2008

BIROKRAT VS POLITIKUS



Perkembangan dunia hari ini memperlihatkan bahawa kuasa pada politik secara persis politik kepartian yang mengangkat kepada lagislatif kini mengecil peranannya.

Dasar2 negara, perjalanan dan penentuan polisi sesebuah negara pada hari ini beralih kepada cengkaman pemerintah yang tertakluk pada mana2 parti atau individu kepada sistem kepemirintahan atau 'Governance' yang terdiri daripada para birokrat, pegawai kerajaan. Persoalan Kepemerintahan yang baik atau 'good governance' ini juga turut didorong oleh sistem
sesebuah kerajaan yang dilihat sebagai adil, telus, (tranparent) , pertanggungjawaban (Accountability) yang dibina secara kukuh demi pembangunan negara dan
rakyat.

Faktor kepemerintahan yang baik telah menjadi de faktor kepada jatuh bangun sesebuah negara. Kepemerintahan Terbaik juga membawa erti yang besar kepada cerminan para birokrat yang terbaik, kukuh, dan bijak. Birokrat dengan kebijaksanaan yang tinggi mampu untuk mengenal pasti apa yang terbaik kepada rakyat dan negara. Sebebuah dasar itu dibuat atas perkiraan yang komprehensif tanpa perlu untuk mengambil kira kepentingan peribadi dan parti. Dalam konteks ini, Birokrat yang sinonim dengan 'Policy Maker' atau Penggubal Dasar seharusnya bersikap Apolitikal dalam erti kata dasar atau keputusan yang dibuat adalah diluar persoalan2 kepentigan parti atau politik.

( BACA SETERUSNYA )

0 comments:

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles