Wednesday, October 07, 2009

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 01, 2009

Pirate party

The Pirate Party (Swedish: Piratpartiet) is a political party in Sweden. Founded in 2006, it is now the third largest party in Sweden in terms of membership. Its sudden popularity has given rise to parties with the same name and similar goals in Europe and worldwide, forming the international Pirate Party movement.



The party strives to reform laws regarding copyright and patents. The agenda also includes support for a strengthening of the right to privacy, both on the Internet and in everyday life, and the transparency of state administration.[1] The Party has intentionally chosen to be block independent on the traditional left-right scale[2] to pursue their political agenda with all mainstream parties.



The Party participated in the 2006 Riksdag elections and gained 0.63% of the votes making them the third largest party outside parliament, where a minimum of 4% is required. In terms of membership, it passed the Green Party in December 2008, the Left Party in February 2009, the Liberal Party and the Christian Democrats in April 2009,[3][4] and the Centre Party in May 2009, making it the third largest political party in Sweden. The Pirate Party's associated youth organization, Young Pirate (Swedish: Ung Pirat), is now the largest political youth organization in Sweden by membership count.



The Pirate Party received 7.13% of the total Swedish votes in the 2009 European Parliament elections, which will result in one seat in the European parliament, two if the Lisbon Treaty is ratified.[5][6] Christian Engström is the MEP, and Amelia Andersdotter will get the second seat, should ratification take place.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 29, 2009

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 21, 2009

catatan pagi syawal...

Penat seharian berjalan dan beraya. Sempat juga aku berkunjung kerumah terbuka tan sri khalid, mb selangor. Walaupun aku sampai agak lambat, tapi masih sempat menyantap di tempat vip. Ramai juga yg masih berkunjung walaupun jam telah menunjukkan 4.30 ptg.

Subuh sebelum solat raya tadi aku terhimbau dgn rasa tidak puas hati aku terhadap masalah org tgh ni. Ini timbul sejak aku mengnali adik2 mahasiswa islam unitar PERMAI, ada yg mengadu sewa rumah mahal. Mahasiswa dicaj sehingga rm 250 sebulan kerana disebabkan oleh agen atau org tgh yang dibuat oleh pentadbiran unitar.

Sistem org tengah atau agen ini sengaja dicipta utk menguntungkan org2 tertentu. Hanya goyang kaki dapat keuntungan. Hal yg sama berlaku kepada pemandu teksi. Tidak mendapat permit, permit teksi hanya boleh disewa oleh org2 tgh. Pemandu teksi terpaksa menanggung sewa rm 50 sehari dan dibayar kepada syarikat kroni. Apalah salahnya permit itu diberi terus kpd pemandu teksi. Sampai pada satu malaysia, diwawarkan permit teksi ini seolah2 pejuang rakyat, sedangkan sekian lama menyedut duit rakyat dgn cara ini.

Begitu juga hal kepada pekerja asing yang bekerja di malaysia. Aku sering tertanya kenapa kerajaan meletakkan syarat utk mewajibkan menggunakan agen utk menggungkan khidmat pekerja asing? Setiap tahun pekerja harus membayar lebih rm2k bagi memdapatkan permit. Gaji sebulan hanya dlm rm 400, nak bayar syarikat kroni 2k.

Celakalah mereka yg mengaut keuntungan atas usaha org lain!

21 September 2009
Ayer Tawar, Perak
--
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

Saturday, September 19, 2009

catatan hari2 akhir ramadhan...

Salam,

Di malam raya ini, aku seperti tahun2 sebelum ini tidak dapat tidur dan sering lewat ke masjid. Harap2nya tidaklah begitu tahun ini. Walaupun sebentar tadi aku bersama asma tercari2 kaunter zakat yang masih dibuka jam 1 pagi. Namun alhamdulillah masih ada kaunter yg dibuka di taman medan.

Hati aku ini terdetik untuk menulis walaupun seharusnya aku menghayati detik2 'kemenangan' menyambut syawal. Pernah aku menulis status di Facebook dalam minggu lepas setelah selesai berbuka dan berdiskusi bersama DSAI, aku melihat bahawa konflik antara indonesia dan malaysia bukan sekadar pertelingkaran budaya atau seni kerana perebutan lagu dan tarian. Hal ini timbul hasil daripada sengketa panjang yang terpendam.

Ada teman yang bertanya, apakah faktornya? aku fikir semua dapat menjangka apakah faktornya. Hal kebajikan dan hak kepada pekerja Indonesia di Malaysia? longgokkan pekerja, termasuklah pembantu rumah yang mendpaatkan perlindungan di kedutaan Indonesia di Malaysia kerana dikatakan dicederakan oleh majikan.

Hal kedua adalah cara layanan kerajaan Malaysia terhadap pendatang haram daripada Indonesia, menggunakan kekerasan seperti jenayah termasuklah menggunakan 'cambuk' atau merotan kepada pendatang ini.

Mata yang Malaysia yang melihat Indonesia dgn mata sinis dan skeptikal. Kadang2 kita tidak menyedari bahawa kita serumpun dan lahir dari pertalian yang sama, hinggakan ada usaha dalam sejarah malaya dan indonesia menyatukan menjadi satu negara bangsa. KIta juga tidak sedar Indonesia kini telah meninggalkan Malaysia dalam banyak hal, bukan saja lagu2 dan filem mereka lebih kedepan malah dalam soal hak asasi manusia, urus tadbir baik dan ekonomi mereka berkembang lebih maju daripada Malaysia.

Dalam hal ini peranan generasi muda terutama mahasiswa amat memainkan peranan penting, pengalaman DSAI sewaktu memimpin UM dan PKPIM sewaktu mahasiswa menggerakkan kesatuan Malaysia Indonesia dengan penubuhan PEMIAT, antara wakil malaysia yang awal tiba di jakarta pasca Konfrontasi dan disambut oleh pimpinan HMI, yang ketika itu dipimpin oleh Cak Nur, turut hadir adalah pak amin, dll. PEMIAT selepas itu ditukar kepada PEPIAT dan aku pernah menjawat sebagai Pemangku Setiausaha Agung PEPIAT pada tahun 2007. Teman2 seperjuangan dari Indonesia Zaid, Yudi, Masri, Muzakkir. Masing2 daripada HMI dan PII yang telah menjadi mantan dan ketika ini telah berada dipelbagai lapangan walaupun rata2 telah menyertai dunia politik dalam PBB, PKS dan HANURA.

sambung...

--
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
www.saifullahzulkifli.blogspot.com

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin - Eid Mubarak

--
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
www.saifullahzulkifli.blogspot.com

Sunday, June 21, 2009

Lamanya tidak ber'blog'..!

Salam kepada teman2...

Maaf kerana sudah lama tidak ber'blog'. Namun, ia tidak bermaksud sudah luntur idealisme. Cuma perubahan corak kehidupan selepas menamatkan tempoh pengajian dan di alam perkahwinan.

Doa dan dokongan teman2 diharapkan agar terus kuat dalam wadah perjuangan. Cuma mungkin corak penulisan akan diubah sedikit, lebih mudah dan ringkas.

Thursday, April 02, 2009

DAKWAH: SEKALI MELANGKAH PANTANG BERPATAH

DAKWAH: SEKALI MELANGKAH PANTANG BERPATAH

Majlis Tarbiyyah PKPIM Pusat 2003

(susunan Mohd Saifullah Mohd Zulkifli)


Mutakhir ini , kalimat Takbir beserta Islah menjadi laungan dan seruan bagi mencetus semangat dan ruh jihad yang tersembunyi dalam jiwa. Pelbagai justifikasi dilabelkan terhadap laungan keramat ini mengikut persepsi masing – masing. Walau apa pun, sebagai umat Islam wajib untuk kita menjaga dan memelihara kesucian dan kemurnian kalimah Allah ini. Kalau kita mengimbau kembali sirah Nabi SAW, kalimah takbir ini sering dilaungkan bagi membangkitkan semangat atau motivasi diri ketika berjihad menegakkan syariat Islam terutamanya di dalam hampir 120 siri peperangan. Mereka yang melaungkan kalimah suci ini tidak pernah rasa gentar dan takut kepada ancaman pihak musuh, malah kadang-kala pihak musuh pula yang bimbang dengan semangat yang ditunjukkan. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 54 yang bermaksud:

يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائم {54}

”Mereka berjihad di jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela”

( BACA SETERUSNYA...)

Thursday, March 12, 2009

PEMILU INDONESIA 2009: GOLKAR BERGABUNG DGN PKS?




Minggu lepas aku ke jakarta sebagai persedian untuk acara PEPIAT pada april ini. Menarik untuk berada di sana ketika ini, kerana bahang pemilunya kian terasa. Lebih dari 20 parti yang bakal bertanding, bagi pemilihan lagislatif pada april dan pemilihan presiden pada julai. Parti yang ingin bertanding dalam pemilihan presiden memerlukan 110 kerusi dalam lagislatif sekitar 25 peratus suara di lagislatif.

Menarik untuk memerhati pilihanraya presiden apabila Jusuf Kala yang ketika ini menjadi wakil presiden (Timbalan Presiden) ingin menentang Presidennya SBY. Parti yang secara lebelnya 'Islam' PKS juga bakal mungusulkan calonnya dalam pemilihan presiden. Tibanya aku bersama teman2 mahasiswa indonesia mereka menyapa aku dengan koran hari itu yang menulis dengan besar, " Jusuf Kala berforum di pentas PKS". PKS mengundang JK untuk berdiolog untuk ruang2 kerjasama antara mereka.

Menarik untuk melihat senario ini. JK daripada GOLKAR, umpama UMNO di Malaysia memerintah lebih 30 tahun dibawah kepimpinan regim suharto. PKS yang juga punya cita-cita yang tinggi di pemilihan presiden, namun hanya mempunyai 9 peratus suara di parlimen, justeru memerlukan 16 peratus lagi di pemilihan lagislatif pada april bagi melayakkannya bertanding bulan julai untuk pemilihan presiden.

GOLKAR yang mempunyai suara terbesar di parlimen ketika ini pastinya selesa dengan sistem koata pemilihan presiden ini. yang memerlukannya adalah PKS bagi mencukupkan suara tersebut.Aku fikir dalam hal ini menarik apabila melihat kelompok nasionalis-sekularis dan Islamis-mederan untuk berkerjasama. Kedua-duanya punya permainan politik yang unik dan berisiko.

Aku tidak punya masalah dengan Golkar, tetapi sedikit ironi dengan PKS ini. sikapnya, pendirian, dan jalan politik yang diambil adalah sesuatu yang oppurtunis. Bukan saja merujuk dalam hal ini, tetapi dalam peristiwa yang lain yang tidak wajar untuk aku ulas panjang bagi menjaga adab berjemaah.

Kerjasama ini mungkin akan mengusung Jusuf kala sebagai calon Presiden dan Pak Hidayat Nur Wahid sebagai calon Wakil Presiden. Aku hanya mendoakan yang terbaik. Ramai juga dikalangan kawan-kawan mahasiswa aku, yang bakal bertanding di pemilihan lagislatif nanti. Zaman mahasiswa begitu anti PKS tetapi sesudah mahasiswa calon PKS. ironi. namun yang terbaik untuk indonesia dan ummat juga yang didoakan.

SAIFULLAH ZULKIFLI
12.01 am
6 MAC 2009
Bilal

Thursday, January 15, 2009

Politik Gerakan Islam Abad 21

Politik Gerakan Islam Abad 21

Semakin kuat demokrasi, semakin kuat pintu kemenangan Islam melalui Idea-Idea demokasi, keadilan (al-Adl), Kedaulatan dan Kebebasan (al-Hurriyah), Kedaulatan Hukum (al-Hakimiyyah) menjadi slogan yang lebih dekat dan mudah diterima oleh masyarakat.

Perjuangan Islam adalah perjuangan melalui proses mendidik, Ta'dib. Semakin keras sesebuat parti, organisasi gerakan Islam membuatkan masyarakat umum semakin jauh daripada perjuangan dan inspirasi gerakan Islam.

Radikalisasi di dalam politik gerakan Islam terhasil terutamanya pasca Revolusi Iran 1979, penolakkan kepada demokrasi dan sistem perwakilan kerana cenderung kepada jalan konfrontasi dan keganasan. Hal ini dapat dilihat secara jelas melalui rampasan kaabah, mekah pada November 1979, pembunuhan Presiden Mesir Anwar Sadat pada Oktober 1981, dan pertembungan antara militant Islam dan regim di Syria pada 1982.

Fenomena ini tidak terlepas gelombangnya di Malaysia. PAS terpengaruh dengan golombang revolusi Iran bergerak dengan pendekatan radikal, terutama di dalam berkonfrontasi dengan UMNO akhirnya membuatkan pada kurang bersikap tolak ansur dan toleransi di dalam berpolitik. Hasilnya adalah sewaktu pilihanraya umum 1986, PAS hanya memenangi satu kerusi di Parlimen.

Di dalam hal ini, saya cenderung untuk melihat perjuangan Islam melalui wasilah Politik melalui 2 cabang, satu Perjuangan Islam kulit (branding), dan cabang yang kedua ada Perjuangan Islam secara Isi (Substance).

Permasalahan yang berlaku terutama di Negara-negara Islam majoriti adalah masalah kurangnya penekanan kepada substance, isi dalam perjuangan. Dalam banyak-banyak hal, kelompok pejuang Islam di Negara Majoriti Islam ini lebih pentingkan bendera, atau tema-tema yang fundamental dalam Islam .Sebagai contoh mudah, saya berasa tidak selesa, apabila ada beberapa Negara yang meletakkan gelaran " "Islamic Republic of …", mengishtiharkan Negara itu sebagai 'Islam' tetapi dalam banyak hal yang dianjurkan oleh Islam seperti hormat kepada kepelbagaian (taadudiyah), masyarakat madani (mu'tama al-Madani), Hak Asasi Manusia (huquq al-Insan), Kebebasan ( Hurriyyah), Ketelusan (Shafafiyyah) dan keadilan (al-Adl) tidak pula diikuti.

Lebih malang kadar jenayah, kemunduran ekonomi, penindasan sosial dan rasuah berleluasa di kebanyakkan Negara majoriti Islam. Malah sistem demokrasi 'separuh-separuh' atau demokrasi 'suka hati aku' menjadi pegangan.

Esposito dalam buku terbaru " Who Speaks for Islam" menerusi kajian yang dibuat oleh Gullup Poll menerangkan bahawa hanya satu per empat daripada Negara majoriti Islam yang kerajaan dipilih secara demokratik. Kalau pun dipilih secara demokratik, peratus kemenangan yang dicapai hasil undian adalah antara 90 peratus hingga 99.9 peratus.

Tunisia, Presiden Ben Ali menang 99.4 peratus dalam pemilihan pada tahun 1999 dan 94.5 peratus pada tahun 2004. Presiden Mesir, Hosni Mubarak menang 94 peratus undi pada tahun 1999 dan 2006 sebanyak 88.6 peratus.

Peratusan yang mencatat sehingga hampir seratus peratus ini adalah bukti yang menggambarkan kepada kekuatan dan pengaruh yang begitu besar Presiden Negara-negara Islam, ataupun ianya adalah bukti bahawa berlaku kepincangan dalam sistem demokrasi yang kita amalkan.

Cabang yang kedua yang dinyatakan diatas, adalah merupakan kelompok pejuang politik Islam secara Isi dan Substance, kelompok ini menzahirkan politik Islam bukan pada apa yang di pakai atau bendera apa yang di kibar. Tetapi politik Islam secara isi ini adalah mengambil kira nilai Islam dan perjuangan secara mendidik dan ilmu, ta'dib Islami. Nilai-nilai Islam yang menentang kezaliman dan rasuah, mengambil kira 'Good Governance' sebagai dasar di dalam bina Negara 'Khayra Ummah'. Sistem politik adalah disandarkan kepada keadilan, hormat antara satu sama lain dan prinsip Hak Asasi Manusia. Politik Islam secara substantial tidak menggunakan nama Islam untuk mengejar kuasa, tetapi mengejar kebaikkan, fastabiqul Khairat.

Contoh yang menarik adalah sikap toleransi yang ada kepada pejuang Islam secara substantial adalah keterbukaan kepada kepelbagaian dan bersedia untuk bekerjasama. Selepas pilihanraya 1995, bekas kumpulan saudara Islam, mewakili generasi muda di Mesir yang ingin bergabung dengan pihak yang lain termasuk haluan kiri Nassirites, Kristian dan wanita bagi membentuk parti baru Hizb Wasat. Parti baru ini yang bergerak secara demokrasi antara Masyarakat Islam dan bukan Islam, Kristian di Mesir. Parti ini walaupun pelbagai agama tetapi meletakkan Syariah sebagai kayu ukur kepada ketamadunan di Mesir. Namun demikian parti ini diharamkan dan pemimpinnya ditangkap seperti kebanyakkan parti pembangkang di Mesir.

Gerakan Politik Islam menerusi Front Islamic Salvation (FIS) di Algeria memberi bukti kepada dunia bahawa Revolusi Iran bukanlah contoh kepada politik Islam, dan Islam bersifat akomadatif dengan demokrasi. Kepimpinan Abas Madani, menonjolkan sikap toleran melalui jalan demokrasi membuahkan hasil dengan kemenangan besar sewaktu pilihan raya 1991, dimana FIS memenangi 32 daripada 48 kawasan yang dipertandingkan. Kemenangan ini akhirnya membawa padah kepada FIS dimana parti itu telah diharamkan oleh Regim FLN.

Selepas pengharaman, FIS tidak mengalah dan terus berusaha mengembalikan proses demokrasi di Algeria. FIS mengadakan pelbagai usaha termasuklah mengadakan kerjasama politik melalui National Contract for Peaceful and Political Settlement atau lebih dikenali sebagai Rome Platform. Kerjasama politik ini turut disertai bukan sahaja Islam malah bukan Islam dan Sekular.

Ikhwan dalam hal ini memdahului gerakan Islam secara substantial. Seperti perjuangan HAMAS di Palestin, umum digambarkan sebagai angkatan bersenjata, tetapi formula kemenangan HAMAS dalam pilihanraya dua tahun lepas adalah kerana mereka dilihat sebagai bersih, telus, adil dan dekat dengan masyarakat. HAMAS hebat dalam gerakan kebajikannya. HAMAS mempunyai institusi masyarakatnya sendiri untuk membantu rakyat Pelestin, termasuklah Hospital, Sekolah dan Institusi-Institusi perlindungan.

Perkembangan baru di Turki menarik minat seluruh gerakan Islam sedunia melihat pendekatan substantial, secara toleran dan akomodatif sebenarnya memenangkan Islam. Parti Refah di bawah pimpinan Najmudin Erbakan, bersikap agak keras dan secara terang-terang mengibarkan imej Islam kemudiannya diharamkan pada tahun 1998, setelah berlaku rampasan kuasa oleh pihak tentera atas alasan tergugatnya dasar sekularisme Turki. Anak didiknya Abdullah Gul dan Erdogan menubuhkan AK Party. Parti secara substantialnya adalah Islam tetapi Imej modern democrat, yang dilihat lebih bersih dan berkemampuan.

Masalah rasuah yang berlaku di Turki akhirnya memberikan kepercayaan rakyat kepada AK Parti untuk memimpin Turki apabila menang besar pada dua pilihan raya sebelum ini. Pendekatan yang lebih moderate dan sederhana, tetapi hikmah memberikan kemenangan kepada Islam secara Substantialnya. Kemenangan besar adalah apabila undang-undang menghalang mahasiswi memakai tudung dipinda, menjadi lambing baru kepada Turki di bawah kepimpinan politik Islam sedia ada.

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles