Politik Gerakan Islam Abad 21 Semakin kuat demokrasi, semakin kuat pintu kemenangan Islam melalui Idea-Idea demokasi, keadilan (al-Adl), Kedaulatan dan Kebebasan (al-Hurriyah), Kedaulatan Hukum (al-Hakimiyyah) menjadi slogan yang lebih dekat dan mudah diterima oleh masyarakat. Perjuangan Islam adalah perjuangan melalui proses mendidik, Ta'dib. Semakin keras sesebuat parti, organisasi gerakan Islam membuatkan masyarakat umum semakin jauh daripada perjuangan dan inspirasi gerakan Islam. Radikalisasi di dalam politik gerakan Islam terhasil terutamanya pasca Revolusi Iran 1979, penolakkan kepada demokrasi dan sistem perwakilan kerana cenderung kepada jalan konfrontasi dan keganasan. Hal ini dapat dilihat secara jelas melalui rampasan...