Saturday, September 19, 2009

catatan hari2 akhir ramadhan...

Salam,

Di malam raya ini, aku seperti tahun2 sebelum ini tidak dapat tidur dan sering lewat ke masjid. Harap2nya tidaklah begitu tahun ini. Walaupun sebentar tadi aku bersama asma tercari2 kaunter zakat yang masih dibuka jam 1 pagi. Namun alhamdulillah masih ada kaunter yg dibuka di taman medan.

Hati aku ini terdetik untuk menulis walaupun seharusnya aku menghayati detik2 'kemenangan' menyambut syawal. Pernah aku menulis status di Facebook dalam minggu lepas setelah selesai berbuka dan berdiskusi bersama DSAI, aku melihat bahawa konflik antara indonesia dan malaysia bukan sekadar pertelingkaran budaya atau seni kerana perebutan lagu dan tarian. Hal ini timbul hasil daripada sengketa panjang yang terpendam.

Ada teman yang bertanya, apakah faktornya? aku fikir semua dapat menjangka apakah faktornya. Hal kebajikan dan hak kepada pekerja Indonesia di Malaysia? longgokkan pekerja, termasuklah pembantu rumah yang mendpaatkan perlindungan di kedutaan Indonesia di Malaysia kerana dikatakan dicederakan oleh majikan.

Hal kedua adalah cara layanan kerajaan Malaysia terhadap pendatang haram daripada Indonesia, menggunakan kekerasan seperti jenayah termasuklah menggunakan 'cambuk' atau merotan kepada pendatang ini.

Mata yang Malaysia yang melihat Indonesia dgn mata sinis dan skeptikal. Kadang2 kita tidak menyedari bahawa kita serumpun dan lahir dari pertalian yang sama, hinggakan ada usaha dalam sejarah malaya dan indonesia menyatukan menjadi satu negara bangsa. KIta juga tidak sedar Indonesia kini telah meninggalkan Malaysia dalam banyak hal, bukan saja lagu2 dan filem mereka lebih kedepan malah dalam soal hak asasi manusia, urus tadbir baik dan ekonomi mereka berkembang lebih maju daripada Malaysia.

Dalam hal ini peranan generasi muda terutama mahasiswa amat memainkan peranan penting, pengalaman DSAI sewaktu memimpin UM dan PKPIM sewaktu mahasiswa menggerakkan kesatuan Malaysia Indonesia dengan penubuhan PEMIAT, antara wakil malaysia yang awal tiba di jakarta pasca Konfrontasi dan disambut oleh pimpinan HMI, yang ketika itu dipimpin oleh Cak Nur, turut hadir adalah pak amin, dll. PEMIAT selepas itu ditukar kepada PEPIAT dan aku pernah menjawat sebagai Pemangku Setiausaha Agung PEPIAT pada tahun 2007. Teman2 seperjuangan dari Indonesia Zaid, Yudi, Masri, Muzakkir. Masing2 daripada HMI dan PII yang telah menjadi mantan dan ketika ini telah berada dipelbagai lapangan walaupun rata2 telah menyertai dunia politik dalam PBB, PKS dan HANURA.

sambung...

--
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
www.saifullahzulkifli.blogspot.com

0 comments:

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles