Thursday, October 23, 2008

RETHINKING COUNTERINSURGENCY: MODERN JIHADIST COUNTERINSURGENCY (1)

RETHINKING COUNTERINSURGENCY: MODERN JIHADIST COUNTERINSURGENCY (1)

Pada hujung tahun lepas telah dikeluarkan sebuah kajian berhubung strategi untuk menangani Islam dengan cara mendanai kelompok Islam liberal, seperti yang dihasilkan dalam laporan kajian 'Building Moderate Muslim Network'.

Pada tahun ini sebuah laporan terbaru yang dikeluarkan oleh RAND Corp, sebuah institut penyelidik yang ditajai Pejabat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, telah menghasilkan sebuah kajian yang bertajuk 'Penilaian Semula Pencegahan Pemberontakkan'.

Kajian yang bertajuk 'Penilaian Semula Pencegahan Pemberontakkan' ini dikaitkan dengan gerakan2 terroris yang digelar sebagai 'Jihadist Insurgency' atau 'Pemberontakkan Jihad' oleh John Mackinlay dan Alison Al-Baddawy pada awal bulan Mei yang lepas.

Laporan ini secara kajian empitikal dan akademik melontarkan kritikan kepada kerajaan AS di dalam menangani masalah pemberontakkan terorrisme dikalangan mujahid, 'Jihadist'. Misi di Afghanistan dan Iraq yang disifatkan sebagai kegagalan. AS mengeluarkan dana yang besar dalam menangani masalah pemberontakkan yang berlaku.

Selain daripada dana yang besar, AS juga terpaksa mengerahkan anggora tentera yang besar di dalam melaksana misi tersebut. Korban yang besar serta pendekatan-pendekatan yang dilaksanakan juga dikatakan tidak efisen dan tidak mempengaruhi fenomena global.

Terorris, 'jihadist' ini yang dilihat berjaya dalam propaganda, dan mempengaruhi penduduk dunia. Di samping itu juga pendekatan yang dilaksanakan adalah bersifat global. Dengan perancangan yang tersusun dan dana yang besar daripada arab dan kawasan parsi menjadikan mereka ancaman besar kepada AS dan Barat.

Dalam aspek dunia Islam moden juga laporan ini menyentuh ISlam minoriti dan pendatang ke negara-negara eropah dianggap sebagai ancaman dan masalah kepada keselamatan. Muslim pendatang ini membawa nilai budaya dan fahaman dari negara asal. Idea2, budaya, nilai dari negara asal, sebagai contoh, Arab, Pekistan, India memberikan kesan yang besar kepada sosio politik barat yang menyumbang kepada perkembangan pemberontakan.

Melihat kepada perkembangan ini, RAND Corp menyatakan dalam laporan tersebut beberapa penilaian dan penstrukturan semula perlu dilakukan bagi membenteras pemperontakkan yang disifatkan sebagai 'Moden Jihadist Counterinsurgency' atau Pembenterasan Pemberontakkan Mujahid Moden'. Gagasan baru kepada pembenterasan tersebut adalah dengan mengambil pengalaman dan strategi yang pernah dilaksanakan oleh British di dalam berhadapan dengan pemberontakkan terutama sewaktu pengembangan empayar Commonwealth.

MUAT TURUN LAPORAN

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli

sekyen 14,23 MEI 08, 1.39 am

0 comments:

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles