Wednesday, July 02, 2008

Campus life and Significant of Usrah

Hari ini penulis diundang oleh FSC atau zaman waktu penulis masih di Matriks UIA PJ, di panggil Nuqaba Executives Council NEC, kemudian di ubah kepada Fasilitator, yang namanya dari Usrah ke Halaqah, kemudian ke Study Circle. Walau apapun nama yang diberi, kita tak perlu berbalah dgn istilah, kerana itu hanya bersifat kosmetik sebagai kulit, yang penting adalah intipadi, pengisiannya.

Dalam forum tersebut sekitar 50 bakal nuqaba hadir, turut bersama menjadi panel adalah sdr Haidhir, PPIWP dan menjadi moderator adalah Sdr Fazril.

Dalam pusingan pertama forum tersebut soalan berhubung bagaimana untuk menjadikan usrah itu menarik kepada anak2 usrah.

Justeru, di dalam menjawab persoalan ini penulis meletakkan bahawa kepentingan kreativiti Nuqaba penting di dalam mempelbagaikan pendekatan selain daripada faktor keikhlasan. Pendekatan yang konvensional, yang bersifat sehala dan lebih kepada untuk mendapatkan markah dalam sistem usrah tersebut menjadikan usrah itu begitu malap.

Dalam hal ini, mungkin perjalanan penulis ke singapura banyak mengajar erti kreativiti di dalam berdakwah. kehidupan muslim minoriti di singapura dengan pelbagai cabaran bandar metropolitan berkehendakan kepada suatu dinamika di dalam dakwah. Pendekatan yang bersifat muda, bertenaga di perlukan di dalam mendekati golongan muda di sana.

Aspek kedua dalam menjawab persoalan ini adalah sebenarnya bagaimana kita selaku mahasiswa uia, memahami bahawa pendekatan yang dilaksanakan melalui sistem usrah ini adalah untuk mencapai visi dan misi UIA. UIA yang secara dasarnya cuba untuk mengimplimentasi sistem pendidikan ilmu Islam yang bersifat komprihensif, menjadikan sistem usrah sebagai salah satu medium untuk mencapai matlamat tersebut.

Apabila bercakap mengenai hal Usrah ini juga, penulis turut kaitkan dengan sistem Muakhah yang dibawa oleh Rasulullah sewaktu berhijrah ke Madinah. Sebaik sahaja sampai di madinah, Rasulullah saw mendirikan masjid bersama para Sahabat, dan perkara kedua yang dilaksanakan adalah untuk mempersaudarakan antara sahabat-sahabat terutama muhajirin dan ansar. Sebenarnya sistem persaudaraan, muakhah inilah menjadi salah satu rahsia pemantapan aqidah, pegangan umat Islam ketika itu. Persaudaraan yang ditonjolkan adalah melalui pengorbanan. Dan pengorbanan yang ditonjolkan bukan perkara yang kecil, sebahagian dari harta, tanah malah Isteri dikorbankan atas persaudaraan.

Justeru itu kunci kepada penarikkan usrah ini, bukan sahaja kepada ilmu, keikhlasan, malah kepada persaudaraan Islam yang telah kita contohi daripada Rasulallah saw.

Sewaktu pusingan kedua, penulis ditanyakan mengenai intipati, dan kandungan usrah yang sesuai.

Menjawab hal ini, penulis mengatakan bahawa pengisian yang terbaik adalah berlegar kepada Aqidah yang shahih, Ibadah yang Shahih begitu juga ilmu yang benar.

Bagi mencapai ketiga2 matlamat ini sebanarnya akan membawa usrah, respon kepada fenomena yang berlaku disekeliling pada hari ini, kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Jika hasil usrah itu hanya berlegar kepada satu2 kelompok tertentu sahaja maka tidak ada relevannya usrah tersebut. Apabila menjawab hal inilah, penulis rasakan bahawa buku panduan yang dikemukakan oleh pihak universiti harus dinilai semula.

Disamping itu juga penulis mendedahkan beberapa fenomena terkini yang sedang menyerang ummat Islam. Serangan yang dikenakan kepada ummat ISlam pada hari ini bukalah bersifat fizikal yang pernah berlaku dahulu. Tetapi cabaran pada hari ini adalah bersifat pemikiran dan pemahaman. Penulis menunjukkan sebuah slogan ' Tuhan, Agamamu apa?' yang pernah dihadiahkan kepada penulis sewaktu menghadiri bengkel tertutup Islam liberal di Jakarta pada 2006 yang lalu.

Selain dari itu, penulis menerangkan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Rand Corp, berkaitan ' Building Moderate Muslim Network' yang mengagaskan kepada kerajaan AS untuk berhadapan dengan kelompok 'Radikal' Islam seperti mana yang pernah dilakukan sewaktu perang dingin.

kedua-kua fenomena yang diterangkan ini sebenarnya memerlukan ummat Islam kehadapan dalam soal ilmu. berhujah dgn ilmu dan fakta, islam bukan perlu dibela dgn emosi. Para 'Hujjahtul Islam' perlu dilahirkan semula.

Berkait rapat dgn hal ini, penulis menggagaskan agar kita harus membaca tulisan Hasan al-Banna, Syed Qutb, al-Maududi, Mustafa Masyhur dan ulama2 haraki lain harus dibaca, tetapi buku2 kontemporari, yang menjawab masalah hari ini, walaupun ianya bukan daripada orang Islam, seperti Esposito, Karen Amstrong, Huttington, dll juga perlu dibaca.

Dalam hal ini juga, pelajar2 aliran sains tidak harus takut untuk membaca bacaan diluar bidang. Islam tidak mengajar 'Fragmentalisation' atau penjuzu'kan dalam ilmu. Contoh Baitul Hikmah diambil dengan penekanan kepada 7 disiplin utama, Teologi, Logik, Math,Perubatan, Fizik, falsafah, dan Astromi menjadi pilihan tanpa perlu ada sempadan.

Diakhir forum penulis menggagaskan bahawa istitusi usrah harus melahirkan individu muslim yang mampu untuk membela Islam, Komited kepada agama dan mencapah keluar, bersama dengan masyarakat2 di luar.

3 Julai 2008
2.33 am Seksyen 14

1 comments:

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles