Monday, January 14, 2008

Respon Demonstrasi Pelajar – Petani: Mahasiswa Dulu dan Kini Bak Langit Dan Bumi


Respon Demonstrasi Pelajar – Petani.

Mahasiswa Dulu Dan Kini Bak Langit Dan Bumi

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli


Gelombang Mahasiswa yang ditonjolkan oleh generasi 60 an/ 70 an adalah merupakan satu gelombang yang lahir dari hari nurani generasi muda bagi memperjuangkan nasib rakyat. Soal risiko dan cabaran yang bakal ditempuh adalah merupakan satu lumrah perjuangan dan sunnah dalam berjuang.

Tidak dinamakan perjuangan jika hanya terlentang diatas katil, berdakapkan ‘bantal’ empuk, atau perjuangan dengan sajian makanan, ‘kontrak’ yang enak-enak mahupun perjuangan yang dihamparkan tikar merah yang mengharapkan nama dan kemewahan.

Dalam melihat hal ini saya suka untuk merujuk kepada sebuah buku lama yang diterbitkan pada tahun 1969 oleh Prof Faeur dari Universiti Toronto dalam bukunya The Conflict of Generation – The Character and Significant of the Student Movement, menyatakan bahawa protes dan bantahan yang ditunjukkan oleh mahasiswa adalah hasil daripada ‘konflik generasi’ atau generational conflict. Ini adalah berpunca daripada perasaan benci atau menyampah ‘generasi baru’ kepada ‘generasi lama’, yang disifatkan sebagai tidak bermoral, peradaban yang rosak, lapok, penyalah gunaan kuasa, tidak bertanggungjawab dan melakukan penindasan serta kotor. Istilah ‘Generasi di sini adalah sesuatu yang subjektif, dimana ia mungkin boleh merangkumi universiti, pihak berkuasa, kerajaan atau mungkin masyarakat itu sendiri yang telah rosak peradabannya.


[ Baca Seterusnya ]


1 comments:

Amir Muhammad said...

datanglah ke pelancaran buku kami bulan depan dan kita bole bincang tentang rancangan biografi tersebut ;-)

16 feb. 8pm. the annexe central market.

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles