Monday, September 29, 2008

Siapa PM pilihan rakyat?



Alhamdulillah, Merdeka center sudah terbitkan kajian mereka tentang pandangan pengundi terhadap politik semasa. Penulis terlibat dalam kajian tersebut, tapi kajian yang dibuat peringkat awal pada bulan julai lepas. Namun demikian saya dapati kajian pada bulan september ini lebih menarik. Saya optimis dgn keadaan politik Malaysia pada masa akan datang. Walaupun keadaan politik semasa yang tidak menentu, tetapi saya yakin ianya akan membuahkan dampak positif, dimana dominasi politik ini mampu dipecahkan. Yang penting rakyat menjadi timbal balas yang penting di dalam pembuatan satu-satu dasar.

Dalam hal ini juga saya tidak meletakkan kuasa mutlak kepada rakyat, malah saya percaya demokrasi punya limitasinya sendiri, malah "rule of the majority" punya kelemahan dan kelompongannya tersendiri. Justeru, kuasa rakyat ini perlu juga ditunjangkan kepada 2 tunjangan lain iaitu, ' Good Governance' dgn sistem birokrat yang kukuh dan juga kepimpinan negrara yang kuat.

Saya yakin dengan kombinasi ketiga-tiga institusi ini mampu untuk mengangkat Malaysia, malah mana-mana negara kepada negara yang kuat dan ampuh.

[ Muat Turun Laporan Penuh Kajian Merdeka Center ]


[ Baca Berita penuh ]

0 comments:

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles