Saturday, July 12, 2008

Adakah Masih Relevan Perjuangan Bahasa Kebangsaan Pada Hari Ini?

Adakah Masih Relevan Perjuangan Bahasa Kebangsaan Pada Hari Ini?

www.saifullahzulkifli.blogspot.com

Bahasa Melayu yang telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun 1957 yang kemudiannya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Namun demikian, masyarakat generasi ketiga yang lahir pasca 13 mei kian terhakis sensitiviti dan kesedaran kepada persoalan bahasa ini. Ada yang bertanyakan adakakah masih relevan perjuangan bahasa pada hari ini?

Bagi menjawab persoalan ini penulis suka untuk kita mengambil iktibar coretan sejarah yang menceritakan tragedi Perang Dunia kedua. Sewaktu di awal peringkat meletusnya perang dunia kedua, tentera Jepun bertindak untuk menyerang salah satu daripada wilayah China, yang dikenali sebagai Manchuria. Tindakan Jepun pada ketika itu menandakan bibit-bibit awal tercerusnya perang dunia kedua. Liga Bangsa yang pada ketika itu bertindak seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari ini, tidak mampu untuk bertindak apa-apa, bagi membalas tindakan unilateral Jepun itu.

Namun demikian, apa yang menarik untuk kita lihat bagaimana strategi Jepun membentuk kerajaan Boneka, dan menukar nama Manchuria kepada Manchuco. Dalam perubahan dasar negara tersebut, perkara pertama yang diubah oleh Jepun adalah bahasa pengatar pendidikan, daripada Bahasa China kepada Bahasa Jepun.

Jika kita lihat signifikan, kepada tindakan tersebut adalah untuk mengawal pemikiran dan jiwa bangsa China yang dijajah Jepun, lantas meletakkan taat setia kepada Jepun menerusi implimentasi pendidikan dalam bahasa Jepun.


[ BACA SELANJUTNYA...]

0 comments:

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles