Saturday, June 28, 2008

CHOMSKY: EKONOMI DAN PEMERINTAHAN




Change. And it does arouse enthusiasm and you can understand why. Again 80 per cent of the population thinks the county is going the wrong way.

Understandable that Obama is generating "enthusiasm" For most people in the US the past 30 years have been pretty grim. Now, it's a rich country, so it's not like living in southern Africa, but for the majority of the population real wages have stagnated or declined for the past 30 years, there's been growth but it's going to the wealthy and into very few pockets, benefits which were never really great have declined, work hours have greatly increased and there isn't really much to show for it other than staying afloat.

And there is tremendous dissatisfaction with institutions, there's a lot of talk about Bush's very low poll ratings, which is correct, but people sometimes overlook the fact that congress's poll ratings are even lower.

In fact all institutions are just not trusted but disliked, there's a sense that everything is going wrong.

So when somebody says "hope, change and unity" and kind of talks eloquently and is a nice looking guy and so on then, fine.

Ini adalah merupakan kata2 yang diungkapkan oleh Noam Chomsky apabila ditanyakan al-Jazeera berhubung dgn proses pemilihan presiden yang dikaitkan dengan Obama yang bercakap tentang perubahan.

AS secara dasar beliau lihatkan sedang menuju ke jalan yang salah apabila bercakap soal pembangunan ekonomi negara, yang mana saya fikir Malaysia juga berhadapan dengan masalah yang sama.

Kos sara hidup makin tinggi tetapi hasil pendapatan tidak setimpal dengan kos tersebut. Hal ini juga berkait rapat dgn isu minyak yang sedang melanda negara.

Bagi minyak yang berharga 141 USD satu tong telah membuatkan Petronas sendiri mampu untuk menghasilkan keuntungan lebih daripada 200 juta sehari, dalam setahun lebih daripada 46.4 billion hasil keuntungan minyak. Kenaikan harga minyak jelas memberikan keuntungan yang besar kepada PETRONAS.

Hasil keuntungan ini sebenarnya mampu untuk mengangkat hasil pendapatan sesebuah keluarga, setimpal dgn kos sara hidup yang tinggi. Cuma persoalan sekarang adalah dimanakah hasil petronas itu digunakan?

Dalam permasalahan negara yang sedang berlaku sekarang, saya lihat sebenarnya diakhir permasalahan tersebut akan berputar kepada permasalahan pemerintahan, 'Good Governance'. Pemerintahan yang telus dan bertanggungjawab, 'accountable'.

Pengurusan kekayaan negara dengan bijak dan telus jadi kunci kepada pembangunan ekonomi mampan. Dalam masa yang sama juga rakyat sedar akan permasalahan subsidi yang melampau akan mengundang riak2 negatif kepada negara, memberikan kesan negatif kepada pelaburan asing.

Dalam kegawatan krisis minyak pada hari ini, bukanlah subsidi semata2 yang mejadi tuntutan rakyat. tetapi rakyat menuntut kepada pengagihan dan pengurusan kekayaan negara yang bijak dan saksama.

Ekonomi negara diatur urus dengan baik, mengambil timbang tara, ekonomi manusiawi yang melihat kepada peri penting rakyat dalam kehidupan seharian akan menjadi dasar kepada sesebuah negara.

Mungkin hanya sekadar tambahan, sebagai respon kepada apa yang kita lihat harga minyak yang melambung pada hari ini dan rakyat yang perlu merasai perihnya, apakah masih velevan dilaksanakan cukai jalan, cukai kereta import?

1.22 am, seksyen 14

Monday, June 23, 2008

SOROS: The Credit Crisis of 2008 and What it Means

Friday, June 20, 2008

Umayyah dan faktor kejatuhan

Alhamdulillah, sebentar tadi tepat jam 4.45 penulis selesai menjawab soalan terakhir untuk kertas terakhir semester ini. Subjek yang bertajuk Khalifah Abbasiyyah begitu menarik walaupun pengajarannya agak membosankan.

Soalan pada kertas tadi bertanyakan tentang propaganda yang dilakukan oleh Abbasid di dalam menjatuhkan Umayyah. Penulis bukanlah mengambil bidang sejarah atau mahir dalam bidang ini, tetapi hasil pembacaan yang terhad ini mendapati Abbasid menggunakan faktor kelemahan yang ada pada Umayyad sebagai punca besar untuk menjatuhkannya.

Ringkaskan cerita, 3 punca pertama adalah masalah pengurusan yang dilihat sebagai tidak adil dan sama rata. Sewaktu di awal pemerintahan umayyah Arab menjadi majoriti kepada penganut Islam tetapi dalam tempoh pertengahan tersebut Islam telah mula berkembang terutama ke India dan Asia Tengah. Ini mengakibatkan ummat Islam daripada bukan Arab telah menjadi Majoriti. Pendekatan umayyad yang begitu Arab Sentrik yang ekrtrim kepada Arab. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan bukan Arab, menjadikan ia lebih teruk adalah apabila mereka tidak diberi peluang dan hak sama rata di dalam pentadbiran kerajaan.

Melihat kepada krisis ekonomi dan kewangan yang begitu teruk, cukai tanah kharaj dan jizya menjadi sumber pendapatan utama kepada pemerintahan. Jizya adalah merupakan cukai kepada bukan Islam, justeru untuk mengekalkan sumber kewangan ini pihak Umayyah tidak menggalakkan bukan Islam untuk menganut agama Islam dan tetap mengenakan jizya kepada mereka yang baru menganut agama Islam.

[ Baca Seterusnya...]

Thursday, June 19, 2008

PERUBAHAN SISTEM SEBAGAI KAYU UKUR PRESTASI PEMERINTAHAN KERAJAAN 100 HARI

PERUBAHAN SISTEM SEBAGAI KAYU UKUR PRESTASI PEMERINTAHAN KERAJAAN 100 HARI

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli

www.saifullahzulkifli.blogspot.com

Masyarakat secara umum melihat apabila perubahan dibuat dalam sistem pemerintahan meletakkan harapan agar pemerintah dapat memberikan rakyat dengan lambakan insentif, pulangan material perkara-perkara percuma dan lain-lain

Malah apabila tempoh berkempen sekalipun manifesto parti mana yang paling banyak menawarkan pulangan lumayan, duit, kemudahan2 besar dan perkara2 material yang bersifat sementara dan 'penyuapan, malah pada waktu pilihan raya janji-janji yang terlampau menggunung dan sensasional ini ditaburkan tanpa melihat keupayaan sebenar di dalam melaksanakan janji-janji tersebut.

Lebih malang saya lihat dalam tempoh lebih 3 bulan selepas pilihan raya ke 12 masyarakat kian dimomokkan dengan apa yang telah dilaksanakan oleh pemerintah yang sedia ada. Aspek yang menjadikannya malang adalah apabila kayu ukur yang sama digunakan dlm menilai prestasi pemerintahan yang ada.

Dalam hal ini juga, tidaklah saya menolak kepentingannya, tetapi yang menjadi masalah adalah apabila kita terlampau meletakkan material sebagai segala-galanya menunjukkan ada kelompongan dalam masyarakat kita. Bak kata pepatah lama, ‘Mati Semut kerana Gula, Mati Manusia kerana Harta’


[ BACA SETERUSNYA...]

Thursday, June 12, 2008

BIROKRAT VS POLITIKUS



Perkembangan dunia hari ini memperlihatkan bahawa kuasa pada politik secara persis politik kepartian yang mengangkat kepada lagislatif kini mengecil peranannya.

Dasar2 negara, perjalanan dan penentuan polisi sesebuah negara pada hari ini beralih kepada cengkaman pemerintah yang tertakluk pada mana2 parti atau individu kepada sistem kepemirintahan atau 'Governance' yang terdiri daripada para birokrat, pegawai kerajaan. Persoalan Kepemerintahan yang baik atau 'good governance' ini juga turut didorong oleh sistem
sesebuah kerajaan yang dilihat sebagai adil, telus, (tranparent) , pertanggungjawaban (Accountability) yang dibina secara kukuh demi pembangunan negara dan
rakyat.

Faktor kepemerintahan yang baik telah menjadi de faktor kepada jatuh bangun sesebuah negara. Kepemerintahan Terbaik juga membawa erti yang besar kepada cerminan para birokrat yang terbaik, kukuh, dan bijak. Birokrat dengan kebijaksanaan yang tinggi mampu untuk mengenal pasti apa yang terbaik kepada rakyat dan negara. Sebebuah dasar itu dibuat atas perkiraan yang komprehensif tanpa perlu untuk mengambil kira kepentingan peribadi dan parti. Dalam konteks ini, Birokrat yang sinonim dengan 'Policy Maker' atau Penggubal Dasar seharusnya bersikap Apolitikal dalam erti kata dasar atau keputusan yang dibuat adalah diluar persoalan2 kepentigan parti atau politik.

( BACA SETERUSNYA )

Tuesday, June 10, 2008

Harga Petrol Di Negara Pengeluar Minyak

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles