Tuesday, January 31, 2006

SOKONG AUKU TERUS DIKEKALKAN

SOKONG AUKU TERUS DIKEKALKAN

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyokong kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak diatas pendirian beliau agar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 (AUKU) terus dikekalkan tanpa memansuhkannya.

AUKU yang mengandungi lima bahagian memperuntukkan pelbagai pasal berhubung universiti dan kolej Universiti. AUKU juga memperuntukkan pelbagai bidang kuasa termasuk stuktur organisasi Universiti dan Kolej universiti, etika dan disiplin pelajar serta beberapa lagi perkara yang PKPIM lihat penting di dalam memastikan perjalanan universiti terus licin dan sejajar dengan matlamat panubuhan universiti.

Melalui kuasa yang diperuntukkan di dalam AUKU, sejak tahun 2000 hingga Disember tahun lalu, terdapat lebih 1700 pelajar dilaporkan melanggar AUKU dengan disabitkan kes meniru sewaktu peperiksaan, menipu, khalwat, berdemonstrasi dan mencuri.

Namun demikian, PKPIM melihat kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa AUKU akan terus dikuatkuasakan namun akan dipinda dari masa ke masa mengikut kesesuaian semasa sebagai sesuatu yang baik.

AUKU yang digubal pada tahun 1971 dan telah dipinda sebanyak dua kali iaitu pada 1975 dan 1983 bagi memastikan AUKU terus relevan mengikut keperluan semasa.

Setelah hampir 23 tahun sejak kali terakhir dipinda pada tahun 1983, PKPIM melihat adalah wajar untuk pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk meneliti kembali AUKU.

­­­­­­­­­­­­­­­­
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles