Friday, February 15, 2008

TEMU RAMAH RADIO 24 (LIVE)


ALhamdulillah...

tepat jam 12 malam, 15 Februari...penulis bersama Presiden PKPIM, Sdr Hilmi Ramli selesai diterumah hampir 2 jam. Pelbagai isu yang dikemukan, walaupun secara peribadi, penulis kurang selesa bercakap soal dalaman atau apa yang telah dibuat PKPIM, tetapi memegang amanah sebagai exco Penerangan perlu dilaksana juga.

Penulis lebih berminat dengan soalan pendirian PKPIM, 'World View' dan idea PKPIM di dalam mengulas satu2 isu atau hal berbangkit. Persoalan Program Masyarakat 'MESRA', Isu PTPTN, Pendidikan Percuma, Kebajikan Mahasiswa, Politik Kampus, yang mana penulis rasakan persoalan ini lebih membuka minda dan informatif kepada pendengar.

Menarik juga, soalan dari salah satu penanya SMS, 'Sidek'. Tentang PPIPJ, mungkin usaha aku, akmal, dan sahabat2 lain mula diperhati dengan program JAYA. Alhamdulillah, JAYA dan PPIPJ inilah tembok terakhir yang menyedapkan hati penulis di dalam berdepan dengan hari-hari dalam gerakan.

Tak sabar rasanya hendak mendengar ulangan siaran temuramah tersebut. Moga2 usaha yang dilakukan ini diberkati oleh Allah swt demi ummat.

0 comments:

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles