Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
Timbalan Setiausaha AMK Malaysia
Permasalahan agama dan kaum menjadi sesuatu yang sensitif untuk
dibicarakan menjelang PRU-13. Malah isu ini bakal menjadi senjata utama pihak
UMNO-BN meraih sokongan pengundi Melayu sebagai undi penentu kemenangan BN
memandangkan pengundi kaum lain rata-rata telah membuat keputusan menolak BN.
Pola pemikiran politik kaum Melayu secara hampir keseluruhannya adalah
penganut Islam dilihat dengan purata 40 peratus menyokong Umno, 30 peratus
menyokong Pakatan Rakyat dan 30 peratus selebihnya tidak membuat keputusan.
Pola dan corak pemikiran ini adalah statik dan tiada perubahan yang
signifikan untuk kita lihat memberi kesan kepada politik Malaysia pada masa
akan datang.
Pada hemat saya, kelompok 40 peratus yang tidak membuat keputusan ini
adalah merupakan cabaran kepada politik baru pakatan rakyat untuk merangka
perjalanan ke Putrajaya. Kelompok ini tidaklah cenderung kepada Umno, tetapi
mereka juga tidaklah menentang Pakatan Rakyat.
Beberapa isu penting yang harus didepani oleh Pakatan Rakyat. Pertama
adalah persepsi tidak lindungi Melayu.
Isu ini adalah soal kepercayaan kaum Melayu kepada Pakatan Rakyat
untuk melindungi kepercayaan, yang kaum Melayu anggap sebagai keistimewaan dan
sesuatu yang suci di Malaysia.
Hal pokok ini termasuklah berkisar persoalan agama. Dalam hal agama
ini, pihak pemerintah BN berjaya untuk mencanang pemikiran tertutup, budaya
takut dan menghakis kepercayaan kaum Melayu.
Pakatan Rakyat dipropagandakan tidak melindungi hak Melayu dan Islam
sedangkan Pakatan Rakyat cukup kaliber untuk mengorak masa depan kaum Melayu
yang lebih cerah.
Bagi saya isu yang dekat dengan umat Islam adalah yang melibatkan
institusi seperti Masjid, Kesultanan Melayu, majlis Agama dan lain-lain. Cuma
yang sedihnya kita banyak berkisar kepada bermasalah ranting bukan pokok.
Antara lain adalah mentaliti Umat Islam lebih mementingkan Syiar bukan
Syariat. Ini merupakan salah satu cabaran Pakatan Rakyat di dalam membuat
anjakan mantaliti yang melihat Islam cari sudut konteks yang bukan hanya
sekadar kosmetik di luar.
Permasalahan yang berlaku melibatkan Islam dan Melayu di Malaysia
adalah disebabkan model dan cara yang dibawa oleh kerajaan BN yang menjadikan
Islam dan Melayu ini kelihatan jumut dan sempit serta penuh seksaan
Islam seakan penuh dengan hukuman dan seksaan. Melayu penuh dengan
sensitiviti dan pantang larang. Mengakibatkan imej Islam sebagai sebuah agama
yang indah tercalar dan Melayu sebagai kaum yang kehadapan sentiasa kelihatan
tergugat.
Contoh yang melucukan adalah pengharaman bukan Islam untuk memasuki
masjid atau rumah ibadah ummat Islam.
Masjid adalah satu kawasan atau institusi yang hanya eksklusif untuk
umat Islam sedangkan kalau di barat malah di zaman Rasulullah SAW masjid adalah
seperti pusat kommuniti, pentadbiran masyarakat setempat tanpa mengira kaum dan
bangsa.
Seperti di Amerika Syarikat dan Singapura peranan masjid juga adalah
pusat kebudayaan Islam yang bukan sahaja berperanan untuk ibadah malah adalah
untuk melebarkan kefahaman Islam merentas agama dan kaum.
Ironi, apabila kita berasa marah apabila masyarakat majoriti di barat
dilihat mendiskriminasi umat Islam tetapi di negara sendiri yang majoriti Islam
sendiri, kita lakukan hal yang lebih kurang sama.
Contoh yang pernah berlaku sebelum ini adalah satu protes yang
dijangka diadakan di Amerika Syarikat berhubung idea membina pusat kebudayaan
Islam dan masjid di kawasan yang berhampiran dengan tempat tragedi September
11, Pusat Dagangan Dunia WTC.
Protes ini diura-urakan bakal disertai oleh pemimpin-pemimpin yang
anti-Islam termasuk Geert Wilders. Pada hari yang sama di Gainesville, Dove
World Outreach Center merancang untuk membakar al-Quran.
Di Malaysia tidak tidak kurangnya, apabila hal seperti doa, bukan
Islam memasuki masjid isu kalimah Allah dan isu-isu lain yang melibatkan agama
Islam dan bukan Islam tidak diwacanakan secara rasional dan matang di dalam
masyarakat majmuk.
Kita didorong oleh pimpinan BN dan media arus perdana dengan pemahaman
Islam yang songsang dan hanya membawa emosi dalam menjawap permasalahan agama.
Umat Islam hanya sekitar 55 peratus di Malaysia, merupakan jurang yang
tipis. Kita tidak boleh merasa membuta tuli tanpa mengetahui isu asas dan ilmu
yang dalam berhubung agama.
Adalah penting bagi rakyat mengetahui bahwa Pakatan Rakyat secara
kukuh dan ampuh mendokong perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi
negara.
Berasaskan perlembangaan negara ia menjamin hak dan keharmonian semua
pihak termasuk Islam dan bukan Islam. Sekali lagi ingin ditegaskan seluruh
parti di dalam Pakatan Rakyat berpegang bahawa Islam adalah agama persekutuan
yang mana kedaulatannya dan keistimewaannya terjamin.
Langkah ke Putrajaya
Di akhir tulisan ini saya ingin membahawa kita untuk mengingat kembali
pilihan raya umum ke-10 telah berjaya merubah politik kaum Melayu akibat
kezaliman yang berlaku tetapi tidak kaum bukan Melayu. Sebaliknya pula berlaku
sewaktu PRU ke-12. Pada PRU ke 13 ini kita perlu pastikan rakyat keseluruhan
tanpa kira bangsa dan agama akan memilih untuk bersama Pakatan Rakyat.
Pada pilihan raya umum ke-12, perubahan besar-besaran secara drastik
rakyat terutama kaum bukan Melayu tetapi perubahan Melayu tidak sekata
berbanding kaum lain.
Pada pilihan raya umum ke-13, adalah menjadi hal pokok kepada Pakatan
Rakyat untuk memastikan gelombang perubahan kaum Melayu dan bukan Melayu adalah
sekata demi melangkah untuk ke Putrajaya.
Kepercayaan kaum Melayu terutama Melayu 30 peratus yang tidak membuat
keputusan itu harus kita dakapi, isu yang berkisar Islam harus kita selesaikan,
permasalah ummat harus kita menjadi dhammir alternatif untuk melihat Islam yang
lebih cerah di bumi Malaysia.