Saturday, April 30, 2011

BARISAN NASIONAL JANGAN JADI PEMBULI KEPADA MAHASISWA

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

KENYATAAN MEDIA AMK: 5 JANUARI 2011

BARISAN NASIONAL JANGAN JADI PEMBULI KEPADA MAHASISWA



Pihak Angkatan Muda Keadilan Malaysia dukacita dan berasa kecewa dengan sikap yang diambil oleh pihak Hal Ehwal Pelajar Universiti dan pihak berkuasa dibawah kawalan UMNO Barisan Nasional termasuk pihak Polis, dan Kementerian Pengajian Tinggi. Pihak berkuasa UMNO-Barisan Nasional kini bertindak sebagai pembuli kepada mahasiswa yang hanya memperlakukan seperti 'budak sekolah'.


Beberapa insiden dan kenyataan yang dilakukan dalam tempoh setengah tahun ini amat memalukan dan menyedihkan. Sejak Pilihanraya Kampus yang lepas dengan pelbagai insiden, ugutan-ugutan yang mahasiswa terima, mahasiswa ditangkap dengan sebab tidak munasabah termasuk insiden terbaru yang melibatkan SMM dan mahasiswa cina di UM, mahasiswa di buang daripada Kolej Kediaman di UM dan UPM, dan lebih malang pada hari ini arahan ugutan kepada mahasiswa yang terlibat dengan himpunan hari perkerja akan dibuang universiti.


Dalam isu ugutan membuang mahasiswa yang terlibat dengan Himpunan Hari Pekerja membuktikan bahawa kerajaan UMNO-Barisan Nasional tidak serius menyelesaikan isu pengangguran Graduan dan Graduan kerja tidak ikut taraf pendidikan yang membelenggu mahasiswa. Budaya buli ini adalah budaya kerajaan kuku besi yang hanya menggunakan kuasa untuk mencengkam kuasa anak muda dan mahasiswa. Mahasiswa merupakan anak muda yang mempunyai intelek dan sumber daya harus diberi ruang untuk bersuara dan menggilap daya kepimpinan mereka.


Pihak Angkatan Muda Keadilan Malaysia, ingin memberi amaran keras kepada pihak berkuasa UMNO-Barisan Nasional, jika meneruskan budaya pembuli seperti ini akan menyemarakkan lagi kebangkitan anak muda. Anak Muda, Mahasiswa komited menuntut perubahan, lawan tetap lawan walaupun pelbagai ugutan diterima.


MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

Pengarah Biro Mahasiswa,

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

0 comments:

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles