Tuesday, January 31, 2006

SOKONG AUKU TERUS DIKEKALKAN

SOKONG AUKU TERUS DIKEKALKAN

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyokong kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak diatas pendirian beliau agar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 (AUKU) terus dikekalkan tanpa memansuhkannya.

AUKU yang mengandungi lima bahagian memperuntukkan pelbagai pasal berhubung universiti dan kolej Universiti. AUKU juga memperuntukkan pelbagai bidang kuasa termasuk stuktur organisasi Universiti dan Kolej universiti, etika dan disiplin pelajar serta beberapa lagi perkara yang PKPIM lihat penting di dalam memastikan perjalanan universiti terus licin dan sejajar dengan matlamat panubuhan universiti.

Melalui kuasa yang diperuntukkan di dalam AUKU, sejak tahun 2000 hingga Disember tahun lalu, terdapat lebih 1700 pelajar dilaporkan melanggar AUKU dengan disabitkan kes meniru sewaktu peperiksaan, menipu, khalwat, berdemonstrasi dan mencuri.

Namun demikian, PKPIM melihat kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa AUKU akan terus dikuatkuasakan namun akan dipinda dari masa ke masa mengikut kesesuaian semasa sebagai sesuatu yang baik.

AUKU yang digubal pada tahun 1971 dan telah dipinda sebanyak dua kali iaitu pada 1975 dan 1983 bagi memastikan AUKU terus relevan mengikut keperluan semasa.

Setelah hampir 23 tahun sejak kali terakhir dipinda pada tahun 1983, PKPIM melihat adalah wajar untuk pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk meneliti kembali AUKU.

­­­­­­­­­­­­­­­­
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sahabat sekalian,

Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) merupakan sebuah akta yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi membendung kegiatan mahasiswa daripada terlibat dgn mana2 pertubuhan serta badan politik di Malaysia. Saya akui bahawa akta ini sedikit sebanyak menyekat mahasiswa daripada terlibat dgn pertubuhan politik malah pertubuhan bukan kerajaan NGO... kalau hendak diikutkan, penglibatan mahasiswa dalam GPMS pun adalah salah disisi AUKU kerana GPMS merupakan NGO. Akan tetapi didalam AUKU ada memperuntukkan bahawa seseorang
mahasiswa itu boleh menjadi ahli mana2 NGO hanya dengan mendapat kebenaran daripada Naib Canselor, maka dgn ini mahasiswa tdk ada masalah utk menjadi ahli GPMS. Secara tidak langsung GPMS Cawangan Khas boleh diwujudkan di mana2 kampus dengan kebenaran Naib Canselor.

Ini dapat kita lihat bahawa AUKU sebenarnya memperuntukkan kuasa penuh kepada Naib Canselor dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan penglibatan mahasiswa dalam kampus. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, Hampir kesemua Naib Canselor di Malaysia ini adalah Melayu dan ini merupakan peluang kepada mahasiswa Melayu utk terus terlibat dalam mana2 NGO Melayu ataupun pertubuhan Mahasiswa di kampus. Bukan bermakna kebebasan mahasiswa itu disekat, biar kena dengan caranya, saya sendiri semasa di kampus dahulu terlibat dalam kes ini, semasa ingin bertanding utk jawatan Ahli Majlis Tertinggi GPMS Kebangsaan. Saya telah mendapatkan persetujuan drp Timbalan Rektor (HEPA)UIAM untuk bertanding jawatan tersebut. Pihak universiti ada mengeluarkan satu surat yang menyatakan pihak universiti menyokong dan memberi kebenaran.

Namun, apa yang selalu diperkatakan oleh kebanyakkan mahasiswa adalah apabila mereka terlibat dgn pertubuhan yang berpaksikan pembangkang dan sebagainya. Ini adalah salah kerana pertubuhan2 seperti ini banyak menjalankan aktiviti2 bagi menggalakkan mahasiswa terlibat dgn aktiviti yang tdk mendatangkan faedah spt Demonstrasi Haram, Mengecam kerajaan dan sbgnya... perkara seperti ini hanya akan memburukkan keadaan ekonomi negara dan pandangan dunia yang negatif
terhadap Malaysia.

Untuk makluman sahabat sekalian,

Semasa zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia, pernah diadakan satu lawatan ekonomi Malaysia ke Jepun bagi membincangkan projek kerjasama yang akan mendatangkan hasil yang lumayan kepada negara, Kerajaan Jepun amat berminat dengan projek tersebut, akan tetapi pihak kerajaan Jepun memohon agar kerajaan Malaysia dapat menyediakan keputusan Pilihanraya kampus dari tahun 1998 hingga 2002. Ternyata keputusan tersebut tidak memihak kepada Kerajaan. Disebabkan keputusan PRK itu, pihak kerajaan Jepun tidak berminat untuk menjalankan kerjasama ekonomi dgn Malaysia. Inilah kesan negatif hasil daripada kegiatan mahasiswa sekiranya tidak dibendung. saya juga merupakan graduan universiti yang dahulunya mahasiswa... saya juga aktif dengan pertubuhan belia. tidak ada masalahnya... namun gunakan cara yang betul

Seandainya AUKU ingin dipinda, saya mencadangkan agar hanya meminda AUKU bagi membolehkan penglibatan mahasiswa dalam Pertubuhan Belia dibawah MAJLIS BELIA MALAYSIA sahaja bagi menggalakkan golongan belia yang majoritinya adalah mahasiswa seperti GPMS, GB4B dan MAYC. Saya sendiri telah terlibat dengan badan2 belia ini dan ianya cukup baik seandainya golongan mahasiswa dapat menyertainya. Saya dapat melihat kesan daripada AUKU yang agak tidak menggalakkan penglibatan Mahasiswa dalam pertubuhan Belia ini.

Semoga gerakan mahasiswa & belia di Malaysia akan bertambah dan maju kehadapan bersama dalam merencana modal insan yang berkualiti serta mancapai tahap minda kelas pertama bagi golongan muda Malaysia.

Sekian, Wassalam.

AHMAD YAKQUB BIN NAZRI
Ahli Majlis Tertinggi
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

 
TouchUp by MohdSyahiran | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Eagle Belt Buckles