Saturday, May 17, 2008

IKTIBAR PERJUANGAN PENDETA ZA'BA DAN ISU KETUANAN MELAYU KINI


IKTIBAR PERJUANGAN PENDETA ZA’BA DAN

ISU KETUANAN MELAYU KINI

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli

Sebuah buku yang telah dihadiahkan oleh Akmal Hisham memberikan makna yang besar di dalam usaha untuk mengenali usaha2 dan perjuangan Zainal Abidin Ahmad yang lahir pada 16 September 1895, atau lebih dikenali sebagai Za’ba. Beliau merupakan pejuang dan cendiakawan melayu terkenal di dalam mengangkat martabat bangsa melayu. Beliau juga yang terlibat secara aktif sebagai pendidik tidak ketinggalan di dalam pemikiran politik tanah air.

Menarik untuk kita lungsuri pemikiran politik Zaba kerana pandangan politik beliau yang dikatakan bersifat anti feudal, raja2 melayu dan pembesar2 melayu dan juga anti British. Ini disebabkan kedua2 golongan tersebut dipercayai dengan sengaja membiarkan orang Melayu terus berada dalam serba serbi kemiskinan.

Tulisan Adnan Haji Awang dalam buku Zaba: Patriot dan Pendeta Melayu menyatakan kritikan Zaba kepada golongan raja dan pembesar melayu menjadi sangat sinis kerana beliau berpendapat bahawa golongan tersebut telah mengabaikan tangunggjawab mereka dalam menjaga maruah bangsa. Pemerintahan raja2 melayu sebelum kedatangan British dikatakan sangat kejam dan buas sekali. Rakyat tertindas, iaitu :-

"...kena perabadian dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah-pemerintahnya". (al-Ikhwan, 16 April 1927)


[ BACA SETERUSNYA...]

1 comments:

Unknown said...

Tuan,

PENGISAHAN ZA’BA DAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM TITIPAN ZA’BA 2010.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengadakan Program Titipan Za’ba 2010 yang diurus setiakan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan pada 12 Mac 2010 (Jumaat) bertempat di Teratak Za’ba, Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol. Untuk makluman tuan lagi antara pengisian utama program yang berlangsug selama sehari ini ialah Pengisahan Za’ba oleh Y. Bhg Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin bin Kachar pada jam 9.00 pagi dan Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan pada jam 10.45 pagi.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput tuan untuk menghadiri program tersebut. Dimohon juga pihak tuan menghebahkan program ini.
4. Kerjasama yang tuan berikan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan disudahi dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:- 06-7631149/06-4979653

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles